Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Wednesday, May 22, 2013

Kenyataan MAS Mengenai Kes Puan Izan & Adik Maryam

11:05 PM Posted by Lobam , 1 comment
Assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah Rab sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Kisah mengenai Puan Izan masih belum reda. Hari ini telah disiarkan kenyataan Puan Izan melalui Buletin Utama TV3. Walau bagaimanapun kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana akhirnya Puan Izan dan adik Maryam selamat tiba di tanah air.


Berikut adalah merupakan kenyataan syarikat penerbangan MAS yang disiarkan melalui laman Hazrey.com
SUBANG: Malaysia Airlines have received numerous queries with regards to the predicament faced by Izan Suhaila Mohd Ali and her baby, Maryam Sofea who were denied boarding on another carrier yesterday.

This statement is to record the chronology of events that transpired at the Malaysia Airlines office at Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam that led to the national carrier's decision to fly them back to Malaysia.

Malaysia Airlines learned about the unfortunate situation of Izan and 14-month-old daughter Maryam from Tourism Malaysia. As it is a standard procedure for all passengers with symptoms of contagious disease to get a fit-to-fly certification from a doctor, Malaysia Airlines made the decision to take Maryam Sofea to a doctor. This is to ensure that no one passenger puts the health of another passenger at risk.

As such, Malaysia Airlines staff picked up Izan and her baby from the hotel they were staying in to be brought to the clinic. The doctor examined the baby and confirmed that she was no longer contagious. It was said that she was out of the incubation period and that the black spots are actually just dry scabs.

Immediately after that, Malaysia Airlines worked on preparing the travel documents for Izan, Maryam and two other relatives. They were booked onto flight MH759 that departed Ho Chi Minh yesterday so that they would not have to spend another night in Saigon and incur more costs.

It was Malaysia Airlines staff from Saigon who drove the family back to the airport from their hotel. As they reached the airport at 1550 (3.50 p.m) hours, the Airport Services team had all the necessary documentation ready to ensure a fast check-in. A ground staff was especially assigned to escort the family through Immigration & Customs.

This was important as there was a query on the immigration stamp in their passports due to the previous day’s incident. Izan, baby Maryam and family managed to board Malaysia Airlines flight MH759 and departed Saigon for home at 1640 hrs (4.40 p.m).

Malaysia Airlines Group Chief Executive Officer, Ahmad Jauhari Yahya said, "We are glad that the team in Saigon displayed 100 per cent Malaysian Hospitality in this situation. The ability of the team to act beyond their normal duties is to be highly applauded.”

“It is also commendable that they did not break any rules of the standard procedures that we follow but yet managed to go out of their way in displaying a true spirit of compassion and empathy. I would like to personally thank all the staff that was directly involved in this case," Ahmad Jauhari added.

Safety of customers is of paramount importance at Malaysia Airlines and thus all measures were taken to help the stranded passengers and at the same time ensuring that no other passengers’ health were put at risk.

Malaysia Airlines flies three times daily to Ho Chi Minh City, Vietnam

 
* * * * * * * *

Berikut adalah terjemahan dari kenyataan di atas. Jika terdapat perbezaan, sila rujuk kepada kenyataan di atas:

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain. 

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.
 
5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6.  Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

11. Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Read more: http://www.hazrey.com/2013/05/905-kenyataan-dari-mas-mengenai-kes.html#ixzz2U276RmwS
Sedih rasanya membaca entri di Mazidul Akmal apabila dinyatakan bahawa Adik Maryam terpaksa minum susu segar kerana susu formula tidak dijual di kedai 24 jam. Saya ayah kepada 2 orang anak, faham dan tahu bagaimana keadaan ketika bayi dalam keadaan lapar. Dalam esak tangis pasti Puan Izan resah mencari ruang bagi mengisi perut anaknya yang minta dipenuhkan.

Walau apa pon perkara telah terjadi. Pasti ada hikmah disebalik kejadian. sekurang-kurangnya ia memberi peringatan buat kita semua. Ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku. Antara hikmah yang dapat saya cungkil dari peristiwa ini ialah :

1. Jangan habiskan wang yang ada. Tinggalkan sedikit untuk kecemasan.
2. Sediakan sedikit pakaian di dalam 'hand luggage' 
3. Jika ada anak kecil, pastikan susu dan alatan yang berkaitan disimpan di 'hand luggage'
4. Dapatkan nasihat doktor sekiranya kita atau anak kita tidak fit untuk meneruskan penerbangan
5. Sediakan nombor penting di luar negara seperti Kedutaan Malaysia. Klik sini untuk senarai Kedutaan Malaysia.
6.  Simpan pasport dan boarding pass di tempat yang selamat dan mudah untuk diambil.
7. Sedikit tambahan, sekiranya kita bertukar tempat duduk di dalam pesawat, JANGAN TUKAR BOARDING PASS sekali. Masalah akan timbul sewaktu transit. Semasa kita masuk semula ke pesawat, kita dikehendaki menunjukkan boarding pass. Jika boarding pass kita milik orang lain, kita tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
8. Sama-sama kita fikirkan ^_^

Terima kasih.

Tuesday, May 21, 2013

#TSDayOut : Airport Tourism, Mampukah Direalisasikan?

11:07 PM Posted by Lobam 2 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Sumber http://www.temasyaglenmarie.my/amenities.asp

Istilah Airport Tourism  mungkin sangat asing bagi penduduk Malaysia. Bagi sesetengah negara barat Airport Tourism ini memberi banyak manfaat kepada pelancong mahupun penduduk sekitar.

Secara ringkasnya Airport Tourism ini boleh diceritakan seperti perlancongan sekitar lapangan terbang. Apa? Biar betul? Ya memang benar. Siapa tahu bagaimana sesebuah lapangan terbang beroperasi? Siapa tahu sejarah sesebuah lapangan terbang? Bagaimana sesebuah syarikat penerbangan menjalankan operasi mereka? Sekiranya berlaku kecemasan, kepada siapa harus dirujuk? Sekiranya berlaku kehilangan beg atau barangan berharga, di mana harus kita tuju? Dari mana pelancong ini datang? Bagaimana keadaan mereka? Adakah mereka bersendirian atau hadir berkumpulan? Bagaimana bagasi mereka diuruskan?`

Bagi yang menjadikan kapal terbang sebagai pengangkutan kedua mungkin faham tentang situasi ini. Tetapi bagaimana pula penumpang yang hanya sekali sekala menggunakan pekhidmatan kenderaan udara tersebut? Pasti sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Melalui Airport Tourism segala maklumat tentang pengoperasian sesebuah lapangan terbang dapat diketahui. Pelancong akan dibawa melawat sekitar lapangan terbang dan meneroka setiap inci persekitarannya. Pelancong akan merasai simulasi bermula daripada daftar masuk sehinggalah menaiki kapal terbang.

Baru-baru ini, 30 orang blogger telah dipilih untuk menyertai Airport Tour anjuran Tourism Selangor yang mendapat sokongan penuh daripada pengurusan Skypark Terminal  Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, SimFlightKL dan Firefly melalui program yang dinamakan sebagai #TSDayOut.


Melalui #TSDayOut ini para blogger diperkenalkan dengan Skypark dan Firefly dengan lebih dekat. Kami diperdengarkan tentang serba sedikit sejarah penubuhan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan pengoperasian syarikat tambang murah Firefly.


Sedikit pengenalan mengenai Skypark Subang yang diambil melalui Wikipedia

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (IATA: SZBICAO: WMSA) merupakan lapangan terbang yang terletak di Subang, Selangor. Pada masa kini lapangan terbang ini digunakan untuk penerbangan sewa khas dan penerbangan komunititurboprop.

Sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 1999, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan lapangan terbang Kuala Lumpur, Malaysia yang utama.
Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi untuk penerbangan pada 30 Ogos 1965, dan mempunyai landasan terpanjang (panjang 3.7 km, lebar 45 m) di Asia Tenggara ketika itu. Ia mempunyai 3 terminal - Terminal 1 untuk penerbangan antarabangsa, Terminal 2 khas untuk penerbangan Malaysia-Singapura dan Terminal 3 untuk penerbangan domestik. Pada masa ini bangunan Terminal 3 telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Skypark menjadi hub utama operasi syarikat penerbangan komuniti Firefly beroperasi dengan 12 pesawat ATR72-500 selain dari hub kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dibangunan Skypark Subang selain kaunter tiket Firefly terdapat juga Kaunter tiket Penerbangan Malaysia dan AirAsia walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi di KLIA.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan juga pusat baikpulih keseluruhan serta pemeriksaan peringkat D dan E pesawat B737-400/800 , B777-200 , B747-400/200 , A330 , F50 dan ATR72 dimana terdapat tiga bangunan hangar Penerbangan Malaysia. Terdapat juga bangunan latihan juruterbang dimana ianya memiliki dua simulasi B737-400 selain masing-masing satu unit B747-400, B777-200, A380-800 , F50 , A330 dan simulasi ATR72 milik Firefly digunakan bersama Maswings selain diperuntukan slot masa dengan bayaran tertentu untuk latihan syarikat lain seperti Berjaya Air , Aseman Air. Simulasi B737-800 ditempatkan di Glenmarie Shah Alam.



Seawal pagi kami dibawa melawat sekitar Skypark dan menjengah bilik operasi Firefly oleh En. Rushdee. Di sana kami diterangkan tentang perjalanan juruterbang serta krew kabin dari mula daftar masuk sehingga pulang semula ke Skypark. Di situ juga kami diterangkan tentang perjalanan kapal terbang serta beberapa info yang menarik lagi.

 
Selepas mendapat beberapa maklumat penting, kami dibawa pula ke kawasan pelepasan. Sebenarnya tempat ini dikhususkan hanya untuk penumpang yang akan menaiki pesawat sahaja. Tetapi untuk peserta #TSDayOut, kami diberi pelepasan. Di sini kami dibawa meninjau dengan lebih dekat untuk mengenali proses sebenar persediaan penumpang sebelum penaiki pesawat.


Selepas beberapa ketika kami dibawa pula ke kawasan pesawat. Di sini kami diterangkan dengan lebih lanjut mengenai operasi pemunggahan bagasi dan perjalanan pesawat sehingga berlepas.




Untuk sesi kedua kami dibawa mendekati SimFlightKL iaitu satu tempat di mana semua mampu memandu kapal terbang melalui mesin simulator yang disediakan. Untuk pengetahuan semua, mesin simulator ini adalah yang sebenar seperti pemanduan di dalam kokpit pesawat. Untuk maklumat lanjut, boleh layari entri yang telah saya sediakan di sini

Gambar milik saya.
Program kami diakhiri dengan majlis penutup yang diadakan di Peugeot Lounge. Dengan dekorasi yang bercirikan kemewahan, Peugeot Lounge banr-benar memberi keselesaan buat pelancong untuk beristirehat sementara menunggu pesawat berlepas. Baca entri yang telah saya sediakan di sini.


Ternayta program Airport Tour yang dianjurkan oleh Tourism Selangor ini benar-benar memberi impak  kepada kami semua. Cuma apa yang bersarang di fikiran ialah, mampukah Airport Tour ini direalisasikan di Malaysia dan adakah ianya akan diterima oleh kebanyakan masyarakat Malaysia dan pelancong yang bertandang? Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya. Jadi untuk mengetahui adakah ianya mampu diterima masyarakat, pihak Tourism Selangor perlu mengambil langkah pertama. Kolaborasi antara beberapa pihak pasti akan menjadikan pelancongan cara baru ini menjadi pembuka lembaran dimensi pelancongan tanah air.


Gambar milik saya.
Secara umumnya, selain mengenali tempat-tempat menarik di sekitar Selangor, #TSDayOut sebenarnya merupakan platform untuk para blogger serta para peserta berkenal-kenalan antara satu sama lain selain dari melebarkan jaringan persahabatan. Jelas kewujudan #TSDayOut benar-benar memberi impak dalam industri pelancongan Negeri Selangor khususnya dan pelancongan Malaysia secara amnya.

*Keseluruhan gambar diambil dari Nigel Low pemilik laman Food n Frame melainkan yang telah dinyatakan sumber.

Baca juga :
1. #TSDayOut : Keseronokan Menanti Di Skypark Subang
2. #TSDayOut : Peluang memandu Airbus A320 & Boeing 373 
3. #TSDayOut : Syarikat Penerbangan Firefly Mula Mendapat Perhatian
4. #TSDayOut : Nikmati Keselesaan Peugeot Lounge Di Skypark Subang
5. #TSDayOut : Bubba Gump Kesedapan Sehingga Ke Dalam Mimpi

Monday, May 20, 2013

Kenyataan Tan Sri Tony Fernandes

2:14 PM Posted by Lobam 8 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.


Kini, negara hangat digemparkan dengan isu seorang ibu bernama Izan Suhaila yang tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia berikutan kesihatan anaknya Maryam Sofea yang juga merupakan penghidap syndrom down kurang memuaskan. Lebih menyedikan lagi, mereka berdua hanya dibenarkan pulang ke Malaysia hanya selepas lima hari tanpa bantuan mahupun bekalan sewajarnya.

Secara jujurnya, sesiapa sahaja yang membaca kisah yang dipaparkan oleh mazidul Akmal melalui laman www.mazidulakmal.com pasti akan tersentuh hati. Saya sendiri juga hampir menumpahkan air mata biarpun masih mampu dibendung. Ternyata sifat kemanusiaan dan berperasaan masih ada dalam diri. Manakan tidak, seorang ibu yang membawa anak yang sakit dibiarkan terkontang kanting tanpa bantuan di negara orang. Malah kebajikannya turut terabai apabila dikhabarkan pihak Air Asia hanya melepaskan Puan Izan di kawasan tempat menuggu bas sahaja.

Lebih mengecewakan, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes di dalam twitter seakan merestui segala perbuatan kakitangannya tanpa mendapat pengesahan dan siasatan lanjut.


Ya memang benar dalam sesetengah situasi kita perlu ikut buku, tetapi perlu ikut jalan yang teratur. Jika sesuatu terjadi kepada Puan Izan dan Adik Maryam apakah Tan Sri akan bertanggungjawab? Adakah dengan wang beberapa dollar itu cukup untuk menampung kehidupan mereka dua beranak selama lima hari? Oh. Saya sudah mula berasa sebak. Saya kira jika kalian mempunyai perasaan pasti kalian akan merasa seperti apa yang saya rasa.


Adakah kita sanggup meninggalkan adik Maryam ini tanpa bekalan secukupnya di negara orang?


Biarlah apa pon kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri, ternyata Air Asia hanya mementingkan keuntungan daripada merasai nikmat 'peri kemanusiaan'. Khidmat sosial bukan sahaja membersihkan rumah anak yatim, gotong royong membersihkan surau, menganjurkan majlis berbuka puasa tetapi membantu insan di saat saat saat saat saat memerlukan itu lebih bernilai dari segala acara besar yang bermotifkan publisiti (maaf jika tersalah)


Kisah ini juga mendapat liputan daripada pelbagai pihak termasuk Utusan Malaysia, New Straits Time dan Agenda Daily.


Bukan itu sahaja, keperihatinan sebahagian rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa turut menjentik naluri saya. Biarpun saling tidak mengenali, tetapi atas dasar kemanusiaan mereka tetap bersatu memberi bantuan kepada Puan Izan yang sangat memerlukan. Tertanya juga saya, jika perkara ini berlaku kepada diri kita adakah orang lain juga akan peduli. Jawapan saya YA. Kerana kita adalah MALYSIA.

Saya bukanlah orang yang kerap melancong, tetapi pengalaman saya menaiki beberapa syarikat penerbangan antarabangsa jelas menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara Air Asia dan syarikat-syarikat yang lain. Pengalaman bersama  Saudi Airline, Egypt Air, Singapore Airline, Pakistan Airline, MAS dan Firefly ternyata memberi pelbagai reaksi yang berbeza dari Air Asia. Kadang-kadang saya terfikir, berbicara dengan orang luar menggunakan bahasa asing lebih mudah berbanding berurusan dengan staf Air Asia yang bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Anda semua boleh ketahui cerita lanjut dengan meneruskan pembacaan seperti yang dinukilkan oleh Mazidul Akmal di dalam blognya.

Maaf sekiranya ada yang terasa.

Monday, May 13, 2013

#TSDayOut : Bubba Gump, Kesedapan Sehingga Ke Dalam Mimpi

11:32 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat paling berharga, selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

#TSDayOut merupakan satu acara outing yang dianjurkan oleh Tourism Selangor kepada penggemar mereka di laman Facebook mahupun di laman Twitter. Program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Selangor yang akan disebar luaskan oleh para bloggers dan media yang dijemput.

Baru-baru ini telah diadakan #TSDayOut edisi Airport Tour anjuran Tourism Selangor dengan kerjasama Skypark Terminal Subang, Firefly, SimFlightKL dan Peugeot Lounge yang dianjurkan di Skypark Terminal, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.


Kami rasa sangat bertuah apabila acara yang dianjurkan penuh meriah itu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Syukur tidak terkata apabila semua acara yang dirancang berlangsung dengan lancar. Setiap aktiviti tidak lengkap tanpa adanya jamuan makan. Kami rasa gembira apabila jamuan kami pada tengah hari itu ditaja oleh Bubba Gump Shrimp Co. Malaysia

Kelazatan makanan yang bertemakan ala barat itu mendapat banyak pujian daripada para peserta yang terlibat. Mana taknya, kami disajikan dengan ikan, ayam, spagetti, buah-buahan segar dan signature dish mereka iaitu udang.

Bagi anda yang ingin merasai kelazatan masakan daripada syarikat francais antarabangsa ini, bolehlah melayari laman web Bubba Gump Shrimp untuk mengetahui lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Oh ya, jangan lupa LIKE FB Bubba Gump Shrimp Malaysia untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.

Jom nikmati beberapa keping gambar yang sempat saya sediakan.









#TSDayOut : Nikmati Keselesaan Peugeot Lounge Di Skypark Subang

10:32 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki tidak bertepi serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Menunggu saat untuk berlepas pasti melelahkan. Tambahan pula jika jadual kapal terbang tersasar dari waktu berlepas sebenar. Selain membeli belah, fasiliti terhad yang disediakan di lapangan terbang pasti membosankan.
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Skypark Subang selesa ketara
Peugeot Lounge pertama di serata dunia

Kini bagi pemilik kereta Peugeot, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah di Lounge Jenama Kereta pertama di dunia - Peugeot Lounge SkyPark Subang.

Sumber Gambar
Lounge yang menerapkan ciri mewah dan ditatarias dengan konsep terkini memberikan pelbagai keistimewaan buat keluarga Peugeot. Suasana mendamaikan serta fasiliti yang lengkap pasti memberi keselesaan maksima kepada penumpang yang sedang menunggu penerbangan. Lounge yang dibuka sejak pertengahan Januari 2013 ini menjanjikan pengalaman keselesaan dan kemudahan bertaraf lima bintang.


Selain menikmati keselesaan maksima, para tetamu juga boleh merasai kelazatan makanan dan minuman yang disediakan sambil bebas untuk melayari internet dengan talian sambungan tanpa wayar secara percuma. Selain itu, saluran televisyen berbayar Astro juga boleh ditonton dan menikmati hiburan tanpa henti.Bagi tetamu yang khuatir akan ketinggalan penerbangan, usah risau kerana maklumat penerbangan juga disediakan.

Peugeot Lounge juga menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan seperti akhbar dan majalah buat para pengunjung. Selain itu, bilik VIP dan bilik mesyuarat juga tersedia buat para tetamu.

Siapa yang boleh menikmati keistimewaan ini?



Sudah tentu hanya keluarga Peugeot yang berhak menikmati segala kemudahan ini. Antara kriteria yang diperlukan ialah:

1. Para tetamu mestilah pemilik kenderaan Peugeot.
2. Tetamu mestilah menunjukkan boarding pass penerbangan.
3. Tunjukkan Privilege Card atau kunci kereta Peugeot.

Sumber Gambar 
Peugeot Lounge beroperasi bemula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Hubungi Peugeot Lounge di :

Peugeot Lounge
M18A, Skyparak Terminal,
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200, Subang, Selangor Darul Ehsan.

Sunday, May 12, 2013

Tip Temuduga Buat Lepasan SPM 2

5:38 PM Posted by Lobam , 2 comments
Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat kehidupan di awal bulan Rejab. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Berjumpa lagi kita di Tip Temuduga Buat Pelajar Lepas SPM edisi yang kedua. Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang tip sebelum menghadapi temuduga, hari ini saya akan berkongsi pula tentang tip menjelang dan semasa temuduga.


Menjelang Temuduga


1. Pakaian


Sediakan pakaian yang bersesuaian pada malam menjelang hari temuduga. Bagi lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang. Pastikan warna kemeja tidak terang seperti hijau pokok pisang, kuning, jingga, merah dan warna yang boleh menyakitkan mata. Pilih warna yang sederhana seperti biru muda, coklat dan sebagainya. Tali leher juga perlu dipakai sama. Oh ya, baju kemeja hendaklah plain dan bukan berjalur. Jika anda dalam bidang pengajian Islam, saya mewajibkan anda memakai songkok. Seluar pula, pastikan berwarna hitam. Elak dari memakai seluar berwarna krim atau cerah.

Letakkan baju kemeja dan seluar yang siap bergosok bersama-sama tali leher dan folder sijil. Ini bagi mengelakkan anda tergopoh-gapah pada waktu pagi sehingga ada perkara yang tertinggal. Letakkan semua di satu tempat untuk memudahkan.

2. Berdoa


Sebagai seorang Muslim, kita perlu percaya kepada kuasa doa. Apa kata malam sebelum hari temuduga, kita ambil sedikit masa untuk bangun menunaikan solat sunat tahajjud dan hajat. Berdoalah sepenuh hati agar kita dikurniakan kelembutan lisan untuk menjawab segala pertanyaan dengan baik dan lancar.

3. Ambil Tahu Isu Semasa

Salah satu soalan yang kerap ditanya ialah mengenai isu semasa. Banyakkan membaca surat khabar dan informasi yang berkaitan. Kepetahan anda menjawab soalan berkaitan isu semasa akan memberi sedikit kelebihan berbanding dengan calon-calon lain. Saya pernah ditanya tentang isu semasa. Antara dialognya adalah seperti berikut :

Penemuduga : Boleh ceritakan apa isu hangat dalam akhbar 2-3 hari ini?

Saya : Terima kasih Tuan. Menurut akhbar Berita Harian bertarikh sekian sekian, muka surat 9 dalam ruangan dalam negeri ada menceritakan tentang bla bla bla bla. Manakala muka utama akhbar Utusan bertarikh sekian sekian ada menceritakan bla bla bla bla. Kesimpulannya Tuan, dapat saya rumuskan sejak seminggu dua ini isu berkaitan bla bla bla bla sering diutarakan. Terima kasih.

Saya pasti anda dapat mengagak apa yang penemuduga itu akan katakan. Ya, sudah tentu dia berasa kagum kepada saya. Katanya saya sangat berbeza berbanding calon yang lain. Nampak! Di situ sahaja saya sudah berjaya mencuri perhatian para penemuduga.

Selain itu penuhkan pengetahuan berkaitan bidang yang akan anda duduki. Sekiranya bidang perguruan. Sediakan jawapan Kenapa Saya Mahu jadi Guru. Ambil tahu juga tentang isu-isu keguruan yang sedang dibincangkan di dalam negara.

4. Datang Awal


Kebiasaannya masa pendaftaran temuduga akan bemula sekitar jam 8.00 pagi. Apa kata jika anda datang lebih awal ke pusat temuduga. Sekiranya anda tinggal jauh, peruntukkan masa yang sesuai agar tidak terlambat. 

Kenapa perlu datang awal, sedangkan masa temuduga dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang?

Jawapannya mudah. Biasanya temuduga akan melibatkan jumlah calon yang ramai. Semuanya berdasarkan siapa cepat. Jika anda orang pertama yang datang bermakna andalah orang pertama yang akan ditemuduga. Sekiranya proses temuduga bermula sekitar jam 8.30 pagi, saya yakin sebelum jam 9.00 pagi anda akan selesai. Satu lagi, kita berurusan dengan manusia. Manusia ada perasaan. Kadang-kadang mereka merasa letih, bosan dan mengantuk. Bayangkan jika anda adalah orang yang terakhir, pasti soalan yang ditanya hanya sekadar cukup syarat sahaja.

4. Penampilan Diri

Penampilan diri merupakan faktor utama dalam sesi temuduga. Pastikan rambut dipotong pendek dan disisir rapi. Baju dan seluar juga perlu kemas bergosok. Elakkan dari memakai kopiah putih melainkan anda menghadiri temuduga tahfiz. Ingat! First Impression merupakan satu yang penting. Dari mata jatuh ke hati.

5. Masuk Dengan Sopan

Apabila nama kita dipanggil, ketuk pintu sebelum masuk. Bagi ucapan salam beserta selamat pagi dan langkah penuh yakin ke kerusi calon. Jangan duduk sehingga disuruh. Apabila ditanya nama, ceritakan serba sedikit mengenai diri anda. Jangan ditanya sepatah, jawab sepatah. Contoh skrip yang boleh digunakan ialah :
Nama saya ialah Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee. Saya berumur 18 tahun. Dilahirkan di Hospital Daerah Muar dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan. Dilahirkan sebagai anak sulung daripada 4 beradik membuatkan saya lebih gigih berusaha. Alhamdulillah saya telah berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Harapan saya, dengan kejayaan ini mampu menjadi penanda aras dan ikon kepada dik-adik saya.
Oh ya. Ketika duduk, duduk tegak dengan penuh sopan. Jangan mengangkang kaki dan elakkan dari bersandar. Jika disediakan kerusi pejabat yang boleh dipusing, JANGAN PUSING KERUSI TERSEBUT. Untuk mengelakkan kaki bergerak, silangkan kaki di bawah.

6. Jawab Dengan Penuh Yakin

Banyakkan bercakap sebab itulah asas temuduga. Kepetahan berkata-kata dan kemampuan untuk menguasai ilmu menjadi syarat utama untuk anda dipilih.

Saya kira setakat itu sahaja. Semoga berjaya.

Baca juga :
1. Tip Temuduga Buat Lepasan SPM 1

Friday, May 10, 2013

#TSDayOut : Peluang Memandu Airbus A320 & Boeing 737

11:36 PM Posted by Lobam , No comments
Asalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat paling berharga iaitu Iman dan Islam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.


Pernahkah terfikir suatu hari nanti kita akan memandu Airbus A320 mahupun Boeing 737. Pastinya nampak mustahil melainkan kita adalah merupakan juruterbang yang mengemudi pesawat tersebut. Tetapi kini impian boleh menjadi kenyataan.Semua orang mampu melakukannya.


Bagi penumpang yang biasa menggunakan perkhidmatan penerbangan Firefly pastinya Skypark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang bukanlah asing. Dengan 13 destinasi merentasi 4 negara Asean, Firefly mampu dilihat sebagai syarikat penerbangan komuniti dengan asas penerbangan kos rendah.

Di Skypark Terminal ini letaknya SimFlightKL, sebuah syarikat yang menyediakan simulator pemanduan Airbus A320 dan Boeing 737 dengan harga serendah RM45.00. SimFlightKL dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Selain itu, anda juga boleh menyertai Flying Club. Di sini anda akan dilatih untuk terbang secara solo melalui simulator. Setelah dilatih anda akan terbang sendirian tanpa bantuan jurulatih SimFlightKL. Anda akan dilatih dalam semua aspek penerbangan simulator mengikut proses yang sama seperti untuk mendapatkan lesen penerbangan.

Oh ya, SimFlightKL juga menjadi lokasi pengambaran Filem Pilot Cafe dan beberapa drama yang lain. Jom kita layan dahulu gambar dan video yang disediakan.







Thursday, May 9, 2013

Tip Temuduga Buat Lepasan SPM 1

10:41 PM Posted by Lobam , 3 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan segala nikmat, selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta. Salam Sayyidul Ayyam buat semua.

Bulan April dan Mei merupakan bulan yang penting buat para pelajar lepas SPM. Mana tidaknya, pasti ramai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan lalu menerima pelbagai tawaran pengajian. Ada yang diterima terus ada juga yang terpaksa menghadiri temuduga. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tip temuduga buat rujukan para pelajar.

Sebelum Temuduga

1. Cetak Semua Borang Yang Diperlukan.


Memandangkan zaman sekarang semua urusan dibuat melalui dalam talian, para pelajar perlu muat turun semua perkara yang berkaitan kemudian cetak. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Selepas dicetak barulah diasingkan mengikut urutan.

2. Fotostat Semua Sijil

Para pelajar dinasihatkan agar membuat salinan SEMUA sijil yang ada. Jangan tinggal satu pon. Sijil-sijil ini sangat penting biarpun bagi kita tiada nilai. Jangan lupa untuk membuat pengesahan bagi setiap sijil yang telah di fotostat.  
Siapa yang boleh sahkan sijil? Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Kampung dan ADUN. Untuk lebih mudah, saya cadangkan agar tinggalkan salinan sijil di pejabat sekolah dan datang semula pada keesokan hari. Khuatir para pentadbir sibuk dan kita terpaksa menunggu lama.

3. Susun Sijil Di Dalam Folder Lutsinar

  
Para pelajar dinasihatkan agar menyusun semua SIJIL ASAL di dalam folder lutsinar untuk memudahkan urusan semakan. Susun mengikut keutamaan. Biasanya dimulai dengan surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil peperiksaan bermula dengan UPSR, PMR, SMA, SPM sehinggalah ke peringkat tertinggi.
Saya juga mencadangkan jika para pelajar mempunyai sijil yang banyak, asingkan sijil-sijil berkenaan di folder yang lain. Ini bermakna para pelajar akan mempunyai 2 folder. Satu folder untuk surat beranak, sijil peperiksaan dan sebagainya dan satu folder lagi untuk sijil-sijil akademik mahupun kokurikulum.
Sijil-sijil ini sangat penting. Pernah terjadi, seorang pelajar disuruh berkawad kerana memiliki sijil kawad peringkat kebangsaan. Dengan persembahan kawad di bilik temuduga itu, dia langsung diterima.

4. Susun Borang Mengikut Senarai Semak


Pastikan borang dan sijil disusun mengikut senarai semak. Contohnya nombor 1. Borang KPM... Susun mengikut susunan 1 hingga akhir. Kemudian klipkan dan bawa bersama folder yang telah siap disusun.

5. Gambar

Sesetengah borang memerlukan calon melekatkan gambar. Pastikan gambar adalah gambar TERBARU. Rambut hendaklah disisir rapi dan memakai pakaian yang kemas. Sebaiknya memakai kemeja bagi lelaki. Elakkan membuat rambut 'pacak'. Perkara pertama yang dinilai oleh penemuduga ialah kekemasan diri.

6. Tulisan

Ada borang yang meletakkan syarat secara spesifik iaitu menggunakan pena mata bola berdakwat HITAM . Baca dengan teliti agar tidak tersalah. Pastikan juga font tulisan anda boleh dibaca.

7. Sampul Surat

Masukkan salinan sijil yang telah disahkan di dalam sampul surat agar sijil tidak kotor. Bawa bersama sampul surat berisi salinan sijil dan folder semasa hari temuduga nanti.

Saya kira cukup setakat ini dahulu. Saya akan kongsikan lagi Tip semasa temuduga di lain entri. Terima kasih kerana sudi membaca.

Baca juga entri :

Tip Temuduga Buat Lepasan SPM 2