Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, March 1, 2014

Carikata - Kamus Dalam Talian Frasa Peribahasa Terkini

1:34 AM Posted by Lobam , , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki untuk bertemu bulan Mac 2014. Selawat dan salam buat Sayyidul Rasul tercinta serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.


Sebut sahaja Karam Singh Walia, semua orang tahu tentang kehebatannya berperibahasa. Mengikut satu cerita, Karam Singh terjumpa helaian kertas yang dibuang orang dalam tong sampah. Bermula saat itulah beliau menghafal dan membuat rujukan mengenai peribahasa.

Sekolah tidak mengajar kita mencipta ayat-ayat yang indah, sedangkan ayat-ayat yang indah mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Terutamanya peribahasa. Indahnya masyarakat Melayu apabila menggunakan elemen alam sekeliling sebagai subjek dalam menceritakan sesuatu perihal atau perkara. Kecantikan seni bahasa itu diluahkan melalui ekspresi nasihat, menegur, bercerita dan sebagainya dalam bentuk yang lebih puitis. Ini menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang unik.

Tetapi sayangnya, seni berperibahasa kurang dikuasai oleh masyarakat Melayu sendiri terutamanya para remaja. Mereka menganggap peribahasa itu sesuatu yang kuno, sedangkan seni peribahasa itu relevan sepanjang zaman ibarat kata pepatah Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas. Peribahasa hanya dipelajari di sekolah, sedangkan peribahasa itu bersifat universal malah sangat sesuai untuk diselitkan dalam perbualan harian. 

Kita seringkali keliru untuk menggunakan peribahasa yang betul dalam percakapan harian kita. Kadangkala peribahasa yang digunakan tidak menggambarkan maksud yang sebenar. PTS nampaknya telah melihat isu ini sebagai isu nasional yang semakin parah dan memerlukan antidot untuk menyembuhkan barah ini dengan segera. Hasil keperihatinan PTS akhirnya wujud sebuah laman sesawang yang menyenaraikan maksud peribahasa melalui carian perkataan dan frasa. Laman yang dimaksudkan ialah CariKata.my

Pengguna hanya perlu memasukkan frasa atau perkataan yang ingin dicari, laman cari kata akan menyenaraikan peribahasa yang berkaitan.


Sebagai contoh. Saya memasukkan frasa SIHAT. Lalu laman CariKata akan menyenaraikan seberapa banyak peribahasa yang berkaitan dengan SIHAT serta maksudnya.


Kemudian saya memasukkan pula frasa HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG. CariKata akan menyenaraikan semua peribahasa serta maksud perkataan berkaitan frasa yang kita cari.

Nampak mudahkan. Ya, dengan kecaggihan teknologi maklumat, segala keperluan kini berada di hujung jari. Terpulang kepada kita untuk menggunakannya seperti kata pepatah UMPAMA RUSA DIJUMPAI TANPA DIKEJAR.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment