Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, March 2, 2014

Kelas Renang USIM

11:44 PM Posted by Lobam , 2 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

Islam merupakan agama universal. Seringkali kita terfikir untuk melakukan ibadah yang membuahkan pahala itu sangat sukar. Malah melakukan dosa itu ibarat memetik jari. Sedarkah kita bahawa membuat pahala itu jauh lebih mudah berbanding melakukan dosa. Islam mendidik umatnya menyeimbangkan keadaan duniawi dan ukhrawi. Malah melaksanakan riadah juga adalah antara ibadah duniawi yang bukan sahaja menyihatkan badan tetapi mampu memberi pahala yang berganda.

Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya agar sentiasa memanfaatkan masa lapang dengan mengadakan aktivit fizikal yang berfaedah. Keutamaan menjaga kesihatan mental dan fizikal juga disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.

Banyak hadis yang menyebut mengenai sukan yang disarankan oleh Nabi. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah.

Setiap orang mempunyai aktiviti kegemaran. Begitu juga saya. Berdasarkan hadis di atas, berenang merupakan satu sunnah yang dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Atas rasa keinsafan itu, saya dan beberapa orang rakan bersetuju untuk memanfaatkan sedikit kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepada kami untuk mengajak umat yang lain mencintai sunnah junjungan mulia.


Idea ini datangnya dari seorang teman yang merupakan seorang jurulatih renang profesional. Beliau dengan senang hati mengajar kami teknik serta cara berenang yang betul. Dengan sedikit ilmu yang ada kami kongsikan bersama rakan-rakan di USIM.

Sebagai permulaan, kelas pertama telah pon bermula pada hari Khamis yang lalu untuk mahasiswi USIM.








2 comments: