Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, May 21, 2013

#TSDayOut : Airport Tourism, Mampukah Direalisasikan?

11:07 PM Posted by Lobam 2 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Sumber http://www.temasyaglenmarie.my/amenities.asp

Istilah Airport Tourism  mungkin sangat asing bagi penduduk Malaysia. Bagi sesetengah negara barat Airport Tourism ini memberi banyak manfaat kepada pelancong mahupun penduduk sekitar.

Secara ringkasnya Airport Tourism ini boleh diceritakan seperti perlancongan sekitar lapangan terbang. Apa? Biar betul? Ya memang benar. Siapa tahu bagaimana sesebuah lapangan terbang beroperasi? Siapa tahu sejarah sesebuah lapangan terbang? Bagaimana sesebuah syarikat penerbangan menjalankan operasi mereka? Sekiranya berlaku kecemasan, kepada siapa harus dirujuk? Sekiranya berlaku kehilangan beg atau barangan berharga, di mana harus kita tuju? Dari mana pelancong ini datang? Bagaimana keadaan mereka? Adakah mereka bersendirian atau hadir berkumpulan? Bagaimana bagasi mereka diuruskan?`

Bagi yang menjadikan kapal terbang sebagai pengangkutan kedua mungkin faham tentang situasi ini. Tetapi bagaimana pula penumpang yang hanya sekali sekala menggunakan pekhidmatan kenderaan udara tersebut? Pasti sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Melalui Airport Tourism segala maklumat tentang pengoperasian sesebuah lapangan terbang dapat diketahui. Pelancong akan dibawa melawat sekitar lapangan terbang dan meneroka setiap inci persekitarannya. Pelancong akan merasai simulasi bermula daripada daftar masuk sehinggalah menaiki kapal terbang.

Baru-baru ini, 30 orang blogger telah dipilih untuk menyertai Airport Tour anjuran Tourism Selangor yang mendapat sokongan penuh daripada pengurusan Skypark Terminal  Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, SimFlightKL dan Firefly melalui program yang dinamakan sebagai #TSDayOut.


Melalui #TSDayOut ini para blogger diperkenalkan dengan Skypark dan Firefly dengan lebih dekat. Kami diperdengarkan tentang serba sedikit sejarah penubuhan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan pengoperasian syarikat tambang murah Firefly.


Sedikit pengenalan mengenai Skypark Subang yang diambil melalui Wikipedia

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (IATA: SZBICAO: WMSA) merupakan lapangan terbang yang terletak di Subang, Selangor. Pada masa kini lapangan terbang ini digunakan untuk penerbangan sewa khas dan penerbangan komunititurboprop.

Sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 1999, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan lapangan terbang Kuala Lumpur, Malaysia yang utama.
Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi untuk penerbangan pada 30 Ogos 1965, dan mempunyai landasan terpanjang (panjang 3.7 km, lebar 45 m) di Asia Tenggara ketika itu. Ia mempunyai 3 terminal - Terminal 1 untuk penerbangan antarabangsa, Terminal 2 khas untuk penerbangan Malaysia-Singapura dan Terminal 3 untuk penerbangan domestik. Pada masa ini bangunan Terminal 3 telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Skypark menjadi hub utama operasi syarikat penerbangan komuniti Firefly beroperasi dengan 12 pesawat ATR72-500 selain dari hub kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dibangunan Skypark Subang selain kaunter tiket Firefly terdapat juga Kaunter tiket Penerbangan Malaysia dan AirAsia walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi di KLIA.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan juga pusat baikpulih keseluruhan serta pemeriksaan peringkat D dan E pesawat B737-400/800 , B777-200 , B747-400/200 , A330 , F50 dan ATR72 dimana terdapat tiga bangunan hangar Penerbangan Malaysia. Terdapat juga bangunan latihan juruterbang dimana ianya memiliki dua simulasi B737-400 selain masing-masing satu unit B747-400, B777-200, A380-800 , F50 , A330 dan simulasi ATR72 milik Firefly digunakan bersama Maswings selain diperuntukan slot masa dengan bayaran tertentu untuk latihan syarikat lain seperti Berjaya Air , Aseman Air. Simulasi B737-800 ditempatkan di Glenmarie Shah Alam.



Seawal pagi kami dibawa melawat sekitar Skypark dan menjengah bilik operasi Firefly oleh En. Rushdee. Di sana kami diterangkan tentang perjalanan juruterbang serta krew kabin dari mula daftar masuk sehingga pulang semula ke Skypark. Di situ juga kami diterangkan tentang perjalanan kapal terbang serta beberapa info yang menarik lagi.

 
Selepas mendapat beberapa maklumat penting, kami dibawa pula ke kawasan pelepasan. Sebenarnya tempat ini dikhususkan hanya untuk penumpang yang akan menaiki pesawat sahaja. Tetapi untuk peserta #TSDayOut, kami diberi pelepasan. Di sini kami dibawa meninjau dengan lebih dekat untuk mengenali proses sebenar persediaan penumpang sebelum penaiki pesawat.


Selepas beberapa ketika kami dibawa pula ke kawasan pesawat. Di sini kami diterangkan dengan lebih lanjut mengenai operasi pemunggahan bagasi dan perjalanan pesawat sehingga berlepas.




Untuk sesi kedua kami dibawa mendekati SimFlightKL iaitu satu tempat di mana semua mampu memandu kapal terbang melalui mesin simulator yang disediakan. Untuk pengetahuan semua, mesin simulator ini adalah yang sebenar seperti pemanduan di dalam kokpit pesawat. Untuk maklumat lanjut, boleh layari entri yang telah saya sediakan di sini

Gambar milik saya.
Program kami diakhiri dengan majlis penutup yang diadakan di Peugeot Lounge. Dengan dekorasi yang bercirikan kemewahan, Peugeot Lounge banr-benar memberi keselesaan buat pelancong untuk beristirehat sementara menunggu pesawat berlepas. Baca entri yang telah saya sediakan di sini.


Ternayta program Airport Tour yang dianjurkan oleh Tourism Selangor ini benar-benar memberi impak  kepada kami semua. Cuma apa yang bersarang di fikiran ialah, mampukah Airport Tour ini direalisasikan di Malaysia dan adakah ianya akan diterima oleh kebanyakan masyarakat Malaysia dan pelancong yang bertandang? Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya. Jadi untuk mengetahui adakah ianya mampu diterima masyarakat, pihak Tourism Selangor perlu mengambil langkah pertama. Kolaborasi antara beberapa pihak pasti akan menjadikan pelancongan cara baru ini menjadi pembuka lembaran dimensi pelancongan tanah air.


Gambar milik saya.
Secara umumnya, selain mengenali tempat-tempat menarik di sekitar Selangor, #TSDayOut sebenarnya merupakan platform untuk para blogger serta para peserta berkenal-kenalan antara satu sama lain selain dari melebarkan jaringan persahabatan. Jelas kewujudan #TSDayOut benar-benar memberi impak dalam industri pelancongan Negeri Selangor khususnya dan pelancongan Malaysia secara amnya.

*Keseluruhan gambar diambil dari Nigel Low pemilik laman Food n Frame melainkan yang telah dinyatakan sumber.

Baca juga :
1. #TSDayOut : Keseronokan Menanti Di Skypark Subang
2. #TSDayOut : Peluang memandu Airbus A320 & Boeing 373 
3. #TSDayOut : Syarikat Penerbangan Firefly Mula Mendapat Perhatian
4. #TSDayOut : Nikmati Keselesaan Peugeot Lounge Di Skypark Subang
5. #TSDayOut : Bubba Gump Kesedapan Sehingga Ke Dalam Mimpi

2 comments:

  1. bertuah nyer
    http://long-cham.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah turut serta untuk #TSDayOut akan datang.

      Delete