Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Wednesday, May 8, 2013

#TSDayOut : Syarikat Penerbangan Firefly Mula Mendapat Perhatian

12:25 PM Posted by Lobam , , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rab sekalian alam serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

3 hari lagi. Itulah angka yang terpahat dalam fikiran sebelum tibanya tarikh keramat 11 Mei 2013. Seperti yang saya maklumkan dalam entri sebelum ini, pada tarikh tersebut akan diadakan #TSDayOut Tourism Selangor bersama Firefly dan SimFlightKL di Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. Sangat mengujakan. Di sana kami akan dibawa untuk mengenali Syarikat Penerbangan Firefly dengan lebih mendalam.


Beberapa tahun lalu, saya pernah menggunakan perkhidmatan Firefly untuk 'terbang' ke Kuching. Pada waktu itu, saya membeli tiket dengan harga promosi iaitu 1sen. Apa? 1 sen? Mesti tidak percaya bukan? Ya itulah hakikatnya. Terasa beruntungnya saya apabila dapat terbang dengan harga yang tidak masuk akal. Kerana keterujaan itu saya telah membawa seramai 15 orang untuk mengikuti 'Rombongan Cik Kiah' yang julung-julung kali dianjurkan.


Pada waktu itu penerbangan Firefly ke Kuching beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Seronoknya. Mana tidaknya, itulah pertama kali kami mencuba perkhidmatan daripada syarikat yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 2007 lagi.

Bermula dengan penerbangan domestik, kini Firefly telah melebarkan sayapnya merentasi beberapa negara Asean. Ternyata kini Firefly boleh berbangga dengan 13 destinasi penerbangan dalam dan luar negara dengan kekerapan penerbangan yang semakin bertambah.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Firefly akan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sekiranya laluan penerbangan ditambah dan harga yang ditawarkan berpatutan berbanding pesaing. Jelas, Firefly mampu dilihat sebagai syarikat penerbangan komuniti dengan asas penerbangan kos rendah.

Baca Juga :

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment