Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, May 22, 2014

Pensyarah Perguna Pelajar Untuk Kepentingan Peribadi

11:21 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Sekian lama saya menyepi akhirnya diberi kelapangan masa untuk menulis semula. Semua ini gara-gara tugasan kuliah yang bertimbun. Tambahan pula peperiksaan akhir bakal menjelma kurang lebih 14 hari lagi dari sekarang.

Leka saya melayari Facebook, tiba-tiba terbaca satu kisah bagaimana seorang pensyarah mempergunakan pelajarnya untuk kepentingan peribadi. Saya sebagai seorang guru dalam masa yang sama juga seorang siswazah pasti akan berasa panas hati apabila dipergunakan oleh pensyarah semata-mata untuk mencapai kepuasan peribadi. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan perniagaan yang hanya menguntungkan sebelah pihak.

Kisahnya seperti yang diceritakan melalui laman FB milik Nurul Farhana

Dr semlm adik aku mngadu psal 'lecturer' die ni..n watsap2 dlm group yg lect tu 'puan ummi' bagi pun,adik aku tunjuk..bengang n kesian aku tgk bdk2 klas adik aku yg dpt lect gile mcm ni..gunakan pelajar utk keuntungan n kepentingan diri sendiri,sruh student beli sim card rm90 utk dptkn 10% for paper..90 bkn 9 ringgit,aku boleh je bg 90 dkt adik aku tp patut ke 90 utk 10%..baik aku byar je brape die nak n suruh die bg A+..bile ade student yg tnye xde cara lain ke,lect selambe ckp buat esaiment yg susah (n aku xrase die akan bg markah yg setimpal,sbb tgk dr ayat die mcm 'don't expect for 10%') bile student bengang n tnye knape last mnit,sbb diorg da nk exam..lect tunjuk belang die n ckp 'xpe,markah dlm tangan sy'..

Jujur  saya katakan, sesiapa sahaja yang membaca status yang dikongsikan oleh Nurul Farhana pasti akan berasa marah. Kisahnya secara ringkas, seorang pensyarah memaksa para pelajar untuk menyertai perniagaan Tone Excell. Bagi pelajar yang hadir ke seminar akan diberi markah 10% manakala pelajar yang membeli sim kad akan diberi tambahan 10%. 

Perkara ini membuatkan para pelajar tidak berpuas hati. Untuk 'membalas' ketidak puasan hati pelajar, pensyarah yang dikenali sebagai Madam Ummi memberi tugasan yang berat kepada para pelajar iaitu menyiapkan tugasan 15 muka surat dengan menggunakan tulisan tangan. Alasannya untuk memastikan para pelajar tidak melakukan plagiat.

Saya kongsikan beberapa screen shoot yang saya terima.








Saya kira, seorang pensyarah mempergunakan pelajarnya untuk kepentingan peribadi adalah tidak wajar. Seorang yang datang dari kalangan profesional perlu tahu memisahkan antara perkara peribadi dan profesionalisme beliau sebagai seorang pensyarah memandangkan dalam situasi ini sang pensyarah sedang memakai pakaian seorang guru. Seorang guru ketika bertugas perlu bertindak secara profesional. Itulah yang dinamakan sebagai integriti. Untuk memastikan perkara ini bukan satu fitnah, langsung saya bertanyakan kepada salah seorang pelajar yang terlibat.  Selepas berbicara beberapa ketika, ya sudah temui jawapannya. 

Setelah mendapat maklumat yang tepat, barulah saya tahu usul ceritanya. Melalui siatan jugalah saya mengetahui bahawa perkara ini berlaku kira-kira 2 bulan yang lalu. Akhirnya 'pertelingkahan' antara pelajar ini dapat diselesaikan dengan baik.


Saya amat mengagumi keberanian seorang pelajar yang dipanggil Acap Zul. Keberanian beliau menegur pensyarah serta mempertahankan hak mereka membuatkan saya terfikir, rupa-rupanya masih wujud golongan mahasiswa yang lantang bersuara. Benar. Setiap perkara yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Cari titik persamaan melalui landasan atau saluran yang betul. Jika kena dengan jalannya pasti akan berjaya. Saya memang mengagumi beliau.

Jika perkara ini terjadi kepada saya, kami mahasiswa USIM mempunyai saluran tersendiri untuk menyatakan ketidakpuasan hati kepada pensyarah. Saluran itu dinamakan eNilai ( Penilaian Kursus Dan Pengajaran Secara Online )

Melalui eNilai kami dapat menilai prestasi pensyarah berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kuliah secara langsung. eNilai bukan sahaja memberi keadilan kepada para pelajar untuk mendapat hak pembelajaran secara maksima tetapi juga dapat menilai intergriti seorang pensyarah secara total.



Pertahankan hak kita. Gunakan saluran yang betul.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment