Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Wednesday, January 9, 2013

Giveaway - Rezeki Awal Tahun 2013

2:39 PM Posted by Lobam , 2 comments
Assalamualaikum.

Syukur atas kunrniaan nikmat tidak bertepi. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Mencipta dan mematikan manusia dengan kekuasaan-Nya.

Apa khabar semua? Saya sentiasa mendoakan agar seluruh pembaca blog Kisah Seorang Lobam berada dalam Kemanisan Iman dan Kelazatan Amal.

Mungkin kebetulan, yang pasti ianya telah tertulis dan ditentukan. Syukur Alhamdulillah. Semalam baru sahaja saya bercerita tentang Amalan Pembuka Rezeki, hari ini tanpa disangka saya menerima habuan pertama bagi tahun 2013. Syukur yang tidak terhingga.

Pada hari terakhir di tahun 2012, saya cuba menggagahkan diri untuk menulis sesuatu. Saya kira mungkin sebagai kenangan sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya. Dengan perasaan mahu tapi malas, akhirnya muncul entri My Happy Moments. Entri ini bagi memenuhi kriteria My Happy Moments Contest anjuran Eyriqaz.

Siapa sangka, usaha kecil yang saya lakukan membuahkan hasil yang lumayan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghulurkan bantuan. Tanpa anda semua, pasti saya bukanlah sesiapa.

Inilah gambar My Happy Moments yang membawa saya mendaki  podium ketiga sekaligus membawa wang tunai RM 50.00.


Untuk mengetahui keputusan penuh boleh rujuk di sini. Tahniah juga kepada semua pemenang. Terima buat semua penaja yang baik hati iaitu Ciklaili.com , MyKhalish.comKakinakL.comNadot.My dan FaizalPj.Com .

Anda juga boleh menang seperti saya. Ayuh, sertai Mini Giveaway Kisah Seorang Lobam yang akan berakhir jam 11.59 malam ini. Tidak perlu LIKE, tidak perlu FOLLOW dan tidak perlu ENTRI. Mana tahu rezeki anda pula selepas ini. Jika ada rezeki pasti saya akan adakan lagi. Bukankah rezeki perlu di kongsi? ^____^

Jumpa lagi.

2 comments:

  1. Terima kasih ya Ainaa. Semoga doa Ainaa dimakbulkan

    ReplyDelete