Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, January 10, 2014

Segar Lagi Menyegarkan - SirapLimau.com Seindah Namamu

1:20 AM Posted by Lobam 8 comments
Assalamualaikum.


Indah bahasa menunjukkan bangsa
Indah budi kerana agama
Indah akhlak pekerti mulia
Cerminan keperibadian junjungan Mulia

Salam ukhwah kasih bertaut

Salam cinta pengerat mahabbah
Kasih dinda kanda berpaut
Mekar senyuman sayang bercambah


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki serta nikmat Islam dan Iman yang tidak berbelah bagi. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan juga ahlil bait tercinta.

Jika kita merujuk laporan Utusan Malaysia bertarikh 12 Mac 2013, dilaporkan ramai wanita diapati mengalami sakit mental. Menurut laporan itu lagi
Ini merupakan satu tred yang membimbangkan dan daripada senarai pesakit serius di negara ini, penyakit mental dalam kalangan wanita mencakupi 12.1% berbanding hanya 10.4 % yang dihadapi oleh kaum lelaki
Antara punca yang menjadikan wanita menjuarai carta berbanding lelaki ialah apabila kesedihan atau kesengsaraan yang dihadapi tidak diurus dengan baik akan memberi kesan negtaif kepada kesihatan mental mereka. Tambahan pula apabila masalah mereka dipendam sendirian tanpa mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang terjadi, menjadikan kes ini lebih buruk dan parah.

Di zaman teknologi maklumat dan saiber ini tidak semua orang boleh dipercayai. Mahu bercerita dengan keluarga, takut-takut luka yang ada bertambah parah. Mahu dicerita kepada kawan risau pula luka parah semakin bernanah. Jadi, memendam perasaan dilihat jalan paling selamat. 

Sebenarnya kaunseling adalah merupakan jalan terbaik bagi mencari jalan keluar dari masalah yang terbelenggu. Kaunseling merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi dan dijalankan oleh kaunselor.

Antara objektif kaunseling ialah meningkatkan pembangunan personel potensi diri dan kematangan sosial. Malalah kaunseling juga mampu membuka minda klien dalam mencari jalan penyelesaiannya sendiri berpandukan jalan yang dibantu oleh kaunselor.


Masalah yang timbul ialah apabila kaum wanita tidak mampu untuk membayar nilai perkhidmatan yang diberi oleh kaunselor. Kini masalah itu bukan lagi menjadi bebanan kepada kaum wanita. Laman sesawang Sirap Limau - Segar Lagi Menyegakan menyediakan perkhidmatan luah perasaan online secara percuma. 

Malah laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan interaktif ini membolehkan para pembaca turut berkongsi pandangan serta melontarkan idea mengenai isu yang dibangkitkan. Sedikit sebanyak masalah yang dihidang mampu melepaskan sedikit tekanan yang menguasai fikiran.

Saya ingin mengajak pembaca wanita yang budiman serta calon ahli syurga untuk sama-sama singgah ke laman blog ini. Banyak perkara berkaitan rumah tangga dikongsi di sana. Mana tahu ada antara kisah di sana yang sama ceritanya dengan kisah kita. Bolehlah berkongsi cerita bagi membangkitkan semula kejituan hati sang pencerita yang semakin mati.

Isu kekeluargaan dikongsi bersama
Ragam suami isteri pelbagai cerita
Bukan sahaja kisah cinta
Cerita curang tak kurang hebatnya

Bila menantu memendam rasa
Suami pula tidak membela
Ibu mertua bermaharaja lela
Menantu diperlukan sesedap rasa

Pelbagai kisah menyayat hati
Meruntun naluri jiwa pembaca
Menjenti naluri menyayat hati
Bila hubungan dibina berakhir derita

Hadapi masalah dengan gembira
Kita tidak keseorang di sini
siraplimau.com membina jalannya
Perkongsian maya melegakan hati

Begitulah asam garam kehidupan. Ada gembira ada menyedihkan. 

Saya teringat kepada ayat kedua surah al-Ankabut
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Jelas di sini ujian itu merupakan tanda dan kasih sayang Allah kepada manusia. Tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji. Jika diuji jangan gentar. Hadapi dengan hati yang terbuka. Kongsikan segala kisah suka dan luahkan segala kisah duka di laman Sirap Limau. Kadangkala masalah itu tidak perlu diselesaikan. Bagi sesetengah orang dengan meluahkan perasaannya ibarat mengangkat batu besar yang tersekat di atas kepala. Sirap Limau sudah siapkan lorongnya. Hanya tepuk dada dan tanyalah kesediaan kita. 

Seindah namanya Segar Lagi Menyegarkan, begitulah Sirap Limau diibaratkan. Bukan sahaja masalah kehidupan berkeluarga malah kisah kehamilan juga dapat dikongsi bersama.


Saya tertarik dengan artikel Mengandung Tetapi Kantung Kosong yang diletakkan dibawah label kehamilan. Isu ini sangat menarik perhatian. Ini bukan kisah baru yang melingkari keriuhan masyarakat kita. Tetapi kisah ini pasti memberi kenangan pahit buat mereka yang mengalaminya. Yang lebih menyeronokkan banyak komen-komen positif yang dikongsikan oleh pembaca. Ini pasti akan meredakan keresahan hati si pengadu. Itulah cara meredakan tekanan (stress) yang baik. Luahkan dan berbicaralah secara dua hala. Ini akan mengurangkan kes tekanan mental di kalangan wanita.

Lorong yang telah disediakan semudah ABC. Hanya emailkan masalah anda ke alamat hello@siraplimau.com dan cerita anda akan diangkat ke pengetahuan umum. Jangan risau. Sudah pasti nama pengirim akan dirahsiakan.


Bagi anda yang tidak mahu terlepas dengan entri-entri terbaru dari Sirap Limau, apa kata kalau anda melanggan newsfeed mereka. Pasti anda akan menjadi orng pertama yang menerima pemberitahuan entri-entri hangat yang dikongsi.

Secara konklusinya dapat saya simpulkan, laman sesawang penuh interaktif yang dibangunkan oleh Sirap Limau ini mampu menjadi pemangkin serta medan bagi insan di luar sana yang hilang arah tuju tempat untuk mengadu. Berkongsi secara interaktif dapat mengurangkan risiko sakit mental di kalangan wanita. Ingat Masalah, Ingat Sirap Limau. Terima kasih Sirap Limau.

- Pihak Sirap Limau menyediakan peraduan Review Sirap Limau. Syarat dan peraturannya boleh dapatkan di sini. Hadiah menarik yang menanti pemenang ialah wang tunai bernilai RM500.00 serta baucer percutian ke Universal Studio dan banyak lagi hadiah yang hebat menanti semua. Wah, seronok tu. 

- Peraduan ini dibawakan untuk anda oleh :

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com dan Tareeq Al Jannah

Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s : Artikel dan pantun di dalam entri ini adalah nukilan saya sendiri

8 comments:

  1. Sungguh kreatif dan menarik! Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan kerana sudi membaca.

      Delete
  2. All d best incik..setuju dgn pndpt incit masalah perlu.bdibincangkan.tp perlulah medium yg sesuai kerana ini adalah rahsia rumahtangga..jika diceritakan khuatir akan mwnjadi aib..just my one cent..


    Tangani Stress Dengan Supplemen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul puan. Saya setuju. Cuma pendapat saya aib jika pihak berkenaan mendedahkan nama sebenar. Walau bagaimana pun terpulang kepada pihak pengadu sebenarnya.

      Delete
  3. , nó

    lập tức nghiền nát tấm màn che do ngũ thải quang mang tạo thành. Vương

    Lâm lao vào ôm lấy Vương Hạo, đưa hắn ra khỏi lò luyện đan đặt lên trên

    mặt đất.

    Tay phải Vương Lâm đặt lên trán Vương Hạo, hắn trầm tư không nói gì. trung tâm kế toán tại quảng ninh, trung tâm kế toán tại hải dương, trung tâm kế toán tại bắc giang, trung tâm kế toán tại bắc ninh, trung tâm kế toán tại hải phòng, trung tâm kế toán tại nam định, trung tâm kế toán tại thái bình, trung tâm kế toán tại thanh hóa, trung tâm kế toán tại vĩnh phúc, trung tâm kế toán tại hưng yên, trung tâm kế toán tại phú thọ, trung tâm kế toán tại bình dương, trung tâm kế toán tại nghệ an, trung tâm kế toán tại vũng tàu, trung tâm kế toán tại đồng nai, trung tâm kế toán tại tphcm,


    Đạo Hư cẩn thận nhìn thoáng qua một chút, sau đó lão vứt Lữ Vân Kiệt lên trên mặt đất, lão trầm giọng nói:

    - Lữ Vân Kiệt, ngươi thật là to gan, Lô Hỏa Khai Đình tuy không nói là

    cấm thuật, nhưng chỉ có thể sử dụng với người ngoài, không thể thi triển

    đối với đồng môn, ngươi quên rồi sao?

    Sắc mặt Lữ Vân Kiệt không còn chút máu, hắn quỳ rạp trên mặt đất, thấp giọng nói:

    ReplyDelete