Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, January 4, 2014

Ais Krim Goreng Sodap Lak Aiii

9:02 PM Posted by Lobam 4 comments
Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki serta nikmat Islam dan Iman. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Mulia.

Ais krim roti merupakan makanan yang diminati oleh rakyat Malaysia. Seingat saya ketika saya masih kecil, ais krim roti akan menjadi pilihan jika penjual ais krim melalui kawasan perumahan. Bukan sahaja saya malah seluruh ahli keluarga sangat menggemari ais krim roti.

Kini aiskrim roti telah melalui fasa pemodenan. Kudapan ringan yang berasaskan ais kirm dan roti itu telah ditransformasi menjadi ais krim goreng. Saya mengenali ais krim goreng sejak tahun 2001 lagi ketika saya berkelana ke Terengganu untuk menuntut ilmu. Setiap minggu pasti gerai di Pantai Batu Buruk menjadi tempat persinggahan untuk menikmati ais krim goreng.

Setelah lebih sepuluh tahun, ais krim goreng kini menjadi fenomena di Malaysia. Malah makanan ini telah dikomersialkan dengan dijual di restoran yang bertaraf lima bintang. Cuma setakat ini belum kedengaran lagi ais krim goreng dipek dan dijual segera.

Hari ini saya ingin berkongsi cara membuat kudapan yang menjadi kegilaan ramai.

Bahan-bahan :

1. Sebuku roti
2. Ais krim
3. Minyak untuk menggoreng
4. Buah-buahan ( sebagai hiasan )
5. Choki choki ( sebagi hiasan )
6. Gelas kosong

Cara membuat :

1. Ais krim diletakkan di atas roti. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Jika terlebih akan menyebabkan roti tidak melekat rapi dan bocor. Boleh juga ditambah dengan buah-buahan. Untuk kali ini saya memilih kurma dan pisang yang dihiris halus sebagai perasa.



2. Tampalkan ais krim tersebut dengan sekeping lagi roti, dan tekapkan gelas untuk mendapatkan bentuk bulat. Pastikan sisi roti itu melekat.



3. Sejukkan seketika roti yang sudah siap ditekap di dalam peti sejuk beku kira-kira 30 minit. 

4. Panaskan minyak dan sedia untuk digoreng. Jangan goreng terlalu lama cukup sekadar mebalik-balikkan roti tersebut. Setelah roti bertukar warna angkat dan toskan.

5. Hias roti tersebut dengan choki choki atau apa sahaja hiasan yang anda gemari.

6. Sedia untuk dihidang.


Sodap Lak Aiiiii. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. dah cuba. sayang yg tepi2 roti tu yer...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lupa nak bagitahu. Lebihnya boleh buat puding roti...

      Delete
  2. Replies
    1. Try. InsyaAllah jadi. Pastikan minyaknya betul2 panas ya..

      Delete