Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, September 25, 2012

iZakat - Aplikasi Wajib Setiap Muslim

7:55 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah atas kurniaan kehidupan serta kenikmatan paling berharga iaitu Iman dan Islam. Saya kira pasti ramai yang tersenyum bahagia pada hari ini terutamanya bagi penjawat awam. Manakan tidak, setelah lebih 30 hari menempuh saat-saat getir akhirnya simpulan penantian terlerai jua. Pasti ramai yang berasa lega bila akaun di bank penuh semula.

Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang teknologi tetapi pengetahuan saya tidaklah tertinggal jauh.  Hari ini saya mahu lari daripada kebiasaan. Entri saya kali ini berkisar tentang teknologi. Saya diperkenalkan dengan satu aplikasi yang sangat menarik semasa melayari laman Facebook Pusat Pungutan Zakat. Aplikasi ini sangat berguna terutamanya bagi seorang muslim. Aplikasi yang saya maksudkan ialah i Zakat.

Laman Facebook Pusat Pungutan Zakat dan Aplikasi iZakat untuk Android

Aplikasi ini dibangunkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. untuk pengguna telefon pintar android mahupun iPhone secara percuma.

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta. Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat saham, zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada memungut zakat harta di tiga wilayah utama iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 
Walau bagaimanapun aplikasi ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia. Usah khuatir aplikasi ini dibangunkan keseluruhannya dalam Bahasa Melayu. Perkhidmatan ini juga dilengkapi dengan kalkulator pengiraan dan informasi yang sangat berguna, mesra pengguna serta dilengkapi dengan pautan bank-bank tempatan. Malah perkhidmatan ini juga menyenaraikan senarai kaunter PPZ dan nombor untuk dihubungi.

Ayuh kita berkenalan dengan papan pemuka yang dibangunkan. Selepas anda memasang aplikasi ini, anda akan dibawa ke muka hadapan.

Paparan papan pemuka yang sangat menarik
Butang Info menyediakan banyak maklumat berkaitan zakat. Antaranya Syarat Wajib, Jenis Zakat dan Fidyah.

Perkhidmatan yang penuh informasi

Salah satu pekhidmatan yang disediakan

Para pengguna juga boleh membuat pengiraan zakat dengan menggunakan kalkulator yang disediakan. Pengguna boleh memilih untuk mengira pelbagai jenis zakat. Antaranya zakat pendapatan, perniagaan, KWSP dan banyak lagi.

Kalkulator Zakat

Pengiraan Zakat Pendapatan


Sekiranya tidak layak, papan maklumat ini akan dipaparkan
Secara keseluruhannya, saya kira aplikasi ini wajib ada dalam semua telefon pintar umat Islam. Seperti mana yang kita tahu, zakat adalah merupakan salah satu rukun dalam Rukun Islam. Jika kita tidak memerlukannya hari ini, saya pasti satu hari nanti pasti kita akan menggunakannya. Jika kita boleh menyimpan Games sehingga penuh memori kad, kenapa tidak kita peruntukkan ruang 24MB untuk memasang perkhidmatan ini. Yang pasti perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Saya hadiahkan 5 bintang untuk aplikasi yang bermanfaat in.

Saya kira setakat ini sahaja dahulu perkongsian aplikasi untuk kali ini. Insya-Allah ada rezeki bertemu lagi kita dalam entri seterusnya.

"Zakat Menyucikan Harta"

Sebelum terlupa, jemput ramai-ramai untuk LIKE Laman Facebook PPZ. Pihak PPZ menganjurkan Kempen LIKE FB PPZ. Mana tahu kita menjadi penggemar yang bertuah dan berpeluang untuk membawa pulang Galaxy Tab 10.1 ataupun iPad terbaru. Jom. 

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment