Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, March 15, 2013

5 Food Blogger Pilihan Saya

9:28 AM Posted by Lobam 1 comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat rasul Junjungan tercinta serta para sahabat dan pengikut baginda.
Bertemu kita dalam entri kali ini. Entri pertama sebagai pembuka acara. Salam perkenalan buat semua pembaca.   Bila Pena Mula Berdansa, Bila Lobam Berbicara. Tiada kata ingin saya lafaz melainkan ungkapan rasa penghargaan buat eyriqazz.com  kerana sudi memilih saya sebagai perantis dalam Projek 10 Blogger eyriqazz.com. 

Selain menulis, saya juga suka menikmati makanan. Masalah yang kerap melanda pemburu makanan ialah kadangkala kita tercari-cari di manakah lubuk makanan yang lazat. Mujur  ada blogger yang sedia berkongsi tempat dan makanan menarik sebagai rujukan. Prinsip saya mudah, asalkan makanannya lazat dan berbaloi, berapa sahaja harganya pasti sanggup saya bayar. Untuk edisi pengenalan kali ini, ingin saya berbicara tentang 5 Food Blogger Pilihan.

1.  Food n’ Frame - http://foodnframe.com/

foodnframe

Saya mengenali pengendali blog hebat ini semasa Majlis Penyampaian Hadiah 2nd Food Blogging Competition 2012 anjuran Selangorlicious. Gabungan fotografi dan makanan membuatkan blog Food & Frame ini sangat hebat. Ulasannya yang jujur dan gambar yang menyerlah membuatkan makanan itu seolah-olah hidup. Sangat menarik untuk dinikmati. Kagum sungguh saya melihat templatenya yang begitu teratur dan sangat memudahkan pelayar untuk mencari maklumat. Malah blogger ini juga mengkategorikan restoran yang pernah disinggahinya. Bermula dari Poor sehinggalah bertaraf Highly Recommended. 

2. Malaysia Food, Travel & Tourism Blog - http://www.vkeong.com

vkeong

Blog yang berkonsepkan Makanan & Pelancongan ini sangat berbeza dari blog-blog kebanyakan. Pemilik blog yang berasal daripada Bukit Mertajam Pulau Pinang ini menumpahkan passion terhadap makanan melalui fotografi dan diterjemahkan melalui kanvas kosong alam maya yang beralamat di vkeong.com. Selain menyediakan senarai Good Food List blogger ini juga menyediakan senarai KL & PJ Japanese Buffets beserta harganya sekali. Tetapi pelayar harus berhati-hati kerana ada antara makanan yang disenaraikan tergolong dalam kategori TIDAK HALAL.

3. Kucing Goreng Gemok - http://kucingorengemok.blogspot.com/

kucing goreng gemok

Secara jujurnya, memang agak sukar untuk mencari blogger melayu yang memaparkan lokasi atau makanan halal sepenuhnya. Jika ada sekalipun apa yang dilihat sekadar Hanya Melepaskan Batok Di Tangga. Ala kadar sahaja. Tetapi blog Kucing Goreng Gemok ini sangat berbeza. Walaupun karyanya tidak dilampirkan dengan fotografi yang menawan tetapi informasinya sangat berguna. Malah di side bar juga disediakan ruangan MAKANPEDIA. Bukan sahaja menyediakan info tempat makan di Malaysia malah di London, Brighton dan Amsterdam. Hebat.

4. Masak-masak -  http://masak-masak.blogspot.com

masak-masak

Masak-masak merupakan salah satu blog yang menjadi rujukan saya. Menyediakan pelbagai kategori seperti Chinese Food, Western Food dan Malay Food pasti memudahkan pembaca mencari lokasi bagi memenuhi kehendak citarasa yang pelbagai. Juga menggabungkan keseniaan antara fotografi dan makanan membuatkan paparan dan pemsembahan lebih menarik. Bukan setakat itu sahaja, Masak-masak juga menyediakan laman resipi untuk para pembaca mencuba masakan yang menarik. Pelbagai vasriasi makanan boleh dicuba. Yang penting, rajin atau tidak sahaja.

 5. Masam Manis - http://fromintankitchen.blogspot.com/


Selain Food Blogger, Blogger Masakan juga merupakan salah satu antara blog yang dicari. Di sini saya kongsikan salah satu Blog Masakan yang popular iaitu Masam Manis. Blog Masakan menyediakan resipi bergambar untuk para pembaca. Jujur saya katakan, blog ini menggabungkan antara fotografi dan masakan secara professional. Gambar yang diambil persis gambar di majalah. Blog ini menjadi rujukan utama isteri saya dalam bidang masakan. Yang lebih menarik, resipi yang disedia, disertakan dengan cara memasak bergambar yang sangat menarik. Pelbagai variasi masakan disediakan.  Lebih menyeronokkan lagi, semua resipi yang dihidang kebanyakan boleh dikategorikan sebagai Gerenti Jadi. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Saya kira sekadar itu sahaja sebagai mukaddimah. Andai ditakdirkan saya masih lagi diterima sebagai Perantis dalam projek ini, Insya-Allah pasti saya akan hidangkan lebih lagi buat para pembaca. Jumpa lagi. MaasSalamahWa Ilal Liqa’.*

Entri ini telah disiarkan dalam ruangan Penulis Jemputan Eyriqaaz.com

1 comment:

  1. http://meyrajohn.blogspot.com/2013/04/2-day-big-giveaway-by-mohd-zuhri.html

    Jemput join. ^^

    ReplyDelete