Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, October 2, 2012

Fenomena Halo - Pelangi Mengelilingi Matahari

2:21 PM Posted by Lobam No comments



Assalamualaikum.
Tengah hari ini facebook dibanjiri dengan gambar matahari. Ramai rakan Facebook saya mengemaskini status mereka dengan gambar yang sama. Lebih menakjubkan ada lingkaran pelangi mengelilingi Sumber Utama Cahaya tersebut.  Pasti ada yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi.

Setelah dicari melalui enjin pencarian Google, inilah jawapan dari persoalan yang melingkari fikiran. Fenomena tersebut dinamakan sebagai HALO.

Petikan dibawah bersumberkan Wikipedia.

Fenomena halo (bahasa Greekἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Fenomena ini sering berlaku di bahagian Eropah dan sebahagian daripada Amerika Syarikat  dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah dahulu negeri di utara Semenanjung Malaysia gempar  apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.



Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Halo di Padang, Indonesia pada 2 Oktober 2009.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.






0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment