Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, September 22, 2012

Majlis Penyampaian Hadiah ' 2nd Food Blogging Competition 2012 ' Selangorlicious

7:44 PM Posted by Lobam No comments


Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak menjengah ke sini. Desakan kesibukan kerja membataskan segala perancangan untuk menulis. Walaupun blog terbiar bersawang tetapi saya masih aktif di FacebookTwitter dan Instagram.

Beberapa minggu yang lalu, saya ada menerima sepucuk email. Email ini membuatkan hati saya gundah gulana, resah dan gelisah. Setiap hari saya tidak keruan menantikan balasan email tersebut. Tetapi sayang, balasan yang dinanti tidak kunjung tiba.

Dua minggu kemudian saya menerima sepucuk lagi email yang menyatakan saya adalah pemenang Food Blogging Competition 2012 anjuran Tourism Selangor dan Selangorlicious. Alangkah terharunya saya kerana penyertaan saat-saat akhir saya berjaya memikat hati juri. Dengan hati yang berbunga saya bertanya tentang keputusan peraduan kepada pegawai yang berkenaan. Katanya keputusan rasmi akan diumumkan pada hari kejadian. Jawapan yang saya terima membuatkan debaran perasan semakin memuncak.

Selepas pulang dari sekolah 19 September lalu, tepat jam 6.00 petang kami memulakan perjalanan. Perjalanan berbekalkan tanda arah daripada rakan membuatkan hati bertambah resah. Kota Damansara satu  tempat yang asing buat kami. Inilah kali pertama kami ke sana.

Tepat jam 8.00 malam kami selamat tiba di venue acara - Retoran Gulam Mee. Itupun dengan bantuan seorang yang baik hati.


Selepas mendaftar, saya diberikan lencana yang sangat cantik.


Kemudian pihak penganjur minta kami untuk menulis kata-kata penghargaan.


Memandangkan kami membawa 2 orang askar kecil, maka tempat paling belakang adalah merupakan tempat yang paling ideal.


Selepas mendengar sedikit ucapan daripada perasmi, majlis penyampaian hadiah langsung dimulakan.

En Fazly Razally menyampaikan kalam pembuka

YB Elizabeth Wong merasmikan acara
Dalam senarai pemenang, nama saya yang pertama diumumkan. Saya menyangkakan memenangi Anugerah Cerita Terbaik, tetapi alangkah terperanjatnya bila dapat tahu saya memenangi kategori Fotografi Terbaik. 

Bersama Blogger Skampung
Walau apa kategori sekalipun, saya tetap bersyukur. Alhamdulillah. Kerja dalam masa 3 jam membuahkan hasil bernilai RM 1000.00 Nampaknya selepas ini saya perlu memiliki DSLR sendiri ^_^





Sumber gambar :

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment