Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, May 7, 2013

#TSDayOut - Keseronokan Menanti Di Skypark Subang

12:07 AM Posted by Lobam , , , 7 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Hari ini Malaysia telah bersuara. Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah terbentuk. Biar apa pun kontroversi yang melanda, inilah 'lambang' demokrasi kita.


Selain melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali kedua, saya juga berasa gembira dan teruja apabila sekali lagi dipilih untuk menyertai #TSDayOut anjuran Tourism Selangor. Sebelum ini #TSDayOut telah berlangsung di Skytrex Adventure tetapi edisi kali ini akan diadakan di Skypark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.


Ini adalah merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini. Pertama kali sewaktu menghantar ibu saya menunaikan haji dahulu. Selepas 23 tahun sekali lagi saya akan melangkah kaki ke lapangan terbang utama suatu ketika dahulu sebelum adanya KLIA.

Program kali ini adalah kolaborasi antara Tourism Selangor, Syarikat Penerbangan Firefly dan SimFlightKL. Program yang akan berlangsung pada 11 May nanti akan melibatkan seramai 30 orang peserta yang dipilih secara rawak melalui pendaftaran menerusi laman web Tourism Selangor.


Jika mengikut tentatif para peserta akan mengikuti lawatan sekitar lapangan terbang. Peserta akan diberi penerangan mengenai pengoperasian lapangan terbang yang pernah menjadi lapangan terbang utama suatu ketika dahulu. Kemudian para peserta akan bersama dengan Syarikat Penerbangan Firefly. Program ini akan diakhiri dengan Simulator Pemanduan Kapal Terbang bersama SimFlightKL.



Tidak sabar rasanya untuk cuba memandu Airbus A320 dan Boeing 737. Jika anda ingin cuba memandu simulator ini, apa kata dapatkan maklumat di laman web SimFlightKL

Lebih menyeronokkan lagi, setiap peserta berpeluang memenangi hadiah sehingga RM 500 dengan menyertai pertandingan fotografi dan penulisan blog. Jom kita sertai #TSDayOut bersama Tourism Selangor untuk edisi akan datang.

7 comments:

  1. mahalnya !

    http://lovelynemo.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Kalau join #TSDayOut semuanya percuma...

      Delete
  2. Replies
    1. Follow FB Tourism Selangor. Nantikan pengumuman program seterusnya. Yang penting percuma dan berpeluang untuk memenangi sehingga RM 500.

      Delete
  3. Replies
    1. Jom kak. Sekali sekala kita join sama-sama.

      Delete
  4. KALAU BUAT LAWAT 1 KELAS KURSUS PELANCONGAN BOLEH KE? MACAM BEST JER...

    ReplyDelete