Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, May 3, 2014

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 hari bersama Ephyra

2:11 AM Posted by Lobam 3 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, para sahabat dan ahlul bait Baginda.


Menerima panggilan telefon daripada Puan Amiza Amiruddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Life Marketing Sdn. Bhd. ibarat mimpi. Inilah kali pertama saya menerima panggilan daripada peneraju utama sesuatu produk. Komitmen yang diberi bagi memastikan produk Ephyra berjaya di pasaran sangat saya hargai.

Memiliki kulit yang gebu, halus dan lembut menjadi impian setiap orang. Pelbagai lambakan produk di pasaran menjanjikan bulan dan bintang. Natijahnya, kulit putih dan menawan tidak seperti yang diharapkan. Malah ada juga yang menghidapi alahan kepada produk tertentu menyebabkan kulit muka menjadi rosak.


Apa itu Ephyra?

Ephyra salah satu produk keluaran bumiputera yang sedang menempa nama dalam bidang kecantikan dan kesihatan di Malaysia. Ephyra dirumuskan khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semula jadi, yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit yang lebih pantas dan efektif untuk kesan yang lebih optimum.


Mengandungi 9 kandungan bahan semula jadi, menjadikan Ephyra sebagai minuman kesihatan yang lengkap 9 dalam 1 yang memiliki L-Glutathione dengan kolagen ikan putih laut dalam yang berkualiti tinggi. Rasanya yang lazat serta tidak hanyir membuatkan 10 daripada 10 pengguna menyatakan sokongan mereka terhadap Ephyra.

Ephyra bukan sahaja meningkatkan tenaga dan daya ingatan, malah kebaikan kolagen berkualiti tinggi yang wujud di dalam Ephyra membuatkan kulit menjadi berseri malah lebih sihat berbanding dahulu.

Dengan mempunyai dua fungsi utama kepada kulit, Ephyra memberi kesan seawal 14 hari dalam membantu meningkatkan keanjalan dan mencerahkan tona kulit. Sumber kolagen ikan laut dalam akan memperbaharui kulit dengan cara menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu pengguna kelihatan lebih muda. Malah fungsi kolagen yang terdapat di dalam Ephyra juga membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi, serta menguatkan rambut dan kuku.  

Dengan fungsi melindungi, khasiat 8 bahan anti oksidan yang terdapat di dalam Ephyra membantu melindungi sel-sel terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan dan menyebabkan penambahan melanin (pigmentasi) pada kulit.

Siapa yang perlu menikmati khasiat Ephyra?

Ephyra boleh dinikmati oleh semua peringkat usia dan jantina. Malah anak saya yang berusia 2 tahun juga gemar akan rasa Ephyra yang manis dan berkhasiat. 

Adakah Ephyra mendapat pengesahan halal JAKIM?

Ya. Ephyra merupakan produk bumiputra Malaysia. Sudah tentu Ephyra mendapat pengesahan halal JAKIM dan disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

  

Perubahan yang berlaku.

Jujur saya katakan, memiliki badan yang besar seringkali membuatkan tidur saya terjaga. Sudah tentulah berdengkur menjadi masalah utama. Kadangkala dengkuran saya yang ibarat raksasa ini menggangu tidur bayi saya yang baru lahir. Sejak menikmati kelazatan Ephyra dengkuran saya semakin berkurangan. Tipulah jika saya katakan yang saya tidak berdengkur langsung. Tetapi dengan khasiat Ephyra yang mejalar ke seluruh urat nadi membuatkan dengkuran saya semakin hari semakin perlahan. Isteri juga tidak merungut malah bayi saya juga tidak terperanjat semasa tidur.

Menikmati tidur yang lena menjadi impian setiap orang. Alanglah bagusnya jika bangun dari tidur badan berasa selesa serta bertenaga untuk melaksanakan tugas harian. Tetapi sayang. Tidak ramai yang mendapat tidur yang sempurna dan berkualiti menyebabkan badan menjadi lesu apabila bangun dari tidur. Ephyra membuatkan tidur saya semakin selesa. Bangun dalam keadaan gembira dan bersiap siaga untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Tidur tidak terganggu melainkan rengekan bayi yang inginkan susu. Selebihnya Ephyra melindungi tidur saya dengan selesa.

Ephyra Pilihanku

Mengambil 15 gram sachet Ephyra di waktu pagi ibarat imunisasi kepada perut. Sebelum ini, tatkala jarum jam melangkaui angka 8 pagi perut mula meraung minta diisi. Dengan kudrat yang ada, sudah pasti roti canai, nasi lemak dan kuih muih akan dilonggokkan di dalam perut. Disebabkan itu badan terasa bagai dipam. Sejak pengambilan Ephyra di awal pagi, perut saya ibarat menerima imuniti. Kebal dari sebarang rasa lapar yang memedihkan perut. Sekurang-kurangnya mampu bertahan sehingga jam 12 tengah hari. Dengan pengambilan makanan yang berkhasiat, perut saya semakin selesa.


Jika mahu dikira berat, jujur saya katakan berat saya sudah mencapai tiga angka. Terasa seakan raksasa membawa tiga kanak-kanak kecil bersama. Rentetan dari testimoni yang saya berikan, inilah testimoni yang paling utama. Tidak saya nafikan, Ephyra menjadi antara agen pengurangan berat badan saya. Dengan pengambilan yang konsisten selama sebulan, Ephyra membantu mengurangkan angka di mesin timbangan. Sekali lagi saya bersikap jujur agar Ephyra tidak dipersalahkan di kemudian hari. Pengambilan Ephyra yang konsisten, makan makanan yang berkhasiat serta mengubah gaya hidup kepada cara yang lebih sihat, Alhamdulillah Ephyra memainkan peranan dalam membantu pengurangan berat badan.

Ada yang bertanya, mengapa Ephyra mahal. Hmmm. Sukar juga untuk saya menjawab soalan ini. Jika diikut saiz pasaran di Malaysia, bagi saya harga Ephyra adalah mampu milik. Mengapa saya katakan mampu milik? Ayuh kita lihat dari aspek bilangan sachet dan berat dahulu. Dengan harga sekitar RM180, kita akan mendapat 30 sachets untuk 30 hari penggunaan. Berbeza dengan produk lain. Pembeli membayar harga yang tinggi hanya untuk mendapatkan sekitar 15 hari penggunaan. Dari segi bilangan sachets sahaja Ephyra sudah meninggalkan jauh pesaing-pesaing yang lain. Belum lagi dikira berat setiap scahet. Setiap sachet mengandungi 15 gram. Secara umumnya kita bukan sahaja menikmati 15 gram Ephyra bahkan dapat merasai kelazatan Ephyra beserta 1001 khasiat serta 9 anti oksidan yang terkandung di dalamnya.

Ada yang mengatakan leceh untuk membancuh Ephyra. Ayuh kita saksikan langkah-langkah yang telah saya sediakan.


Lihat. Menikmati Ephyra semudah 1 2 3. Gambar saya menipu? Masih tidak percaya? Ayuh kita saksikan pula video. Berapa saat masa yang diambil untuk membancuh Ephyra?

video

Bagi saya tiada alasan untuk tidak bersama EPHYRA. Membancuh semudah 1 2 3. Malah masa penyediaan tidak sampai 1 minit. Apa lagi yang kita mahu. Tepuk dada tanya selera. Mahukan kesihatan atau kehidupan yang merana? Jika kesihatan pilihan anda, sudah tentu Ephyra jenama yang perlu dipercaya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :

3. Instagram - ephyra2u

Untuk info atau pembelian boleh hubungi mereka melalui email di info@oceanlife2u.com

Ikuti penjelasan pengguna tegar Ephyra iaitu Shakiddo

Malah ada juga blogger yang mahu saman Ephyra. Ayuh singgah blog Eyriqazz dan lihat mengapa dia mahu menyaman Ephyra.


3 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berziarah.

      Delete
  2. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete