Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, October 6, 2013

Melancong? Apakah? #TSBreakaway #TSDayOut #TourismSelangor

10:48 AM Posted by Lobam , 2 comments

Percutian merupakan satu remidi yang sangat efektif pada masa kini. Selepas menempuhi tugas yang penuh mencabar, pasti kita memerlukan masa untuk melepaskan segala penat lelah.

Begitu juga dengan saya. Percutian menjadi rehabilitasi minda dalam menikmati dunia dari perspektif yang berbeza.


Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Ternyata apa yang dikatakan itu benar sekali. Pengalaman tidak boleh didapati berdasarkan penceritaan dan pembacaan di dalam buku sahaja. Kita perlu melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan pengalaman yang berharga. Sama seperti bercuti. Bila dicerita tentang sesuatu tempat dan lokasi pasti kita tidak dapat menggambarkan sepenuhnya seperti apa yang dicerita melainkan kita telah menjejakkan kaki ke sana.

Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menyambungkan pelajaran di peringkat sarjana muda di luar negara. Ternyata dua bulan pertama saya ketika di luar negara saya penuhkan dengan aktiviti 'berjalan'. Sebagai orang baru pastinya kita perlu mengetahui selok belok serta adat resam dan budaya sesuatu tempat. Apatah lagi sekiranya kita akan mendiami sesuatu tempat itu dalam masa yang panjang. Apabila kita 'berjalan' lebih banyak pengetahuan yang akan kita dapati terutama dari segi sejarah dan kehidupan sesuatu kaum.

Ini adalah merupakan salah satu video ketika ziarah saya ke kota Alexander The Great di Mesir. Video ini saya gunakan untuk promo satu peraduan yang telah berlangsung pada 2009 yang lalu.


Ternyata dengan melancong saya dapat membuka minda dan mengenali budaya yang tidak pernah saya alami.

Ho Chi Minh sendiri memberi keinsafan kepada diri saya. Manakan tidak, dengan keadaan ekonomi serta taraf kehidupan yang rendah membuatkan saya rasa lebih bersyukur hidup di bumi Malaysia. Tidak semua tempat yang kita lawati seindah dan semakmur Tanah Tumpahnya Darah kita.


Percutian di dalam negara juga tidak kurang hebatnya. Contohnya di Negeri Sembilan. Terdapat satu adat yang diamalkan sejak turun temurun iaitu Adat Perpatih. Maksud Adat Pertpatih seperti yang diterangkan di dalam Wikipedia :
Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu: (1) Tanah Datar, (2) Batu Hampar, (3) Seri Lemak, (4) Anak Melaka, (5) Mungkal, (6) Payakumbuh, (7) Seri Melenggang, (8) Tigo Batu, (9) Tigo Nenek, (10) Anak Aceh, (11) Batu Belang, (12) Biduanda
Dengan melancong kita dapat mengenali adat budaya sesuatu bangsa serta amalan yang diamalkan dalam sesuatu kawasan. Contohnya seperti adat pertunangan dan perkahwinan yang beteraskan konsep 1Malaysia yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.


Melancong juga mendedahkan kita dalam jalinan perhubungan bersama teman baru. Dengan melancong, kita dapat mengenali rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Oleh itu kita boleh bertukar-tukar fikiran serta bercerita tempat-tempat yang menarik. Mana tahu dapat melancong bersama-sama suatu hari nanti, pasti menarik.


Melancong juga boleh mengeratkan silaturrahim. Sebagai contoh, #TSDayOut yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. Jika sebelum ini kita hanya mengenali rakan-rakan melalui Laman Sosial sahaja, dengan adanya program seperti ini kita dapat mengeratkan hubungan yang selama ini terjalin di alam maya sahaja. 

Kieran Hot FM di Ho Chi Minh City
Pak Latip - Penulis Novel Sejarah Popular
Behruddin Bekri - Penulis Novel dan Editor PTS
Ini antara pengalaman saya bersama dua orang novelis tersohor tanah. Ketika ini kami bersama-sama melancong ke Ho Chi Minh. Saya juga pernah melancong bersama Kieran iaitu penyampai Hot FM. Perkenalan kami melalui laman sosial diikat sehingga ke dunia realiti. Malah sehingga kini kami masih berhubung. Itulah sebabnya saya mengatakan yang melancong mampu mengeratkan silaturrahim.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan ketika kita melancong. Melancong juga membolehkan kita cuba untuk melakukan satu perkara diluar batasan kemampuan kita. Di sinilah kita dapat mengukur tahap kemampuan serta ketahanan diri. Contohnya ketika berada di Ho Chi Minh, saya cuba untuk memegang ular sawa yang sangat besar. Malah ketika berada di Pulau Pinang, saya dapat merasai keseronokan berada di atas udara.






Keseronokan ini hanya boleh dirasai ketika kita melancong. Ya ternyata dengan melancong kita dapat meleraikan segala emosi serta kelelahan yang terbendung sekian lama. 


Dengan fasiliti lengkap yang disediakan oleh pihak hotel membuatkan kita untuk lebih tenang. Berehat dan santai bersama keluarga pasti memberi ketenangan yang berganda.


Kepelbagaian makanan dan citarasa juga mempu dinikmati ketika kita melancong. Lain padang lain belalang. Lain tempat lain citarasanya. Bagi penggemar makanan pasti melancong menjadi hiburan paling bermakna. Melancong dan makanan pasti tidak mapu dipisahkan.

Jelas melancong benar-benar menjadi rehabilitasi yang paling unggul dalam menangani masalah stress dan kemurungan.

Inilah Perlancongan Di Mata Saya. Khusus untuk #TSBreakAway dan #ToursmSelangor

2 comments:

  1. Eehhhh gambar dgn ular tu, ya ampun :O One of the reason sy susah nak masuk zoo, sy paling takut ular. Tgk gambar pun dah takut, apa lg tgk LIVE. Huwaa!

    ReplyDelete