Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, April 28, 2013

Permohonan ke Universiti Jordan Sesi 2013/2014

5:48 PM Posted by Lobam , 18 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji dan puja buat Pentadbir sekalian alam dan Penguasa hari kemudian serta Selawat dan Salam buat Rasul junjungan tercinta.

Tahniah kepada lepasan SPM yang sudah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Saya kira pasti ramai yang sudah menerima berbondong-bondong tawaran dari kolej mahupun universiti swasta. Ada juga yang sudah menerima tawaran daripada matrikulasi KPM. Yang tinggal hanya keputusan permohonan ke universiti melalui UPU sahaja.

Selain daripada universiti dalam negara, para pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara. Bagi pelajar aliran agama, banyak pilihan yang boleh dipilih. Antaranya Madinah, Jordan, Maghribi, Mesir dan banyak lagi.

Entri kali ini ditujukan khas untuk mereka yang berhajat mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti di Jordan.

Syarat-syaratnya ialah :

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut :

- Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan mempunyai Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya  90% bagi keseluruhan matapelajaran SPM termasuk lima pelajaran sains Biologi, Fizik, Kimia, Matematik & Matematik Tambahan

Atau

Mempunyai sekurang-kurangnya A- bagi semua matapelajaran SPM termasuk Bahasa Arab

- Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan mempunyai sekurang-kurangnya kepujian ( Gred B+ ) dalam matapelajaran Bahasa Arab dan matapelajaran berkaitan Pengajian Islam

Dan

Mempunyai kepujian bagi matapelajaran lain.

Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Ke Jordan Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2013. Semoga berjaya.

18 comments:

  1. Salam..sy nak tnya...bole x kalo apply uni kat jordan dalam bidang bhasa arab dgn syarat dy dpat Gred A untk subjek bhsa Arab....subjek lain kredit...tpi...BI Gred D??ada kha pluang masih cerah utk dy apply uni kat jordan??mohon pencerahan ya!!syukran!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah boleh mohon. Cuma bantuan zakat itu yang sukar. Apa pon boleh cuba.

      Delete
  2. Bagaimana pula jika mendapat C bagi bahasa arab (SPM) dan mendapat keputusan jayyid-jiddan bagi peperiksaan STAM?

    Untuk menampung yuran pengajian, dimana kita boleh memohon tajaan selain JPA dan MARA. Untuk makluman, adik ipar saya menetap di Sabah.

    Terima kasih atas jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan peribadi saya.

      Jordan sangat sesuai untuk lepasan SPM. Tetapi jika lepasan mahu mohon pon boleh. Bagi saya sayang kerana rugi umur.

      Biasanya kalau subjek agama boleh mohon kepada Majlis agama islam negeri atau zakat.

      Delete
  3. bila borang permohonan untuk sambung pengajian ke jordan bagi 2014/2015 di war war kan ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini masih belum ada berita dari MOHE lagi.

      Delete
  4. bolehkah menyambung pengajian ke jordan dalam bidang perakaunan.. keputusan spm cemerlang utk kedua2 aliran, akaun dan agama.. syukran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Ainul Mardhiah. Saya tak pasti sama ada, ada atau tidak tajaan untuk perakaunan. Jika ada, apa salahnya.

      Delete
  5. Asssalamualaikum..
    Saya nak tumpang tanya..bolehkah memohon pengajian islam di jordan tetapi tdk memenuhi syarat minimum ?
    Saya tdk mendapat kredit bagi subjek bahasa arab dlm spm. Tp bagi subjek lain alhamdulillah saya ok..
    Saya nak sangat study kat jordan tp bimbang krna subjek bhsa arab saya tdk kredit..
    Terima kasih...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begini Elle. Biasanya permohonan pelajar Malaysia jarang ditolak. Yang biasa menolak ialah bahagian tajaan. Sama ada JPA, MARA atau Majlis Agama Negeri. Kalau Majlis Agama negeri terima insya-Allah boleh aje.

      Delete
  6. salam, saya nak tanya.. saya pelajar lepasan diploma kewangan dan perbankan Islam. saya nak smbung degree di U yarmouk Jordan, agaknya saya ada peluang x? semasa diploma, ada subjek bhsa arab dan sy dapat B. mohon pencerahan, syukran.

    ReplyDelete
  7. Kalau bukan pengajian islam eluk belajar di Malaysia saja..

    ReplyDelete
  8. Kalau bukan pengajian islam eluk belajar di Malaysia saja..

    ReplyDelete
  9. Salam . Saya lulusan STAM 2014 . Sy dpt jayyid . SPm 2013 , Bhasa Arab B . Sy nak ambil Pebankan Islam di Jordan .Tapi persendirian punya . Kat mana sy perlu mohon . Harap dapat bantu .

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, jika pelajar lepasan diploma pengajian islam,adalah layak memohon? Sy ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah di jordan

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, jika pelajar lepasan diploma pengajian islam,adalah layak memohon? Sy ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah di jordan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.
    Jika lepasan diploma alQuran wal Qiraat dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, apakah peluang yang ada untuk mendapat tajaan bagi menyambung pelajaran dalam Pengajian Islam di Jordon? Terima kasih

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    Jika lepasan diploma alQuran wal Qiraat dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, apakah peluang yang ada untuk mendapat tajaan bagi menyambung pelajaran dalam Pengajian Islam di Jordon? Terima kasih

    ReplyDelete