Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, February 28, 2014

Cantik Sihat Bertenaga Ephyra Pilihanku

10:20 PM Posted by Lobam , , No comments
Ephyra Pilihanku


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Sayyiduna Rasulullah tercinta serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

Memiliki kulit yang cantik, anjal, lembut dan berseri merupakan impian setiap insan. Malah memiliki kulit yang bersih sempurna bukan sahaja untuk kepuasan peribadi tetapi juga untuk memberi kepuasan kepada insan lain. 

Sebagai contoh, seorang isteri harus berhias untuk suaminya. Berhias bukan sahaja memberi erti memakai pakaian yang cantik serta mengenakan alat solekan yang tebal tetapi frasa berhias itu boleh dikembangkan dengan erti memiliki wajah menarik, tubuh yang menawan serta rambut yang sihat.

Seorang isteri juga tidak boleh meremehkan tentang kebersihan diri. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman. Jadi disamping menjaga kebersihan diri, keceriaan serta kecergasan dan bertenaga dalam melayan suami juga menjadi titik kebahagiaan suami isteri. Begitu juga buat sang suami. Kecantikan dalaman dan luaran pasti membenihkan rasa cinta sesama sendiri.

Kulit cantik idaman semua
Buat tatapan suami tercinta
Apakah produk yang boleh dipercaya
Agar tidak ditipu sentiasa

Untuk memiliki kecantikan dalaman dan luaran, terdapat  lambakan produk yang menjanjikan bulan dan bintang ada di pasaran luar sana. Ada yang menjanjikan kesan yang segera malah ada juga yang memakan masa. Pokok pangkalnya berbalik kepada keadaan kewangan diri kita. Tepuk poket tanya selera.


Ephyra salah satu produk keluaran bumiputera yang sedang menempa nama dalam bidang kecantikan dan kesihatan di Malaysia. Ephyra dirumuskan khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semula jadi, yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit yang lebih pantas dan efektif untuk kesan yang lebih optimum.


Ephyra berkesan untuk semua
Tidak kira lelaki atau wanita
Kehebatan Ephyra jelas ternyata
Menjadi bualan rakyat Malaysia

Mengandungi 9 kandungan bahan semula jadi, menjadikan Ephyra sebagai minuman kesihatan yang lengkap 9 dalam 1 yang memiliki L-Glutathione dengan kolagen ikan putih laut dalam yang berkualiti tinggi. Rasanya yang lazat serta tidak hanyir membuatkan 10 daripada 10 pengguna menyatakan sokongan mereka terhadap Ephyra.

Ephyra bukan sahaja meningkatkan tenaga dan daya ingatan, malah kebaikan kolagen berkualiti tinggi yang wujud di dalam Ephyra membuatkan kulit menjadi berseri malah lebih sihat berbanding dahulu.

Dengan mempunyai dua fungsi utama kepada kulit, Ephyra memberi kesan seawal 14 hari dalam membantu meningkatkan keanjalan dan mencerahkan tona kulit. Sumber kolagen ikan laut dalam akan memperbaharui kulit dengan cara menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu pengguna kelihatan lebih muda. Malah fungsi kolagen yang terdapat di dalam Ephyra juga membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi, serta menguatkan rambut dan kuku.  

Dengan fungsi melindungi, khasiat 8 bahan anti oksidan yang terdapat di dalam Ephyra membantu melindungi sel-sel terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan dan menyebabkan penambahan melanin (pigmentasi) pada kulit.

Ephyra Pilihanku

Jika ditanya apakah saya ingin mencuba produk yang sedang menempa nama ini, sudah pasti jawapannya YA. Kehidupan seharian yang penuh lelah membuatkan saya tidak berupaya untuk menempuhi hari yang penuh mencabar. Malah kehangatan mentari serta bahangnya yang membakar kulit pasti membuatkan kulit kusam tidak bermaya serta gelap tidak ceria. Sudah tentu saya memerlukan satu produk yang hebat malah mampu untuk 'boost' tenaga dalam menempuh hari yang mencabar.


Bagi saya, untuk apa saya melaburkan ribuan wang ringgit kepada produk yang belum tentu terjamin kesannya sedangkan saya berpeluang untuk mencuba produk yang berkualiti dan halal ini. Mendengar namanya, langsung saya cuba mencari seberapa banyak informasi produk yang menjadikan Norman Hakim dan isterinya Memey sebagai duta ini.

Yang halal itu pasti
Yang haram itu jelas
Produk halal produk dicari
Agar iman tidak terbabas


Banyak testimoni yang menarik telah didapati daripada pengguna produk seribu guna ini. Antaranya testimoni yang disiarkan melalui lama FB OceanLife2U. Memandangkan saya mempunyai Alergi terhadap beberapa perkara yang menyebabkan badan menjadi gatal dan ruam, testimoni ini pasti meningkat rasa keinginan saya untuk mencuba Ephyra ini.


Malah testimoni yang menggunakan duta Ephyra iaitu pelakon tampan Norman Hakim juga membuatkan kadar dofamin saya meningkat dan rasa teruja dan gembira untuk mencuba Ephyra. Sudah pasti khasiat Ephyra yang mampu menurunkan kadar kolestrol serta mengawal berat badan dan kadar metabolisme membuat saya rasa mahu melompat dan tidak sabar untuk mencubanya.


Rasanya yang sedap serta mampu meningkatkan tenaga harian saya serta daya tumpuan sebagai seorang pelajar sarjana sepenuh masa, pasti membuatkan saya lebih bersemangat dalam menempuhi kehidupan seharian yang penuh mencabar di kampus. Malah juga mampu membuatkan sistem pencernaan saya berjalan lancar.


Keunggulan Ephyra dalam meningkatkan daya imun, membuatkan hati terpaut. Keadaan yang panas dan berjerebu pasti membuatkan penyakit mudah hinggap. Dengan Ephyra, insya-Allah saya mempunyai daya imuniti lawan penyakit yang boleh membuatkan saya tercicir dalam pelajaran.


Keadaan persekitaran yang berdebu pasti membuatkan rambut saya kusam dan tidak bermaya. Dengan pengambilan Ephyra, insya-Allah kualiti rambut saya lebih meningkat serta lembut dan berkilat.

video

Watie bekas anggota kumpulan Elite juga menjadi 'lain' selepas mencuba produk Ephyra. Jika mereka percaya mengapa tidak kita?

Konklusinya, selepas membaca pelbagai maklumat mengenai Ephyra terutamanya melaui blog kenali Ephyra dan Instagram ephyra2u pastinya Ephyra sudah melekat di ingatan serta terpahat di dalam hati. Mudah-mudahan ada rezeki saya untuk memiliki dan mencuba Ephyra. Hanya rezeki Allah dan masa yang menentukannya. Tidak sabar untuk bersama Ephyra sebagai  co-sponsor SBB2014.  Hanya Jauhari Mengenal Manikam. Hanya yang pakar mengetahui sesuatu kebaikan ibarat kata pepatah Beranak kandung, beranak tiri; ada bersudu daun labu, ada bersudu daun pisang. Cantik, Sihat dan Bertenaga - Ephyra Pilihanku.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Saturday, February 22, 2014

Wednesday, February 19, 2014

Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2014 Bagi Latihan Perguruan Di Jepun

12:10 AM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat paling berharga iaitu nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait baginda.


Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2014 Bagi Latihan Perguruan dibuka mulai 12 Februari 2014 sehingga 11 Mac 2014

Tarikh Tutup
11 Mac 2014
Tempat
Jepun
Tempoh
1 ½ Tahun (Bermula dari Oktober 2014)
Rujukan
Kategori
Warganegara Malaysia
Kursus yang ditawarkan
Latihan Perguruan (Sijil)
Syarat-syarat
Permohonan
(a) Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014;
(b) Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Maktab Perguruan dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar;dan
(c) Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.
**Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT).
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
(c) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(d) Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014;
(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
(f) Telah mengisytiharkan harta;
(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012 atau 2011, 2012 & 2013);
(h) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
(i) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
(j) Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
Dokumen Permohonan
  1. Application Form
  2. Application Form (Annex)
  3. Health Certificate
  4. Guidelines
  5. Checklist
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan , anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :
  1. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2003]
  2. Borang JPA(L)LDP 1A/96
*Borang JPA(L)LDP 1A/96 ini perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing.
*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : CIK WAN IZNI BINTI WAN HAMDI)
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.
**Manakala bagi kakitangan Kerajaan dibawah Skim Perkhidmatan Pendidikan, permohonan hendaklah melalui Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM ditalian 03-8321 7000 untuk keterangan lanjut.
Pegawai Bertanggungjawab
Cik Wan Izni Binti Wan Hamdi
Tel : 03-8885 3420
Fax : 03-8889 2171

Puan Nazrina Binti Abdul Malik
Tel : 03-8885 3438
Fax : 03-8889 2171

Monday, February 17, 2014

Tonton Fear Factor Selebriti Malaysia 2014 Episod 1

7:12 PM Posted by Lobam 2 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Sayyiduna Rasul junjungan mulia. Serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

Sumber : Malaysia Entertainment
Bagi peminat tegar Fear Factor, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang menonton Fear Factor Selebriti Malaysia edisi 2014. Kali ini banyak kelainan yang telah ditampilkan. Afrika Selatan masih menjadi pilihan untuk lokasi pengambaran edisi kali ini. Menampilkan Aaron Aziz sebagai hos, 16 pasangan peserta bersaing menempuhi 39 cabaran bagi merebut hadiah bernilai RM 320,000.00 



Kod video diambil dari laman http://aswanazmy.blogspot.com/

Saturday, February 15, 2014

Tom Yam Kelapa Muda Parit Baru

11:04 PM Posted by Lobam 4 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Lewat maghrib tadi, isteri sudah mula bertanya tentang menu makan malam. Saya seperti biasa, amat jarang menikmati juadah malam. Hanya bahu yang diangkat tanda tidak tahu. Tiba-tiba langsung terlintas di fikiran ingin mencuba Tom Yam Kelapa Muda yang terkenal di kawasan Parit Baru, Sungai Besar, Selangor. Lantas idea ini saya suarakan kepada isteri. Melihat dia menelan liur, mengertilah saya yang dia setuju. 

Biarpun terpaksa mengharungi kepekatan malam menelusuri jalan kampung sejauh 29km (anggaran Google Maps) demi keingin ibu mengandung saya memilih untuk memenuhi permintaannya.

Setibanya kami di sana, ternyata Tom Yam Kelapa Muda menjadi pilihan menu wajib di meja setiap pelanggan. Tatkala melihat pelanggan lain menghirup tom yam dengan wajah puas, kami menjadi teruja. Tiba-tiba melonjak perasaan di dalam dada untuk mencuba.

Gambar : Ehsan http://qasehimanie.blogspot.com/
Perjalanan kami sejauh 60 km pergi pulang ternyata berbaloi. Apa yang kami nikmati ternyata seperti apa yang tergambar di fikiran. Rasanya yang lazat, cukup dengan perasa dan garamnya malah isi ayam, udang dan sotong yang menjadi bumbu tom yam sangat banyak dan cukup untuk dinikmati oleh dua orang. Melihat wajah puas si isteri menghirup tom yam dengan isi kelapa muda yang besar potongannya membuatkan saya gembira. Permintaan anak di dalam perut dapat saya tunaikan. 

Komen blogger CikLaili melalui akaun instagramnya.
Malah nasi goreng cina yang menjadi hidangan sampingan isteri juga sangat sedap ditambah dengan sambal belacan dan timun yang thorbaek. Harganya juga amat berpatutan. Satu hidangan Tom Yam Kelapa Muda yang boleh dinikmati oleh 2 orang hanya berharga RM 7.00 . Nasi goreng cina pula berharga RM 4.00 sepinggan.

Gambar : Ehsan http://qasehimanie.blogspot.com/
Kepada rakan-rakan yang mahu cuba menikmati hidangan Tom Yam Kelapa Muda ini, bolehlah singgah di Wanie Tom Yam yang terletak di persimpangan tiga menuju Pekan Parit Baru Sungai Besar  Restoran ini dibuka setiap hari sehingga jam 1 pagi.

Lokasi Wanie Tom Yam
Selamat menjamu selera ^_^

Thursday, February 13, 2014

Tonton Drama Aku Ada Wali Episod 1 Online

8:26 AM Posted by Lobam 2 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas limpah nikmat kurniaan tidak bertepi, selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Siaran televisyen kini kekurangan drama bergenre Islamik sedangkan penonton di Malaysia sangat dahagakan drama bergenre sebegitu. Jika ada pon, kebanyakan drama-drama itu terkurung dalam situasi yang nampak membosankan. Di Indonesia kebanyakan sinetron bergenre Islamik kian mendominasi siaran televisyen. Malah Malaysia turut merasai tempiasnya apabila Sinetron Ketika Cinta Bertasbih turut menjadi fenomena di sini.

Sumber : Mstar
Drama Aku Ada Wali karya Fatimah Syarha yang membariskan pelakon handalan seperti Zahiril Adzim dan Siti Saleha yang ditayangkan di TV Al-Hijrah ini telah lari dari skop klise. Pengambaran di Korea memberi impresi pertama akan kelainan yang dibawa.

Mari kita saksikan episod pertama ini.



Tuesday, February 11, 2014

Tetamu Segmen Jemput Berpantun Di Negeri FM

11:33 AM Posted by Lobam 6 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat yang tidak bersempadan. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait baginda.



Saat menerima lamaran daripada Kak Sabrina - Penyampai Radio Malaysia Negeri FM untuk turut serta dalam segmen Jemput Berpantun di slot Riuh Di Negeri membuatkan saya terkesima. Terdetik di fikiran, berbolak balik di dalam hati sama ada saya patut terima atau melepaskannya sahaja. Biarpun saya tahu saya tidak akan menerima apa-apa bayaran atas apa yang akan saya lakukan.


Selepas berbicara bersama isteri, kata putus diambil, ya saya memilih untuk pergi. Pada hemat saya, peluang yang sama tidak akan berulang lagi. Kenangan semasa terpilih untuk menghadiri temuduga Dana Belia 1Malaysia pada tahun lepas kembali bertandang. Saat itu proposal saya tidak kuat untuk dipertimbangkan dan saya diberi peluang kedua untuk memperbaikinya. Sayang, apabila saya dipanggil semula untuk ditemuduga pada disember 2013, saya terpaksa menolaknya akibat dari keripuhan persedian menempuhi peperiksaan akhir semester. Ternyata peluang itu tidak datang lagi.

Perbincangan demi perbincangan berlangsung dengan lancar walaupun tarikh telah dianjak beberapa kali akibat tiada kesesuaian masa antara saya dan pihak NFM. Akhirnya tarikh yang telah disepakati ialah 8 Februari 2014 bersamaan hari Sabtu.


Call time yang telah ditetapkan oleh pihak NFM ialah jam 2.30 petang iaitu setengah jam sebelum siaran ke udara. Saya tiba sedikit awal. Tatkala kaki melangkah ke ruang legar Pusat Penyiaran RTM Tuanku Muhammad di Sg Gadut Senawang, hati sudah berdebar-debar. Ini bukan kali pertama saya di radio. Seingat saya di Hot FM sahaja saya sudah masuk ke ruang konti tidak kurang tiga kali. Walaubagaimana pun di RTM suasananya sangat berbeza. Ketibaan saya, isteri dan anak disambut ramah oleh DJ Pyan yang mengendalikan segmen Jemput Berpantun. Langsung kami dibawa ke kamar tetamu untuk istirehat. Melalui kamar ini saya dapat melihat aksi DJ YK yang sedang ke udara pada waktu itu.


Kurang lebih jam 2.50 petang saya dibawa masuk ke dalam konti. Ternyata konti di sini lebih besar dan nampak selesa berbanding konti Hot FM yang sedikit kecil dan sempit. Pada peringkat awal saya diterangkan tentang perjalanan program, apa yang perlu dicakap dan sebagainya.


Tepat jam 3.10 minit petang saya mula ke udara. Akhirnya hasrat saya untuk berbicara di corong-corong radio tercapai. Di Hot FM hanya sebentar, sekitar beberapa minit sahaja. Kali ini microphone milik saya. Malah DJ Pyan memberi kebebasan untuk saya berbicara tentang apa sahaja dan kalam saya tidak dipotong ataupun disunting. Semuanya secara langsung. Terubat juga kekecewaan kerana tidak dapat menghadiri ujibakat penyampai radio di USIM tahun lepas.


Ternyata topik yang dibincangkan kali ini bukan sahaja berlegar kepada kisah sastera mahupun pantun semata tetapi lebih kepada bidang kerjaya saya. Malah saya diberi ruang untuk berbicara tentang kaunseling serta senario salah laku disiplin pelajar di sekolah. Alhamdulillah peluang yang diberi tidak saya sia-siakan.


Yang lebih membuatkan saya teruja ialah apabila dapat melayan kerenah pendengar. Terasa seakan selebriti sedang melayan peminat pula. Sukanya saya apabila ada pemanggil yang bertanya khabar dan mengajak saya berbicara. Malah ada juga yang tujukan pantun khas buat saya. Terima kasih kepada pendengar yang menghubungi saya di konti pada waktu itu.

DJ Pyan sedang membaca berita
Sepanjang pemerhatian saya, tugas penyampai di radio kerajaan lebih rumit berbanding penyampai di radio swasta. Mana tidaknya, bermula dari pemilihan lagu dan suntingan sampailah kepada membaca berita semuanya diletakkan di bahu penyampai yang sama. Jika di radio swasta, setiap suara yang menembusi talian akan dirakam dan disunting oleh penerbit kemudian barulah disiar. Berbeza dengan radio kerajaan, semuanya disiarkan secara langsung.

DJ YK sebelum selesai bertugas
Ternyata pengalaman seperti ini tidak boleh dijual beli. Jika di radio swasta, pendengar lebih teruja untuk berjumpa dengan penyampai popular tetapi di radio kerajaan pendengar lebih suka untuk mengetahui cara sesuatu radio beroperasi. 


Berada di Radio Malaysia Negeri FM ini juga menemukan saya dengan dua pupu saya yang tidak pernah bertemu. Tatkala suara saya memecah keheningan petang konti, langsung DJ Pyan menerima mesej daripada ibunya. Rupa-rupanya saya dan DJ Pyan bersaudara. Kami dari susur galur moyang yang sama. Ayah saya dan ibunya sepupu. Ternyata kehadiran saya di sini membuka ruang persaudaraan yang lebih luas. 


Saya berharap ini bukan kali terakhir saya ke sini. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya ke udara lagi.


Bagi anda yang mahu ikut serta dan ke udara di Radio Malaysia Negeri FM secara langsung, apa kata smskan permohonan anda ke nombor seperti tertera.

Jom dengarkan sedikit sedutan dari segmen Jemput Berpantun Radio Malaysia Negeri FM






Wajah Baru Rumah Lama

12:40 AM Posted by Lobam 4 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.


Hari ini merupakan hari yang sangat bahagia. Seakan mengalami kelahiran semula. Mana taknya, blog ini telah pon bertukar nama - dari blogspot kepada .my. Malah templatenya juga telah bertukar rupa.

Entri ini saya tujukan khas buat dua orang insan yang banyak membantu saya merealisasikan penghasilan blog ini. Tanpa tunjuk ajar dan bantuan mereka, pasti blog saya tidak akan jadi seperti ini. Tambahan pula apabila segala ilmu yang mereka curahkan tanpa meminta bayaran. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka berdua.

Ucapan sejuta penghargaan saya layangkan buat Ciklaili.com kerana melahirkan semula Kisah Seorang Lobam dengan wajah baru yang lebih segar. Malah Cik Laili juga sanggup menyinsing lengan merenovasi 'rumah' ini tanpa meminta balasan.

Seorang lagi insan yang turut membantu menjenamakan semula blog ini ialah Bukhari Malek melalui blognya Akademi Blog yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada kalian berdua. Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.


Sebelum saya menamatkan coretan, saya menjemput rakan-rakan pembaca untuk LIKE laman Kisah Seorang Lobam.

Bagi anda yang akan hadir ke #SBB2014 insya-Allah semoga kita dapat bertemu mata di sana nanti.

Monday, February 10, 2014

Resipi Cheezy Kut

10:39 PM Posted by Lobam 4 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam buat rasul junjungan serta sahabat dan ahlul bait baginda.


Cheezy Kut atau Cheesekut antara salah satu makanan yang sedang mendaki carta popular kini. Boleh dikatakan hampir menjadi fenomena sebagaimana Ais Krim Goreng yang telah pun dikomersialkan oleh Nestle.

Ayuh kita sama-sama lihat resipi Cheezy Kut yang enak ini.

Bahan-bahan :


1. 250 gram krim cheese
2. Setengah tin susu pekat (jika mahu lebih manis, masukkan 3/4 tin susu)
3. Satu peket Deluxe Crackers Hup Seng (say menggunakan cream crackers)
4. Susu segar
5. Nestum

Cara memasak :

1. Pukul krim cheese sehingga kembang
2. Masukkan setengah tin susu pekat
3. Masukkan sedikit susu segar (bagi mengelakkan adunan terlalu kering)


4. Celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun ke dalam bekas
5. Selepas cukup satu lapisan, tuangkan sedikit adunan cheese dan susu pekat dan ratakan di atas biskut.
6. Taburkan sedikit nestum


7. Ulang perkara ke 4 - 6 sehingga biskut menjadi beberapa lapisan
8. Di tingkat paling atas, tuangkan adunan cheese dan nestum lebih sedikit


9. Masukkan ke dalam peti sejuk dan siap untuk dimakan

Selamat mencuba

Kebaikan Susu Soya Yeos

3:36 PM Posted by Lobam 20 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi serta selawat dan salam buat rasul junjungan tercinta.

Melakukan aktiviti fizikal sangat melelahkan. Tambahan pula jika aktiviti fizikal tersebut melibatkan pergerakan yang sangat keras seperti berenang, berlari dan sebagainya. Pastinya tenaga yang hilang perlu diganti. 


Kebanyakan antara kita mengambil minuman bergas serta pelbagai minuman isotonik yang tinggi kandungan gula sebaik sahaja melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya pengambilan minuman bergas adalah tidak baik untuk kesihatan tambahan pula kandungan gula yang banyak boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Oleh yang demikian, pengambilan minuman isotonik yang mengandungi gas patut digantikan dengan minuman yang lebih baik.

Saya amat meminati sukan renang. Boleh dikatakan setiap minggu saya akan mengisi masa lapang saya dengan berenang. Berenang melibatkan pergerakan fizikal seluruh badan. Disebabkan itu saya akan cepat mengalami letih badan.


Saya menjadikan pengambilan susu soya sebagai pengganti bendalir di dalam badan selepas berenang. Seperti mana yang kita tahu, soya mengandungi kandungan protin yang tinggi. Bahkan ia sangat kaya dengan kalsium, zat besi, zink, fosforus, magnesium, vitamin B, asid lemak Omega 3 dan juga serat. Protin adalah sejenis nutrien yang menjalankan pelbagai fungsi di dalam badan. Antara peranan protin ialah :

- Menggantikan sel-sel tisu yang mati atau rosak.
- Mengawal proses badan.
- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
- Mengangkut bagan-bahan seperti lipih, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.


Pengambilan susu soya selepas berenang membuatkan tubuh saya kembali bertenaga dan sudah pasti tubuh saya mendapat gantian bendalir yang bukan sahaja penuh nutrisi tetapi juga menyegarkan. Pilihan saya sudah tentulah Soya Yeos. Jika dilihat, minuman Soy Rich Yeos dibuat daripada kacang soya yang berkualiti tinggi. Malah kacang soyanya juga 100% Non-GMO (Non Genetically Modified Organisms) yang diimport dari Canada. Kebaikan susu kacang soya Yeos dijaga kualitinya kerana tidak dicampur dengan pewarna dan bahan pengawet malah susu kacang soya Yeos bebas kolestrol. 


Disebabkan pelbagai khasiat yang boleh didapati daripada susu kacang soya Yeos, saya membekalkan isteri saya Soy Rich Yeos sebagai kalsium tambahan (selain pil kalsium) di sepanjang kehamilannya. Alhamdulillah, kini kandungannya sudah mencecah 7 bulan dan bayi di dalam kandungan aktif dan sihat.

Selain itu, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya Yeos juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga kepada isteri saya dan bayi di dalam kandungan. Asid folik yang terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah kecacatan kepada bayi di dalam kandungan.



Kebaikan susu kacang soya Yeos juga saya kongsi bersama anak-anak. Ternyata minuman yang penuh khasiat ini dapat mengalihkan seketika kemahuan anak saya terhadap susu formula. Seperti mana yang kita tahu, kacang soya juga mengandungi serat yang mana baik untuk penghadaman kanak-kanak. Malah fiber juga menjadi diet utama dalam menu pemakanan kita. Dengan pengambilan fiber dari susu kacang soya Yeos, anak-anak saya lebih sihat dan ceria. Kini susu soya yeos didatangkan dengan pelbagai pek. Bermula susu kotak 1 liter sehinggalah botol, tin dan kotak kecil. Pelbagai variasi rasa seperti soya dan jagung serta soya hitam pasti membuatkan anak saya lebih berselera.
Sumber : Sinar Harian
Selain daripada susu soya Yeos, teh krisantimum juga merupakan signature dish bagi kumpulan minuman Yeos. Syarikat yang ditubuhkan pada 1900 di China ini menjadi pembuat minuman terkenal sejak 1935 ketika di Singapura. Kini pelbagai versi teh krisantimum telah dicipta malah pelbagai jenis minuman telah dikeluarkan.

Sumber : Denai Hati
Antara produk yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ialah Yeos Teh Ais Limau. Minuman yang lazat ini sangat sesuai diminum setiap masa. Tambahan pula jika diminum sewaktu cuaca panas pasti memberi kesan kesegaran yang berganda.

Minum menyegarkan ini sangat enak jika dinikmati semasa sejuk. Pastinya penat dan dahaga akan hilang serta merta di saat Yeos Teh Ais Limau masuk ke salur pemakanan. Bukan sahaja orang dewasa, malah anak kecil saya yang berusia 2 tahun juga amat menggemarinya.


Kepesatan ledakan teknologi maklumat memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi kebaikan minuman Yeos. Selain laman web, pengguna juga boleh berinteraksi sama ada dengan melontarkan pendapat mahupun bertanyakan soalan melalui laman Facebook Yeos. Iklan-iklan produk Yeos juga boleh ditonton dengan melayari Laman Youtube Yeos Malaysia. Pengguna produk Yeos samada makanan mahupun minuman boleh mendapat maklumat terkini  melalui lama Instagram Yeos Malaysia. Malah pengguna Google + juga boleh mendekati mereka melalui akaun Google Plus Yeos. Hasil kemajuan teknologi terkini maklumat mengenai Yeos dapat diketahui hanya melalui hujung jari. Malah kebaikan Yeos juga dapat dikongsi ke seluruh dunia dengan hanya 1 klik seperti trending menggunakan #YeosMalaysia di Twitter Yeos Malaysia.

Konklusinya, Yeos merupakan produk pilihan semulajadi rakyat Malaysia.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014