Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, April 21, 2015

Permohonan Kursus Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah / Sarjana Kaunseling SPADA 2015

10:54 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

SPADA yang bermaksud Speciality Program for Alcohol And Drug Abuse bermatlamat untuk melahirkan kumpulan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, rawatan,pemulihan dan penjagaan lanjutan bagi masalah penagihan alkohol dan dadah di negara ini.

Secara umumnya program ini berobjektif melahirkan kumpulan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan penjagaan lanjutan. Program ini juga adalah untuk melahirkan kaunselor yang berkelayakan dan berpotensi tinggi dalam menguruskan masalah-masalah dan cabaran dalam penyalahgunaan dadah. Malah bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dalam menangani isu-isu dalam penyalahgunaan dadah.

Program yang bertaraf sarjana ini hanya mengambil masa 18 bulan sepenuh masa ( 12 bulan peringkat Diploma siswazah dan lanjutan 6 bulan peringkat Sarjana). Program pengajian bermula pada setiap September Semester pertama tahun pengajian. Kursus ini dijalankan dalam tiga semester dan setiap semester kuliah memakan masa 14 minggu. Para pelajar akan mengikuti program internship dalam semester 2 dan 3.

Program tajaan ini diletakkan di bawah Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan yang mana penerimanya akan mendapat pelbagai manfaat seperti CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH. Malah penerima juga akan mendapat elaun sara hidup sebanyak RM800.00 sebulan tanpa mengurangkan elaun-elaun lain.

Program ini dijalankan di dua buah universiti iaitu Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.

Calon-calon yang berjaya dalam kursus di peringkat Sarjana akan dikurniakan Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) oleh USIM atau Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) oleh UMS.  Manakala calon-calon yang tidak berjaya dipilih untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana, akan dianugerahkan dengan kelulusan Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) oleh USIM atau UMS.

Iklan seperti tertera di laman web KPM dilampirkan.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2015/2016.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 12.05.2015 (Selasa).
Sekian, terima kasih.
a) Maklumat iklan adalah seperti di LAMPIRAN
b) Maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh dilayari di laman web berikut:
i. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) : www.usim.edu.myii. Universiti Malaysia Sabah (UMS)  : www.ums.edu.my

Video 1: Tutorial Cara Mendaftar Akaun ePermohonan



Video 2: Tutorial Cara Menukar Kata Laluan



Video 3: Tutorial Cara Memuat Naik Gambar


Antara program-program yang telah kami jalankan.















Jika link muat turun di atas tidak berfungsi, sila rujuk LAMAN INI
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 12 MEI 2015. 

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment