Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, October 7, 2012

5 Permainan Android Penghilang Bosan

5:38 PM Posted by Lobam 2 comments
+ Assalamualaikum.

+ Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah. Setiap denyutan nadi dan nafas yang dihela diberi percuma tanpa diminta bayaran.

+ Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 5 permainan ( Games ) Android yang ringan, santai dan sesuai untuk menghilangkan bosan..

+ Permainan tidak memerlukan daya fikir yang tinggi atau tumpuan yang teliti.

1. Paper Toss


Permainan ini hanya memerlukan pemain memasukkan gumpalan kertas ke dalam tong sampah. Sebagai cabaran, angin daripada kipas yang dipasang menjadi halangan. Pemain perlu tahu jarak dan arah yang sesuai untuk memastikan gumpalan kertas itu masuk ke dalam tong sampah.

2. Can Knockdown


Pernahkah anda bermain baling tin di fun fair? Jika dapat menghabiskan balingan tin, anda akan dihadiahkan setin air bikarbonat. Jika jawapan anda ya, permainan ini sangat sesuai untuk anda. Cara bermainnya tetap sama. Pemain dikehendaki membaling bola ke arah tin dan memastikan kesemua tin jatuh ke bawah.

3. Mobile Andrio
Saya yakin pembaca yang lahir sekitar 80 an dan awal 90 an pasti mengenali Mario Bersaudara. Permainan Mario Bros menjadi kegilaan pada waktu itu. Zaman itu tiada ipad, laptop, tablet dan sebagainya. Yang ada hanyalah Game TV yang menggunakan tape sebagai CD. Permainan Mario Bros mencetuskan fenomena sehingga permainan tersebut telah dijelmakan dalam dunia realiti melalui penghasilan filem Super Mario Bros

Bagi mengembalikan kenangan anda, permainan seakan-akan Mario Bros boleh dimuat turun di Google Play. Permainan tersebut dinamakan Mobile Andrio. Walau bagaimanapun, kehebatan Mario Bersaudara tidak mampu dikalahkan oleh permainan ini.



Bagi pengguna telefon bimbit sekitar tahun 1997, pastinya telefon pertama yang dimiliki pada waktu itu ialah Nokia. Sejak itu bermulalah evolusi perkembangan telefon bimbit. Pada waktu itu permainan yang menjadi kegilaan pengguna telefon Nokia ialah permainan SNAKE. Mana taknya, ada satu game je pon dalam telefon tu. Malah boleh juga dimain secara pair melalui infrared. Maklumlah pada waktu itu teknologi Bluetooth masih belum berkembang.

Kini pengguna Android boleh mengembalikan memori bermain permainan Snake. Kawalannya masih juga sama. Jadi apa tunggu lagi. Muat turun sekarang.



Sebuah lagi permainan yang mudah dan kurang stress iaitu DrainworksLite. Apa yang diperlukan ialah, pemain dikehendaki memasukkan air yang keluar dari paip merah masuk ke paip hijau. Halangan-halangan kecil menjadi cabaran kepada pemain, Jadi apa tunggu lagi.

+ Inilah antara permainan  yang sering saya main. Sebenarnya seperti yang saya maklumkan dahulu, saya kurang gemar bermain game. Apa yang ada di dalam telefon semuanya dimuat turun oleh anak saya yang berusia 4 tahun. Alang-alang sudah ada, apa salahnya saya cuba sekali sekala ^_^

+ Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Insya-Allah sekiranya panjang umur berjumpa lagi di entri seterusnya.


2 comments:

  1. Dulu banyak game yang best2.. walaupun tak secanggih sekarang tapi apa yang pasti kebanyakan game terdahulu dikira evegreen sehingga kini.. :)

    ReplyDelete
  2. Masih teringat main Mario, Pac Man, Contra dan banyak lagi.. Terkenang zaman lalu.

    ReplyDelete