Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, April 28, 2013

Permohonan ke Universiti Jordan Sesi 2013/2014

5:48 PM Posted by Lobam , 18 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji dan puja buat Pentadbir sekalian alam dan Penguasa hari kemudian serta Selawat dan Salam buat Rasul junjungan tercinta.

Tahniah kepada lepasan SPM yang sudah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Saya kira pasti ramai yang sudah menerima berbondong-bondong tawaran dari kolej mahupun universiti swasta. Ada juga yang sudah menerima tawaran daripada matrikulasi KPM. Yang tinggal hanya keputusan permohonan ke universiti melalui UPU sahaja.

Selain daripada universiti dalam negara, para pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara. Bagi pelajar aliran agama, banyak pilihan yang boleh dipilih. Antaranya Madinah, Jordan, Maghribi, Mesir dan banyak lagi.

Entri kali ini ditujukan khas untuk mereka yang berhajat mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti di Jordan.

Syarat-syaratnya ialah :

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut :

- Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan mempunyai Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya  90% bagi keseluruhan matapelajaran SPM termasuk lima pelajaran sains Biologi, Fizik, Kimia, Matematik & Matematik Tambahan

Atau

Mempunyai sekurang-kurangnya A- bagi semua matapelajaran SPM termasuk Bahasa Arab

- Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan mempunyai sekurang-kurangnya kepujian ( Gred B+ ) dalam matapelajaran Bahasa Arab dan matapelajaran berkaitan Pengajian Islam

Dan

Mempunyai kepujian bagi matapelajaran lain.

Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Ke Jordan Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2013. Semoga berjaya.

Saturday, April 27, 2013

Matrikulasi vs Universiti. Mana Yang Lebih Baik?

11:06 PM Posted by Lobam , 26 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

 

Ramai yang bertanya kepada saya, mana satu yang mahu dipilih. Sama ada matrikulasi atau tunggu sahaja panggilan UPU. Memandangkan pendidikan tinggi saya bukan di sini, maka saya tidak berapa arif mengenainya. Oleh itu saya ingin kongsikan beberapa pendapat dari beberapa blogger.

MATRIKULASI/ ASASI

KEKURANGAN :
  • Terlalu GENERAL. Maksudnya tiada pengkhususan. Sebagai info, di matrik ada 3 aliran sahaja iaitu SAINS HAYAT, SAINS FIZIKAL, dan PERAKAUNAN. Tapi kekurangan ini boleh menjadi kelebihan. Nanti akan dibincangkan
  • Kena STRUGGLE. Yep, kat matrik memang kena struggle. Sebab jadual sangat pack. In average pukul 8.00 pagi sampai 4 petang non stop class dan lab, dan rehat 1-2 jam sajor. Bergantung pada jadual. Cuak tak? Secara jujurnya aku cakap, ia sangat seronok!
  • Lots of HARDWORKING. Macam contoh, aku amek SAINS MAYAT HAYAT, so tiap-tiap hari akan ada tutorial MATH, BIOLOGI, KIMIA dan maybe ENGLISH. Depends pada lecturer, some akan check sorang-sorang tutor ko, but most of them tak check pon! Yes, it is about be INDEPENDENT! Tak buat, ko ketinggalan. Tapi jangan risau, tutor ni sentiasa dibincangkan di kelas. Tapi adalah lebih baik kalau ko buat, dari tunggu JAWAPAN. 
  • SOFT SKILL kurang, bermaksud ko tidak di dedahkan dengan dunia pekerjaan sebenar. Its based on exam oriented, and theory and amali in case kalau amek sains. Tapi ko kena tau yang tujuan MATRIK adalah supaya student SAMBUNG DEGREE!!
  • Sijil matrik tu TAK LAKU! Tak payah nak berangan dapat result bagus matrik, pastu nak cari kerja guna result tu. Tak dapat! Sijil SPM ko tu jugak yang laku. Haha
KELEBIHAN :
  • CEPAT dan BERKESAN! Nak eksyen dengan kawan ko, yeay aku habis cepat. Muda lagi dah ada degree. Jahat gila niat. Pergilah matrik. Example, macam aku amek Bioteknologi. Matrik 1 tahun + Degree 3 tahun = 4 tahun. Berbanding , Diploma 2-3 tahun + 3 tahun degree = 5-6 tahun. Tapi kat matrik ada gak PDT iaitu Program 2 tahun, means ko masuk matrik 2 selama 2 tahun. So kalau dapat PDT, fikir banyak-banyak lagi. hehe
  • SANGAT BAGUS KALAU KO TAK DAPAT COURSE PILIHAN so kat matrik boleh back up lagi. Contoh: Ko ni teringin sangat jadi DOKTOR, kalau tak jadi doktor tu rasa macam nak mati. Hidup tidak bermakna. Pastu result SPM macam tak cukup layak nak sambung medic. SO ko boleh sambung kat Matrik, amek SAINS HAYAT, dan dapatkan 4 flat, pastu sambunglah buat medic. Tak dapat cantik 4, dapat PNGK 3.7 lebih tu, boleh apply wat medic kat Indonesia. Kat UNIMAS pon boleh KOT. See 'kot', maksudnya tak pasti. *dem asal aku dulu tak apply!!!*. Tapi dengan syarat, USAHA dan SCORE!! Kira macam matrik ni membuka peluang ke-2 lah. Ini yang aku maksudkan general di matrik tu boleh jadi advantage.
Kesimpulannya, di matrik, anda perlukan KERAJINAN dan perlu SCORE!!. Jangan mudah percaya orang cakap matrik susah. Itu semua negative thought yang akan menghancurkan motivasi diri anda. Giteww

UNIVERSITI

KEKURANGAN:
  • DURASI yang lama. Hah tu jek kot. Aku tak sure la Haha
KELEBIHAN :
  • Pelajar didedahkan dengan DUNIA PEKERJAAN. Ada practical, pastu dah di khususkan kursus nya. So kalau amek Diploma Bioteknologi tu, belajar Biotek jela. Tak de belajar lain.
  • BOLEH APPLY KERJA TERUS lepas dapat diploma. Means, tak yah belajar lama-lama.

Tahun
Pelajar A
Pelajar B
Pertengahan tahun 2008
mula belajar di matrikulasi Pengajian Satu Tahun di KPM
mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM

Pertengahan tahun 2009
tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. 

memasuki tahun kedua pengajian diploma
Pertengahan tahun 2010
sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM

memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2011
sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2012
memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM.
baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2013

Tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit.
sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM
Pertengahan tahun 2014

masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan.
mula belajar di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2015

masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2015 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.


KELEBIHAN MATRIKULASI:

  • FAST TRACK~sijil matrikulasi is like a ticket dalam fast track untuk buat degree..pelajar yang minat nak sambung belajar sampai degree ak sarankan terima la tawaran matrik 2..oke bayangkan masuk matrik setahun..then next year sambung degree (program degree mgkin dalam 3@4 tahun) 1+3@4=4@5tahun *cepatkan compare 2 diploma n stpm yang mungkin    makan masa 6@7 tahun*
  • KEHIDUPAN DEKAT U TERURUS~secara practicalnya aku tak tahu sbb aku pun tengah tunggu result lagi.Tapi ni pengalaman dari my senior.Diorg cakap budak matrik lebih berdikari dekat U coz time matrik dah biasa dengan jadual yang sangat2 padat! *memang padat gila* 
  • ADE ELAUN~bagi aku yang dari keluarga sederhana ni..ni la reason kenapa aku pilih matrik.Kira budak matrik ni dapat full sponsor dr goverment la.Tempat tinggal,electric,air semua tak yah pikir. Di tanggung sepenuhnya..makanan je la korang kena beli.*makan pun kerajaan nak support lebih arr tu..kui3*tak silap aku elaun untuk budak matrik batch 2012/2013 dh naik sebulan RM400..time aku sebulan RM250 je..ceit!! BTW bagi sape2 yang dapat KOLEJ MARA..duit elaun 2 akan di beri dalam bentuk makanan setiap hari 6kali kot..mungkin dlm RM100 je diorg bank in..matrik lain mmg semua akan masuk dalam bank korg *enjoy lerr mike semueee
KEKURANGAN MATRIK:
  • SIJIL TAK LAKU~wink3..sijil matrikulasi tak laku untuk cari kerja..dapat la 4.00 pun..boooo layannnnn..macam aku cakap td la..matrikulasi untuk student yang nak sambung belajar sampai degree..
  • KENA STRUGGLE~  Yezzza, kat matrik memang kena struggle. Sebab jadual sangat pack. In average pukul 8.00 pagi sampai 5 petang non stop class lecture dan lab, dan rehat 1-2 jam sajer. Bergantung pada jadual. Cuak tak? Secara jujurnya aku cakap, ia sangat seronok! 
  • SOFT SKILL kurang, bermaksud tidak di dedahkan dengan dunia pekerjaan sebenar. Its based on exam oriented, and theory and amali in case kalau amek sains,.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu para pelajar untuk memilih bidang pengajian para pelajar semua. 

Monday, April 22, 2013

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Kedoktoran & Sarjana Secara Online

9:09 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian. 

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Pengenalan Program -

Tatacara & Panduan Permohonan -

Syarat-syarat Permohonan -

Panduan Menulis Kertas Cadangan -

Jenis-jenis Penyakit Kronik -

Senarai Bidang Ditawarkan -

Borang Permohonan Online -

Borang Perakuan Ketua Jabatan -

Borang Senarai Semak -
Maklumat lanjut di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/

Thursday, April 18, 2013

Larangan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Kepada Warga KPM

8:50 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.



Sila rujuk:
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996: Permohonan Oleh Pegawai-Pegawai Awam Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010: Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktivitt Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Hingga DG48 Yang Bertugas Di Institusi Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia (SPK KPM) Bilangan 2 Tahun 2010: Garis Panduan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010 (Permohonan Mengambil Bahagian dalam Aktiviti Politik Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Hingga DG48 Yang Bertugas Di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia).

Muat Turun :

Permohonan mengambil bahagian dlm politik
Permohonan penglibatan politik PPPS di KPM
SPK KPM Bil. 2 Tahun 2010-GP pelaksanaan permohonan penglibatan politik PPPS

Baca Juga :

1.  Peraduan Mengarang Pantun Untuk Pelajar Sekolah & Penjawat Awam KPM
2.  Permohonan Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ( SPADA ) 2013

Permohonan Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ( SPADA ) 2013

8:38 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).

Maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh dimuat turun daripada laman web berikut:
  i.            Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)              : www.usim.edu.my
  ii.            Universiti Malaysia Sabah (UMS)                      : www.ums.edu.my

Sekian, terima kasih.

Muat Turun :

Iklan tawaran
senarai Semak
Borang Cuti Belajar
Borang Perakuan Ketua Jabatan
Borang Kedudukan Kewangan
Borang Maklumat Politik
Borang maklumat Pinjaman Pendidikan
Surat Siaran
Lampiran A - Surat Siaran

 Baca Juga :

1.  Peraduan Mengarang Pantun Untuk Pelajar Sekolah & Penjawat Awam KPM
2.  Larangan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Kepada Warga KPM

Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan Untuk Pelajar Sekolah Dan Penjawat Awam KPM

8:23 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.


 PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan PUSPANITA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP akan mengadakan Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 untuk pelajar sekolah menengah dan penjawat awam. Peraduan adalah terbuka untuk semua pelajar sekolah menengah dan penjawat awam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tarikh tutup: 31 Mei 2013

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Urus Setia,
Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013,
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Tingkat 22, Menara DBP
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur
.
Tel. Pejabat :
03-21482568

Tel. Bimbit :
013-360 2180
018-360 4332
Faks :
03-21447269
E-mel :
azimin@dbp.gov.my

Muat Turun :

Tuesday, April 16, 2013

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 5

10:20 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki serta nikmat Islam dan Iman yang berpanjangan. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi antara tempat yang selesa di dalam Masjidil Haram. Saya ingin mencadangkan kepada para pembaca satu kawasan di tingkat 2 yang mana kawasan tersebut berhawa dingin dan kurang dipenuhi Jemaah.

Jika anda datang ke Masjidil Haram melalui pintu 1 atau lebih dikenali pintu Malik Abdul Aziz, anda akan terlihat satu jambatan bewarna putih di sebelah kanan yang membawa Jemaah ke tingkat 2.

Ikut laluan jambatan menuju ke tingkat 2 dan terus belok ke kiri sejurus memasuki pintu Masjidil Haram. Jalan terus dalam 20 meter anda akan menjumpai kawasan paip air zamzam yang dikhususkan untuk kaum wanita di sebelah kiri.


Selepas anda menjumpai paip air zam zam ini teruskan berjalan dalam 20 - 30 meter ke hadapan dan anda akan menjumpai kawasan seperti di bawah.


Inilah kawasan yang saya maksudkan. Sejurus anda tiba di tiang yang terdapat dalam gambar di atas, hawa sejuk akan datang menyapa. Di bahagian itu cahaya putih menerangi segenap ruang. Berbeza dengan ruangan di bahagian hadapan. Sebaik sahaja anda memasuki ruangan berhawa dingin itu ambil jalan ke kanan dan terus berjalan sampai ke hujung. Di kawasan itu susana agak lengang dan lapang. Sangat sesuai untuk beribadat dan beriktikaf. Bagi Jemaah lelaki, jika anda terbatal wuduk usah khuatir kerana paip air zamzam terletak di kawasan berhampiran. Jika anda dahaga, tong air zam zam juga ada tersedia. Bagi anda yang ingin melihat kaabah, keluar sahaja di ruangan hadapan dalam 30 meter kaabah tegak berdiri.


Inilah susana sekitar jam 4.30 pagi, setengah jam sebelum azan subuh. Lapang dan selesa.


Kelihatan juga Jemaah yang masih tidur selepas semalaman beriktikaf melakukan ibadah. Karpet tersebut boleh digulung di bahagian hujung untuk dijadikan bantal manakala hujung satu lagi dilipat menjadi selimut. Jika anda tidak tahan sejuk pastikan baju sejuk dibawa bersama.

Untuk anda yang datang bersama pasangan, usah bimbang. Kaum wanita dibenarkan untuk berada di kawasa ini. Selepas azan Jemaah wanita boleh menuju ke belakang untuk mengambil tempat. Insya-Allah pasti isteri tidak akan hilang ^_^ Begitu juga bagi anda yang membawa anak bersama. Anak-anak anda bebas bermain di sini.

Bagi anda yang berpuasa, usah khuatir kerana di kawasan ini ada juga majlis berbuka puasa yang disediakan oleh golongan Arab yang kaya. Hanya duduk dan berbukalah.




Kawasan cerah itu merupakan kawasan tawaf. Di situlah terletaknya kaabah yang dibanggakan. Gambar ini dirakam dari kawasan berhawa dingin.

Bagi saya kawasan ini cukup selesa. Tidak perlu bersesak dan berebut. Sangat sesuai untuk beriktikaf.

Selamat beribadah.

Baca Juga :

Monday, April 15, 2013

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 4

11:54 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah segala puji dan puja buat Allah, penguasa sekalian alam serta selawat dan salam buat Abal Qasim penghulu segala Nabi.

Hari ini saya diberi kekuatan untuk terus mengetuk papan kekunci bagi berkongsi cerita mengenai air zam zam. Saya kira semua sudah ma'ruf kisah disebalik kewujudan air zam zam. Bagaimana kegigihan Siti Hajar berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah diangkat sehingga disyariatkan Sai'e bagi mengenang semula pengorbanan Siti Hajar dan Puteranya Ismail.

Molekul Air Zam Zam Yang Cantik
Air zam zam adalah merupakan air yang 'ajaib'. Malah kewujudan telaga zam zam sendiri menjadi tanda tanya kepada banyak pihak. Masakan tidak, bagaimana telaga yang kecil mampu menampung keperluan jutaan Jemaah yang menjadi tetamu Allah. Malah air zam zam tidak pernah habis walaupun dibawa pulang oleh Jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.


 Di Mekah banyak disediakan tong-tong yang berisi air zam zam. Di segenap ruang pasti akan terjumpa tong-tong ini. Malah telah dibina paip-paip air zam zam untuk kemudahan para Jemaah. Jemaah boleh memilih sama ada untuk menimati zam zam sejuk ataupun yang biasa. Bagi Jemaah lelaki yang mahu berwuduk menggunakan air zam zam bolehlah mencuba di paip yang disediakan. Jemaah juga boleh membawa botol dan mengisi air zam sepenuh-penuhnya untuk dibawa pulang ke hotel. Biasanya air zam zam tersebut akan dibuat air mandi. Hanya di Mekah kita boleh mandi dengan air zam zam ^_^


Selain Mekah, di Madinah juga ada disediakan air zam zam. Di Madinah air zam zam hanya diletakkan DI DALAM TONG DI DALAM MASJID SAHAJA. Air pili yang terdapat di luar masjid BUKAN AIR ZAM ZAM. Ramai yang tersilap sehinggakan ada yang membawa botol besar untuk dibawa pulang sedangkan air itu sama seperti air yang terdapat di hotel.

Sumber Gambar : gajahmenta.blogspot.com
 Setiap Jemaah Malaysia akan dibekalkan dengan air zam zam sebanyak 10 liter setiap seorang oleh Agensi Pelancongan. Malah air zam zam tersebut tidak dikira dalam timbangan penerbangan. Ia adalah merupakan hadiah daripada pihak Kerajaan Arab Saudi kepada tetamu Allah yang hadir ke Lembah Bakkah. Bagi Jemaah yang berhajat untuk membawa pulang lebih air zam zam, saya kira ia bergantung kepada syarikat penerbangan. Setakat ini syarikat MAS dan NAS Air tidak membenarkan Jemaah membawa pulang lebih daripada 10 liter. Bagi syarikat penerbangan lain seperti Pakistan International Airlines dan Egypt Air tiada halangan kepada para Jemaah. Cuma Jemaah perlu berbincangan dengan Mutawif yang disediakan oleh agensi pelancongan. Malah Jemaah juga dibenarkan membawa air ke dalam pesawat. Cadangan saya jika Jemaah ingin membawa pulang air zam zam, kosongkan 'hand luggage' dan masukkan seberapa banyak botol air zam zam yang mampu dibawa oleh tangan. Jika beg kargo masih ada ruang, masukkan sahaja botol air 1.5 liter seberapa banyak yang boleh. Tapi ingat, tip ini tidak boleh dipakai jika anda menaiki pesawat MAS dan Nas Air.

Perigi Lama Zam Zam Yang terdapat Di Muzium Dua Tanah Suci

Hadis Nabi Yang Membawa Maksud " Air Zam Zam Adalah Seperi Apa Yang Kita Hajatkan "
Baca Juga :

Thursday, April 11, 2013

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 3

11:40 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas dua nikmat yang berharga iaitu Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan serta ahli keluarga baginda.

Ketika di Mekah, Jemaah akan dibawa menziarahi kawasan-kawasan bersejarah. Malah, jemaah juga akan dibawa ke tempat yang menarik seperti muzium dua tanah suci, kawasan haji danbeberapa kawasan yang lain.

Kebiasaannya pihak agensi pelancongan akan membawa jemaah untuk menunaikan umrah melalui miqat Hudaibiyah. Para Jemaah disunatkan untuk berniat ihram dan menunaikan solat sunat ihram di Masjid Shumaisi. Memandangkan masjidnya yang agak kecil dan tandasnya yang terhad sudah pasti tidak dapat menampung ratusan jemaah yang hadir pada satu-satu masa. Jika anda bertolak ke Hudaibiyah pada waktu pagi, biasanya masjid akan penuh sesak. Jemaah akan beransur kurang menjelang tengah hari.


Sekiranya Jemaah menunaikan umrah melalui miqat Hudaibiyah pada waktu pagi, saya mencadangkan agar Jemaah memakai ihram bahagian bawah sahaja dipadankan dengan baju T. Jemaah juga dinasihatkan agar berwuduk sebelum melangkah dari hotel. Setibanya Jemaah di Masjid Shumaisi, tukarkan sahaja baju dengan kain ihram. Sekarang Jemaah sudah sedia untuk berniat. Tidak perlu bersesak untuk menukar seluar dan beratur untuk mengambil wuduk. Tukar sahaja baju di dalam bas kemudian masuk ke dalam masjid untuk berniat dan naik semula ke dalam bas selepas solat sunat ihram. JIMAT MASA DAN TIDAK PERLU BERSESAK.


Antara tarikan lain di kawasan Hudaibiyah ialah ladang ternakan unta. Biasanya pemandu bas akan menurunkan penumpang di mana-mana kawasan ternakan di sepanjang jalan. Para Jemaah boleh bergambar dan yang lebih menarik ialah membeli susu unta. Sebotol susu unta segar yang baru diperah adalah sekitar SR 5.00 untuk 300-350 ml. Banyak khasiat yang terdapat pada susu unta. Malah susu unta juga adalah merupakan antara susu kegemaran baginda Nabi s.a.w.

Antara kebaikan susu unta ialah :

- Susu paling bergizi selepas susu ibu.
- Kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi.
- Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, gastrik dan luka pembedahan.
- Digunakan masyarakat Arab untuk merawat penyakit busung air atau hepatitis.
- Rendah lemak dan kolestrol berbanding susu lembu dan susu kambing.
- Mempunyai insulin yang tinggi untuk memproses gula menjadi tenaga.


Bagi anda yang ingin membawa pulang ke Malaysia, selepas kembali ke hotel masukkan susu unta ke bahagian sejuk beku di dalam peti sejuk. Simpan sehingga keberangkatan pulang. Balut botol susu unta dengan kain tuala dan letakkan di dalam bagasi kargo. Insya-Allah sekiranya anda transit tidak terlalu lama, susu masih boleh diminum ketika tiba di Malaysia.

Baca juga :

Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah 1

10:43 PM Posted by Lobam , No comments
Artikel ini telah disiarkan dalam ruangan Penulis Jemputan di Ciklaili.com. Sila layari laman tersebut untuk mengetahui pelbagai info.

Menjadi tetamu Allah adalah merupakan impian setiap insan. Walau bagaimanapun tidak semua berkesempatan untuk menjadi tetamu pilihan. Ada antara kita yang punyai banyak wang, tetapi tidak punyai masa. Ada yang mempunyai keinginan yang tinggi tetapi kekurangan sumber kewangan. Malah ada yang mempunyai wang dan masa tetapi masih belum terbuka pintu hati untuk ke sana. Hanya mereka yang benar-benar menerima ‘kad jemputan’ sahaja yang akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Sebelum kita memulakan langkah, ada beberapa perkara yang perlu dipandang serius. Bersama ini saya sertakan tip persediaan sebelum menunaikan umrah. 

1. Travel Agency


Pilih travel agensi yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Testimoni pelanggan biasanya dapat dibaca melalui pencarian di Google. Selain itu harga juga memainkan peranan. Banyak faktor dalam penentuan harga yang ditawarkan oleh sesebuah agensi. Antaranya, status hotel sama ada berbintang tiga, empat atau lima, jarak hotel dari masjid serta perkhidmatan yang disediakan di tanah suci. 
Ada agensi yang menyediakan perkhidmatan umrah sebanyak tujuh kali ada juga yang lima kali malah ada juga tiga kali.  Ada Jemaah yang tidak kisah dengan jarak hotel dari masjid dan boleh berlebih kurang dalam sesetengah perkara, asalkan harga yang ditawarkan lebih murah.
Katakan syarikat A menawarkan harga RM 6000 manakala syarikat B menawarkan harga RM 5300. Selisih harga adalah RM 700. Nampak tidak banyak beza. Tetapi bayangkan jika Jemaah membawa 10 ahli keluarga. Jumlah perbezaan antara syarikat A dan B adalah sebanyak RM 7000. Dengan perbezaan harga sebegitu tinggi, Jemaah boleh membawa seorang lagi ahli keluarga.
Jadi, jika anda seorang yang cerewet pilihlah syarikat ternama dengan harga yang sedikit mahal. Jika tidak, pilihlah mana-mana syarikat dengan mempunyai rekod yang baik. 

2. Pakaian

Minimakan pakaian yang akan dibawa ke tanah suci bagi lelaki. Biasanya ketika di sana, jubah akan menjadi pakaian rasmi. Purata setiap lelaki akan membeli 2 pasang jubah untuk dipakai. Sehelai jubah lazimnya dipakai ketika solat untuk 2 – 3 hari. Jarang dilihat Jemaah Malaysia memakai baju T dan seluar slack ketika menunaikan solat. Bersama ini saya sertakan cadangan jumlah pakaian yang patut dibawa :
-          Baju T – 4 helai
-          Seluar khakis – 3 helai
-          Kain pelekat – 3 helai
-          Jubah ( jika ada ) – 2 helai
-          Baju Melayu – 1 helai
-          Baju pagoda – 2 helai
-          Pakaian dalam – secukup rasa
-          Kasut – Tidak perlu. Biasanya kasut hanya dipakai ketika pergi dan balik sahaja
-          Sepasang selipar yang tidak menutup jari kaki
 
Bagi kain ihram saya mencadangkan agar Jemaah membawa 3 helai. Jika ihram di bahagian bawah kotor, bahagian atas pakaikan di bawah dan ihram baru pakaikan di atas ( menutup badan ) manakala ihram yang kotor dibasuh. Begitulah seterusnya.

Mengapa Jemaah perlu meminimakan pakaian yang perlu dibawa? Jawapannya mudah, jika jemaah hadir dengan satu beg kecil biasanya beg akan ‘beranak’ selepas beberapa hari menjejakkan kaki di tanah suci. Untuk apa dibawa jika tidak pakai. Jadi bawa sahaja apa yang perlu.

3. Ubat 
 
Ubat adalah merupakan sesuatu perkara yang wajib dibawa. Kebiasaannya Jemaah akan menghidapi batuk dan selsema. Saya sarankan agar Jemaah membawa bekalan ubat-ubatan lebih sedikit. Jika kita tidak guna, boleh sahaja kita kongsikan kepada Jemaah yang lain. Antara ubat yang dicadangkan ialah :
-          Ubat batuk
-          Ubat selsema
-          Pil Chi Kit Teck Aun ( Sakit Perut )
-          Vicks
-          Panadol
-          Krim pelembab ( Tumit kaki akan merekah akibat terlalu banyak berjalan )
-          Pelembab bibir ( Bibir akan kering kerana panas atau kurang minum air )
 
4. Karung kasut

Karung kasut adalah merupakan antara perkara penting yang perlu dibawa. Jemaah perlu membawa selipar ke dalam masjid bagi mengelakkan selipar diambil orang. Memang ada sesetengah pihak mewakafkan plastik di dalam masjid, tetapi bukankah lebih baik kita mengurangkan penggunaan plastik. Lagi pun karung kasut ini hanya berharga RM 2.50 sahaja. 

5. Kurangkan ‘hand carry’ dan aksesori diri

Ketika menaiki pesawat, kurangkan barangan yang dibawa. Jika boleh semua barang dimasukkan ke dalam kargo melainkan barang yang penting sahaja. Jika Jemaah mengambil penerbangan terus mungkin tiada masalah. Masalah akan timbul jika Jemaah mengambil penerbangan transit. Leceh bila terpaksa mengusung barang-barang yang tidak penting turun naik kapal terbang. Lebih leceh lagi jika terpaksa menjalani pemeriksaan keselamatan berkali-kali.

Contohnya di Thailand. Penumpang terpaksa membuka semua aksesori untuk di ‘scan’. Hatta kasut juga perlu ditanggalkan. Yang tinggal hanya pakaian dibadan. Jika kita memakai aksesori berlebihan dan membawa barangan yang banyak tidakkah leceh untuk dibuka dan dipakai semula selepas diperiksa.

Tuesday, April 9, 2013

Peserta Masterchef Selebriti 2

7:04 PM Posted by Lobam 1 comment

Masterchef Selebriti 2 kembali bersiaran dengan menampilkan ramai artis termuka antaranya Datuk Haji Aznil Nawawi, Cat Farish, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Adakah dengan penyertaan Rozita Che Wan dan kekasihnya Zain Saidin akan menambah elemen drama dalam siri musim ini?

Adakah Pak Nil akan menggunakan air matanya sebagai senjata paling ampuh untuk terus bertahan?

Adakah Master Chef Selebriti 2 mampu menyaingi populariti musim pertama?

Sama-sama kita saksikan.

Semoga berjaya buat semua peserta.

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 2

3:03 PM Posted by Lobam , , 1 comment
Assalamualaikum. 

Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat paling berharga iaitu nikmat Islam dan Iman serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.


Kurma adalah merupakan salah satu daripada makanan sunnah. Malah kurma juga mengandungi pelbagai zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Jika tidak masakan kurma menjadi antara makanan kegemaran Rasulullah.

Kurma banyak disebut dalam hadis Nabi. Malah para ulamak juga ada menaqalkan tentang kebaikan kurma.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata : "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata : "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata : "Barangsiapa memakan 7 biji kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Secara amnya, kurma banyak ditanam di Madinah. Malah kurma menjadi salah satu produk utama di Negara Islam pertama itu. Bekalan kurma di Madinah sangat banyak sehingga mampu menampung keperluan Jemaah sepanjang tahun.

Ketika di Madinah, Jemaah akan dibawa melawat ke ladang kurma. Di ladang tersebut terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis kurma dan produk yang berasaskan makanan sunnah tersebut. Biasanya harga yang ditawarkan agak mahal. Apa yang seronoknya, di ladang kurma ini para Jemaah boleh mencuba kesemua kurma yang ada secara percuma. Kadang-kadang ada juga ladang yang menyedikan minum pecuma. Pemandu bas yang membawa Jemaah ke ladang kurma akan diberi 'tips' dan 'hagah' berupa kurma dan sebagainya. Sebab itu jika kita tidak mahu ke ladang kurma, pemandu bas akan marah.


Terdapat pelbagai jenis kurma yang menjadi pilihan Jemaah dari Malaysia antaranya Ambar, Sukari, Barni dan paling popular Ajwah yang juga dikenali sebagai Kurma Nabi. Seperti yang kita sedia maklum, kurma juga terdapat pelbagai gred. Bermula gred yang baik sehinggalah sebaliknya. Harga kurma juga bergantung kepada gred. Sebagai contoh, kurma Ajwah yang bergred tinggi harganya boleh mencecah sehingga SR 130 bagi satu kilogram manakala yang gred biasa hanya sekitar SR 50 - SR 60 sahaja. Bagi saya kurma semuanya sama cuma bergantung kepada kita untuk memilihnya.

Sekiranya Jemaah tidak sempat untuk membeli kurma di ladang, saya cadangkan agar Jemaah berbelanja di Pasar Kurma yang terletak berhampiran Masjid Nabawi. Di sana terdapat puluhan gerai yang menjual kurma pelbagai jenis. Harganya juga berpatutan. Dari hotel dengan menaiki teksi sebut sahaja pasar kurma, pasti anda akan sampai dengan selamat. Bayaran tambanya sekitar SR 10 - SR 15 sehala. Pastikan sebelum keluar anda telah menerima kad hotel agar tidak tersesat.

Baca juga :


Tip Ketika Di Mekah & Madinah 1

12:54 AM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.



Salah satu tempat ziarah ketika Jemaah berada di Madinah ialah Masjid Quba iaitu Masjid pertama yang dibina Rasulullah atas dasar taqwa. Biasanya Masjid Quba akan menjadi destinasi pertama ziarah dan diikuti dengan tempat-tempat lain.

Sebelum melangkah mendaki tangga bas, Jemaah diingatkan untuk mengambil wuduk terlebih dahulu. Rasul pernah bersabda
"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya, ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"

Jadi, jangan lupa untuk berwuduk dahulu ya.

Baca juga :

1. Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah 1
2. Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah 2
3. Tip Ketika Di Mekah & Madinah 2 
4. Tip Ketika Di Mekah & Madinah 3 
5. Tip Ketika Di Mekah & Madinah 4 
6. Tip Ketika Di Mekah & Madinah 5

 

Ini Bandarku - Sungai Besar

12:26 AM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Artikel mengenai Sungai Besar ini pernah saya hantar kepada pihak Majalah Libur dan Editornya telah menyatakan persetujuan untuk menyiarkan di dalam majalah perlancongan berbahasa Melayu itu. Tetapi selepas hampir setahun, artikel ini terus diperam. Berkali-kali email saya hantar tetapi jawapannya tetap sama. Akan disiarkan. Bagi saya, artikel ini sangat bermakna kerana karya ini mengingatkan saya kepada arwah sahabat saya - Adi.

Kami pernah berjanji untuk memperkenalkan Sungai Besar kepada masyarakat luar. Saya melalui medium penulisan manakala Adi melalui fotografi. Tetapi sayang, umurnya tidak panjang. Saya dedikasikan artikel khusus buat anda semua. Semoga arwah Adi akan ditempatkan dalam golongan orang beriman.

Bandarku Sungai Besar.


Nur ya Nur Kasih. Pasti ramai yang masih mengingati bait-bait lagu yang didendangkan oleh penyanyi 'world music' Yassin, lagu runut bunyi bagi drama Nur Kasih yang pernah disiarkan di TV3 beberapa tahun yang lalu. Keindahan sawah padi serta suasana kampung yang damai menjadi latar lokasi bagi drama yang pernah diangkat sebagai Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2010.


Pasti ada yang tertanya dimanakah letaknya lokasi yang mendamaikan ini. Mungkin ada yang mengatakan pengambaran dijalankan di Kedah mahupun Perlis. Tetapi tahukah anda, selain Kedah yang terkenal dengan jolokan Jelapang Padi Malaysia, terdapat sebuah lagi kawasan sawah padi yang terkenal di Negeri Selangor iaitu Sungai Besar.

Rata-rata penduduk Sungai Besar menjadikan sawah padi dan sawit sebagai sumber ekonomi mereka. Ada juga antara mereka yang bekerja sebagai nelayan dan peniaga. Sesungguhnya Sungai Besar adalah merupakan tanah yang subur dan makmur yang mana di sebelah timurnya terhampar luas bendang saujana mata memandang manakala di sebelah baratnya terhidang lautan Selat Melaka yang mendamaikan.


Kawasan yang terletak sekitar 120km daripada bandaraya Kuala Lumpur menghala ke utara ini juga disebut sebagai ‘Tua Kang’ dalam loghat Hokkien merupakan kawasan pentadbiran dalam daerah Sabak Bernam. Sungai Besar juga dilengkapi prasarana moden seperti pasar awam, mini stadium dan pusat membeli belah. Bagi penggemar pakaian, selain daripada Nilai 3, Sungai Besar adalah pilihan terbaik untuk mendapat harga yang murah. Malah terdapat sesetengah barangan yang harganya jauh lebih murah berbanding Padang Besar di Perlis. Tidak hairanlah jika setiap minggu kelihatan deretan bas persiaran beratur di sekitar Pekan Sungai Besar yang membawa pelancong dari pelbagai destinasi. Ada juga pelancong yang menyewa hotel semata-mata untuk membeli belah di sini.

Selain pusat membeli belah, Inap Desa juga menjadi produk daya penarik bagi kawasan Sungai Besar. Antara Inap Desa popular ialah Inap Desa Sungai Haji Dorani. Inap desa ini sering menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama mahupun filem sebagai lokasi pilihan terbaik. Kawasan yang popular dengan masakan jawa Nasi Ambeng ini juga menyediakan pakej terbaik buat pelancong. Bukan setakat menerima tetamu daripada dalam negara malah pelancong luar negara juga menjadikan Sungai Haji Dorani sebagai tentatif wajib pelancongan mereka. Banyak aktiviti yang dapat dijalankan seperti mengail belut, mengutip kerang, bersawah dan lain-lain lagi.

Selain itu juga terdapat penginapan chalet di D’Muara Marine Resort. Sekiranya air pasang, chalet yang terletak berjauhan dari pantai akan dinaiki air. Ini menampakkan seolah-olah chalet itu terapung di atas permukaan air.

Sungai Besar juga merupakan kawasan yang popular dengan makan ringan seperti kerepek dan Nata De Coco. Terdapat banyak kilang kerepek dan biskut serta sebuah kilang Nata De Coco yang popular. Kebanyakan produk ini dieksport keseluruh Malaysia. Satu lagi yang menjadi tarikan ialah gerai-gerai buah mangga dan jagung di sepanjang jalan SabakBernam - Sekinchan. Buah-buah mangga ini ditanam sendiri oleh penduduk setempat. Atas alasan itulah buah-buah mangga ini boleh dibeli dengan harga yang murah.

Sewaktu musim perayaan, Sungai Besar menjadi tumpuan peniaga biskut raya untuk mendapatkan bekalan. Ada banyak kilang yang membuat biskut raya, malah ada yang menjual Biskut Almond London dengan harga RM11.00 sebekas.


Selepas panen (menuai padi) masyarakat setempat juga menjadikan tanah sawah sebagai pusat rekreasi. Antara sukan ekstrim yang menjadi pilihan masyarakat ialah sukan motorcross. Setiap petang pasti ada sahaja acara motorcross yang dipertandingkan mengikut kategori tertentu. Malah sukan ini juga menerima peserta luar dari Sungai Besar seperti Hutan Melintang dan Teluk Intan.


Secara konklusinya, kawasan yang diwakili oleh Ahli Parlimen Datuk Hajah Noriah Kasnon yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ini mampu membangun dengan lebih pesat jika kawasan pelancongan ini dinaiktaraf dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. 

Saya Sayang Sungai Besar.

Sumber gambar - Koleksi peribadi Arwah Adi serta beberapa gambar yang telah mendapat izin untuk disiarkan.