Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, February 10, 2014

Resipi Cheezy Kut

10:39 PM Posted by Lobam 4 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam buat rasul junjungan serta sahabat dan ahlul bait baginda.


Cheezy Kut atau Cheesekut antara salah satu makanan yang sedang mendaki carta popular kini. Boleh dikatakan hampir menjadi fenomena sebagaimana Ais Krim Goreng yang telah pun dikomersialkan oleh Nestle.

Ayuh kita sama-sama lihat resipi Cheezy Kut yang enak ini.

Bahan-bahan :


1. 250 gram krim cheese
2. Setengah tin susu pekat (jika mahu lebih manis, masukkan 3/4 tin susu)
3. Satu peket Deluxe Crackers Hup Seng (say menggunakan cream crackers)
4. Susu segar
5. Nestum

Cara memasak :

1. Pukul krim cheese sehingga kembang
2. Masukkan setengah tin susu pekat
3. Masukkan sedikit susu segar (bagi mengelakkan adunan terlalu kering)


4. Celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun ke dalam bekas
5. Selepas cukup satu lapisan, tuangkan sedikit adunan cheese dan susu pekat dan ratakan di atas biskut.
6. Taburkan sedikit nestum


7. Ulang perkara ke 4 - 6 sehingga biskut menjadi beberapa lapisan
8. Di tingkat paling atas, tuangkan adunan cheese dan nestum lebih sedikit


9. Masukkan ke dalam peti sejuk dan siap untuk dimakan

Selamat mencuba

4 comments:

  1. sedapnya!! kalau cheese ni mmg saya suka sangatlahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca. Besar hati menerima kunjungan blogger popular. Dulu saya selalu beli. Bila sudah tahu buat sendiri saya buat sendiri. Tapi kalau mahu makan sikit2 beli juga.

      Delete
  2. wah! cuti nanti boleh cuba buat resepi ni.
    nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat mudah kak. Tak payah bakar dan sebagainya.

      Ada yang buat cheese nya cair dengan campur susu segar dalam adunan.

      Ada yang suka kering. Setakat ni baru cuba yang tak bubuh susu dalam adunan.

      Delete