Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, March 7, 2014

Iklan Pengarah dan Atase Pendidikan Di Luar Negara

9:04 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat kehidupan serta Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait baginda.

Sumber : www.iasaglobal.org
Bagi penjawat awam yang bercita-cita untuk menjawat jawatan di luar negara, inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Kekosongan jawatan sebagai Pengarah Gred 48 dan Atase Pendidikan Gred 41 / 44 di Dubai, Ho Chi Minh City, Beijing dan Australia kini dibuka.

Antara tugas-tugas umum Atase Pendidikan ialah :
  1. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan mengenai pengajian tinggi Malaysia yang meliputi semua aspek berkaitan dengan perkembangan semasa, hala tuju, transformasi dan sebagainya.
     
  2. Merancang, menyelia dan memantau laporan analisis dari masa ke semasa mengenai isu, dasar dan perkembangan terkini pengajian tinggi di luar negara yang mana ianya boleh diadaptasi serta membantu Negara untuk meningkatkan kemerlangan pengajian tinggi negara supaya setanding dengan negara-negara yang lebih maju.
     
  3. Berperanan sebagai agen kepada program pemasaran dan promosi pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa serta mempergiatkan usaha pengiktirafan negara luar terhadap IPT tempatan.
Iklannya adalah seperti berikut :

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calonWARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:
i.    Pengarah Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia
        a.    Dubai
        b.    Ho Chi Minh City

ii.    Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia
        a.    Australia

iii.    Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41 (Terbuka), Education Malaysia
        a.    Dubai
        b.    Beijing
        c.    Ho Chi Minh
3.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:
i)    Cik Nurul Hidayah Binti Ahmad Zamzuri
       Penolong Setiausaha
       03-8870 5211
       hidayah.zamzuri@moe.gov.my

ii)    Puan Mardiana Binti Zulkifli
       Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
       03-8870 5241
       mardiana.zulkifli@moe.gov.my
4.    Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2014 (Jumaat). Segala kerjasama dan perhatian YBhg./Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''
Muat Turun :
klan (PDF)
Borang Permohonan
Lampiran A: Borang Ringkasan Peribadi

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment