Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, January 9, 2014

Persiapan Menunaikan Umrah Di Musim Sejuk

9:10 PM Posted by Lobam , 5 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Nikmat kehidupan, Iman dan Islam menjadikan kita hamba yang mulia dan terbaik di dunia ini.


Tibanya bulan Januari, pasti berduyun-duyun manusia mencari fitrah, menerima jemputan daripada Allah taala sebagai tetamu yang Esa atau disebut sebagai Duyuf Rahman ekoran daripada kelulusan semula visa selepas dihenteikan seketika semasa musim haji.

Cuaca di Madinah dan Mekah sedikit berbeza pada masa ini. Lazimnya sepanjang bulan Januari membawa ke bulan Mac, Mekah dan Madinah mengalami musim sejuk. Biarpun suhu sejuk di kedua-dua tanah haram itu tidak seperti di Jordan, Turki atau beberapa negara Arab di sekitarnya, suhu sekitar 12 darjah celcius masih dianggap sejuk seperti mana musim panas di Mekah yang mampu mencapai lebih 40 darjah celcius semasa musim puncak. Bersama ini saya lampirkan ss cuaca di Mekah dan Madinah pada 8 Januari 2014. 


Kepada yang sudah mendapat visa dan akan berangkat tidak lama lagi, tahniah saya ucapkan dan didoakan semoga pembaca budiman memperolehi umrah mabrurah. Amin...

Justeru, kita perlu seimbangkan pakaian yang perlu dibawa. Ada pakaian untuk cuaca sejuk dan ada juga pakaian untuk cuaca biasa. Malah adakalanya pada musim sejuk begini, Mekah akan menerima  hujan. Saya pernah merasai nikmat hujan di Mekah. Saat laungan azan Asar hujan mula gerimis. Tatkala imam melantunkan kalimah takbir di kawasan Mataf, hujan turun menderu lebatnya. Lencun ihram yang dipakai. Air mata meluncur laju bersama hujan yang membasahi tanah gersang itu. Syukur tidak terkira.

Bersama ini saya kongsikan beberapa tips yang dikongsi oleh laman Muslim Backpackers

Antara item penting yang perlu dibawa ketika cuaca begini ialah :

- Kot tebal (winter coat)
- Baju panas - boleh dipakai di dalam telekung
- Inner
- Kasut bertutup atau kasut getah seperi crocs dan sebagainya
- Mafla / shawl untuk melindungi muka daripada angin sejuk (ketika ihram jemaah wanita tidak dibenarkan menutup muka)
- Tuala muka untuk menglap muka selepas berwuduk
- Bagi jemaah wanita, biasakan memakai telekung bersama jubah atau seluar atau skirt lebuh dan stoking untuk ke masjid. Kain telekung hanya mudah dipakai jika solat di dalam bilik. Pastikan juga stoking tidak jarang atau koyak.
- Tudung labuh dan sebaiknya berdagu
- Sarung lengan
- Bagi lelaki kain ihram sangat memberi keselesaan dalam suhu begini
- Jika sejuk, elak memakai kain pelekat ke masjid. Pakailah seluar yang dapat menahan sejuk bersama jubah
- Kasut stokin untuk keselesaan berjalan di dalam masjid, semasa tawaf dan saie (bagi jemaah wanita)
- Pelembab muka dan bibir
- Krim panas
- Botol air untuk mengisi air zam zam setiap hari
- Termos kecil untuk membawa air panas semasa aktiviti ziarah

Saya juga ada berkongsi beberapa tips lagi. Pembaca budiman boleh mengetahui Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah (Bhgn1) yang saya karang dengan menziarahi blog Cik Laili

Juga boleh ziarah ke link yang berikut :

5 comments: