Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, February 15, 2014

Tom Yam Kelapa Muda Parit Baru

11:04 PM Posted by Lobam 4 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Lewat maghrib tadi, isteri sudah mula bertanya tentang menu makan malam. Saya seperti biasa, amat jarang menikmati juadah malam. Hanya bahu yang diangkat tanda tidak tahu. Tiba-tiba langsung terlintas di fikiran ingin mencuba Tom Yam Kelapa Muda yang terkenal di kawasan Parit Baru, Sungai Besar, Selangor. Lantas idea ini saya suarakan kepada isteri. Melihat dia menelan liur, mengertilah saya yang dia setuju. 

Biarpun terpaksa mengharungi kepekatan malam menelusuri jalan kampung sejauh 29km (anggaran Google Maps) demi keingin ibu mengandung saya memilih untuk memenuhi permintaannya.

Setibanya kami di sana, ternyata Tom Yam Kelapa Muda menjadi pilihan menu wajib di meja setiap pelanggan. Tatkala melihat pelanggan lain menghirup tom yam dengan wajah puas, kami menjadi teruja. Tiba-tiba melonjak perasaan di dalam dada untuk mencuba.

Gambar : Ehsan http://qasehimanie.blogspot.com/
Perjalanan kami sejauh 60 km pergi pulang ternyata berbaloi. Apa yang kami nikmati ternyata seperti apa yang tergambar di fikiran. Rasanya yang lazat, cukup dengan perasa dan garamnya malah isi ayam, udang dan sotong yang menjadi bumbu tom yam sangat banyak dan cukup untuk dinikmati oleh dua orang. Melihat wajah puas si isteri menghirup tom yam dengan isi kelapa muda yang besar potongannya membuatkan saya gembira. Permintaan anak di dalam perut dapat saya tunaikan. 

Komen blogger CikLaili melalui akaun instagramnya.
Malah nasi goreng cina yang menjadi hidangan sampingan isteri juga sangat sedap ditambah dengan sambal belacan dan timun yang thorbaek. Harganya juga amat berpatutan. Satu hidangan Tom Yam Kelapa Muda yang boleh dinikmati oleh 2 orang hanya berharga RM 7.00 . Nasi goreng cina pula berharga RM 4.00 sepinggan.

Gambar : Ehsan http://qasehimanie.blogspot.com/
Kepada rakan-rakan yang mahu cuba menikmati hidangan Tom Yam Kelapa Muda ini, bolehlah singgah di Wanie Tom Yam yang terletak di persimpangan tiga menuju Pekan Parit Baru Sungai Besar  Restoran ini dibuka setiap hari sehingga jam 1 pagi.

Lokasi Wanie Tom Yam
Selamat menjamu selera ^_^

4 comments:

  1. sedap, kan? puas hati dapat makan tomyam kelapa tu. tak pernah jumpa di mana2 tempat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak. Secara tak sengaja. Tengok Asma dah telan liur redah jugaklah walaupun dah malam. hehehe

      Delete
  2. saya duduk Selangor pun tak tahu ada jual makanan ni XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Nur Madihah. Heheh. Sedap.

      Delete