Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, January 12, 2014

Cinta Bertaut Di Cameron Highlands

9:01 PM Posted by Lobam , 11 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat kesihatan yang tidak bertepi. Kasih sayang dah rahmat Allah membolehkan kita hidup di dunia ini secara percuma.

Syukur kepada Allah apabila diberi kesempatan untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama ahli keluarga. Kasihan kepada anak-anak dan isteri apabila ditinggalkan semasa cuti sekolah yang lalu. Kebetulan study week dan peperiksaan semester USIM berlangsung pada Disember menyebakan anak-anak dan isteri sedikit terabai.

Jika mengikut cadangan asal kami akan terbang ke Kota Kinabalu tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa ditukar ke Cameron Highlands sahaja. Percutian kali ini kami bersama emak dan ayah serta empat beradik bersama pasangan masing-masing.


Cameron Highlands bukanlah sesuatu yang baru bagi kami. Malah sepanjang hampir 7 tahun perkahwinan kami, sudah banyak kali Cameron Highlands kami jejaki. Setiap kali trip pasti ada ceritanya tersendiri.


Cameron Highlands juga merupakan antara tempat berbulan madu kami. Kali ini kami datang lagi sebelum ahli keluarga bertambah pada April nanti insya-Allah.


Kali ini kami memilih untuk menginap di inap desa (homestay). Pilihan kami ialah RZ Lodge yang terletak di Kampung Taman Sedia Tanah Rata. Pemilik RZ Lodge ini juga merupakan pengusaha YZ Strawberry Farm and Cafe yang terletak lebih kurang 100 meter dari inap desa tersebut.



Di YZ Strawberry Farm and Cafe anda boleh menikmati strawberry coklat yang popular di Cameron Highlands. Harganya juga berpatutan.

Inap desa ini tidaklah segah inap desa yang bertaraf 3 bintang dan sebagainya. Hanya sebuah rumah kayu yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang selesa tetapi mempunyai kemudahan televisyen dengan langganan Astro, dapur memasak dan yang lebih menarik lagi rumah ini boleh memuatkan sehingga 15 - 20 orang pada satu masa. Pasti anda dapat bayangkan bagaimana besarnya rumah ini. RZ Lodge juga menyediakan peralatan bbq


Kami tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan bbq yang disediakan. Seronok rasanya bila kami adik beradik dapat berkumpul bersama. Kesibukan masing-masing membataskan kami untuk berlibur bersama.


Saya kira, Cameron tetap sama seperti dulu. Pasar Malam yang terletak di Brinchang, Kea Farm, ladang teh Cameron Valley, nursery dan ladang-ladang strawberry pasti menjadi lokasi wajib apabila sampai di sini. 



Kali ini kami singgah di taman rama-rama yang terletak di Kea Farm. Pengunjung dikenakan bayaran RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak sebagai bayaran masuk. Bagi saya, tiada apa yang menarik di taman rama-rama ini. Apa yang saya bayangkan ialah anak-anak akan berlari-lari gembira mengejar rama-rama dan dapat mengambil gambar bersama. Tetapi apa yang terjadi tidak seperti yang saya fikirkan.
`

Mujur trip kami kali ini tidak ditemani sang hujan. Jika tidak hujan pon kami sudah seperti angkasawan dengan pakaian yang berlapis-lapis inikan pula jika hujan membasahi bumi.




Konklusinya, trip kali ini benar-benar mengingatkan kami kembali saat-saat cinta kami bertaut di Cameron Highlands.

11 comments:

  1. rupanya banyak kenangan Muiez & Asma di Cameron Highlands ye..
    seronoknya bercuti bersama keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tu tidaklah kak. Cuma Cameron kecik aje. Banyak kali juga datang ke sini. Berdua, bertiga, bersama keluarga. Hehehe.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi membaca dan mendoakan kami.

      Delete
  3. salam perkenalan dari saya :)
    ermm nice view kat cameron highland..sy tak penah sampai lagi :)
    ni..kira cinta berputik semula lah ni..hope happy always sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan. Maaf sekiranya review saya tak menyeluruh sangkaan saya ramai yang sudah ke sana.

      Jika mahu ke Cameron dengan bilangan ahli rombongan sekitar 10-15 orang saya cadangkan tempat penginapan di atas.

      Bawa barang makanan sendiri dan masak di sana lebih menjimatkan.

      Delete
  4. Best wo ke cameron highland!
    lame bebenor aku tak kesane...mase free kang nak jugak ler terjah kesane hehee..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..hye..
    bez nyer cameron... plan nk pegi dgn family april ni...
    tumpg tye sikit boleh?
    RZ LOdge tu brape rm smalaman? n kne booking dlu k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Baby Rock.

      Rumahnya rumah kayu biasa. Tapi saaaaangat besar. Boleh muat 15-20 orang. Lengkap dengan televisyen, dapur dan peti ais.

      Boleh hubungi Abang Zul di talian 0135003833

      Delete

  6. ngũ thải quang mang từ trong lò luyện đan xuất hiện, tạo thành một chiếc

    màn che va chạm với bàn tay vô hình do Dẫn Lực thuật tạo ra.

    Vương Lâm hừ lạnh một tiếng, linh lực trong cơ thể được vận chuyển nhất

    thời uy lực của Dẫn Lực Thuật tăng lên so với trước rất nhiều lầntrung tâm kế toán tại tphcm, khóa học kế toán cho giám đốc, học kế toán tổng hợp, Hoàng Trung Dũng, hack game online, hình nền đẹp, video hài hước, thủ thuật internet, tin tức kế toán, tài liệu kế toán, dịch vụ tư vấn thành lập doanh nghiệp giá rẻ, brainy quotes, love quotes, dịch vụ kế toán trọn gói, dịch vụ dọn dẹp sổ sách, Dịch vụ báo cáo tài chính, kế toán, dịch vụ kế toán, trung tâm kế toán hà nội,


    Đạo Hư cẩn thận nhìn thoáng qua một chút, sau đó lão vứt Lữ Vân Kiệt lên trên mặt đất, lão trầm giọng nói:

    - Lữ Vân Kiệt, ngươi thật là to gan, Lô Hỏa Khai Đình tuy không nói là

    cấm thuật, nhưng chỉ có thể sử dụng với người ngoài, không thể thi triển

    đối với đồng môn, ngươi quên rồi sao?

    Sắc mặt Lữ Vân Kiệt không còn chút máu, hắn quỳ rạp trên mặt đất, thấp giọng nói:

    ReplyDelete