Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, April 11, 2013

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 3

11:40 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas dua nikmat yang berharga iaitu Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan serta ahli keluarga baginda.

Ketika di Mekah, Jemaah akan dibawa menziarahi kawasan-kawasan bersejarah. Malah, jemaah juga akan dibawa ke tempat yang menarik seperti muzium dua tanah suci, kawasan haji danbeberapa kawasan yang lain.

Kebiasaannya pihak agensi pelancongan akan membawa jemaah untuk menunaikan umrah melalui miqat Hudaibiyah. Para Jemaah disunatkan untuk berniat ihram dan menunaikan solat sunat ihram di Masjid Shumaisi. Memandangkan masjidnya yang agak kecil dan tandasnya yang terhad sudah pasti tidak dapat menampung ratusan jemaah yang hadir pada satu-satu masa. Jika anda bertolak ke Hudaibiyah pada waktu pagi, biasanya masjid akan penuh sesak. Jemaah akan beransur kurang menjelang tengah hari.


Sekiranya Jemaah menunaikan umrah melalui miqat Hudaibiyah pada waktu pagi, saya mencadangkan agar Jemaah memakai ihram bahagian bawah sahaja dipadankan dengan baju T. Jemaah juga dinasihatkan agar berwuduk sebelum melangkah dari hotel. Setibanya Jemaah di Masjid Shumaisi, tukarkan sahaja baju dengan kain ihram. Sekarang Jemaah sudah sedia untuk berniat. Tidak perlu bersesak untuk menukar seluar dan beratur untuk mengambil wuduk. Tukar sahaja baju di dalam bas kemudian masuk ke dalam masjid untuk berniat dan naik semula ke dalam bas selepas solat sunat ihram. JIMAT MASA DAN TIDAK PERLU BERSESAK.


Antara tarikan lain di kawasan Hudaibiyah ialah ladang ternakan unta. Biasanya pemandu bas akan menurunkan penumpang di mana-mana kawasan ternakan di sepanjang jalan. Para Jemaah boleh bergambar dan yang lebih menarik ialah membeli susu unta. Sebotol susu unta segar yang baru diperah adalah sekitar SR 5.00 untuk 300-350 ml. Banyak khasiat yang terdapat pada susu unta. Malah susu unta juga adalah merupakan antara susu kegemaran baginda Nabi s.a.w.

Antara kebaikan susu unta ialah :

- Susu paling bergizi selepas susu ibu.
- Kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi.
- Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, gastrik dan luka pembedahan.
- Digunakan masyarakat Arab untuk merawat penyakit busung air atau hepatitis.
- Rendah lemak dan kolestrol berbanding susu lembu dan susu kambing.
- Mempunyai insulin yang tinggi untuk memproses gula menjadi tenaga.


Bagi anda yang ingin membawa pulang ke Malaysia, selepas kembali ke hotel masukkan susu unta ke bahagian sejuk beku di dalam peti sejuk. Simpan sehingga keberangkatan pulang. Balut botol susu unta dengan kain tuala dan letakkan di dalam bagasi kargo. Insya-Allah sekiranya anda transit tidak terlalu lama, susu masih boleh diminum ketika tiba di Malaysia.

Baca juga :

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment