Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, April 9, 2013

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 2

3:03 PM Posted by Lobam , , 1 comment
Assalamualaikum. 

Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat paling berharga iaitu nikmat Islam dan Iman serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.


Kurma adalah merupakan salah satu daripada makanan sunnah. Malah kurma juga mengandungi pelbagai zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Jika tidak masakan kurma menjadi antara makanan kegemaran Rasulullah.

Kurma banyak disebut dalam hadis Nabi. Malah para ulamak juga ada menaqalkan tentang kebaikan kurma.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata : "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata : "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata : "Barangsiapa memakan 7 biji kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Secara amnya, kurma banyak ditanam di Madinah. Malah kurma menjadi salah satu produk utama di Negara Islam pertama itu. Bekalan kurma di Madinah sangat banyak sehingga mampu menampung keperluan Jemaah sepanjang tahun.

Ketika di Madinah, Jemaah akan dibawa melawat ke ladang kurma. Di ladang tersebut terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis kurma dan produk yang berasaskan makanan sunnah tersebut. Biasanya harga yang ditawarkan agak mahal. Apa yang seronoknya, di ladang kurma ini para Jemaah boleh mencuba kesemua kurma yang ada secara percuma. Kadang-kadang ada juga ladang yang menyedikan minum pecuma. Pemandu bas yang membawa Jemaah ke ladang kurma akan diberi 'tips' dan 'hagah' berupa kurma dan sebagainya. Sebab itu jika kita tidak mahu ke ladang kurma, pemandu bas akan marah.


Terdapat pelbagai jenis kurma yang menjadi pilihan Jemaah dari Malaysia antaranya Ambar, Sukari, Barni dan paling popular Ajwah yang juga dikenali sebagai Kurma Nabi. Seperti yang kita sedia maklum, kurma juga terdapat pelbagai gred. Bermula gred yang baik sehinggalah sebaliknya. Harga kurma juga bergantung kepada gred. Sebagai contoh, kurma Ajwah yang bergred tinggi harganya boleh mencecah sehingga SR 130 bagi satu kilogram manakala yang gred biasa hanya sekitar SR 50 - SR 60 sahaja. Bagi saya kurma semuanya sama cuma bergantung kepada kita untuk memilihnya.

Sekiranya Jemaah tidak sempat untuk membeli kurma di ladang, saya cadangkan agar Jemaah berbelanja di Pasar Kurma yang terletak berhampiran Masjid Nabawi. Di sana terdapat puluhan gerai yang menjual kurma pelbagai jenis. Harganya juga berpatutan. Dari hotel dengan menaiki teksi sebut sahaja pasar kurma, pasti anda akan sampai dengan selamat. Bayaran tambanya sekitar SR 10 - SR 15 sehala. Pastikan sebelum keluar anda telah menerima kad hotel agar tidak tersesat.

Baca juga :


1 comment: