Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, February 16, 2013

PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2013/2014

12:14 AM Posted by Lobam , , 1 comment


PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2013/2014

DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

SISTEM PENGAJIAN:

Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis dan Muamalat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

i.  Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii.   Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
a. Bahasa Melayu,
b. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam,
c. Bahasa Arab,
d. Lulus Bahasa Inggeris,
Atau
Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM .
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalahtidak layak memohon.

YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN:

Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

UJIAN DAN TEMUDUGA:

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temuduga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
  • Telefon : 03-60635333 / 03-60635349 / 03-60635323 
  • Faks     : 03-60645497

MAKLUMAT:

Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 4 Mei 2013 adalah dianggap tidak berjaya.

1 comment: