Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, September 28, 2012

Derma Darah - Apa Yang Anda Perlu Tahu?

10:36 PM Posted by Lobam 3 comments

+ Assalamualaikum.

+ Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam. Mudah-mudahan Jumaat ini memberi ketabahan dan ketenangan buat diri kita semua.

+ Sewaktu pulang dari sekolah semalam, isteri saya memberi kejutan dengan menunjukkan barang-barang yang baru diterima. Katanya hadiah buat anak-anak. Tapi babanya pon dapat sama. Bantal Ultraman untuk Iezat, bantal Dinosour untuk Amsyar manakala sarung telefon untuk kami berdua. Sangat cantik. Jika berminat bolehlah membuat tempahan di Facebook Miimo Craft atau Blog Miimo Craft by Mia.

+ Ayuh kita kembali semula kepada topik utama.

Hukum menderma Darah - Sumber

+ Semalam Unit Bimbingan & Kaunseling SAM Sungai Haji Dorani menganjurkan Program Derma Darah sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.


+ Ini adalah tahun kedua unit dibawah kelolaan saya menganjurkan program seperti ini. Kami sangat beruntung apabila mendapat kerjasama yang baik dariapda Unit Tranfusi Darah Hospital Teluk Intan. Memandangkan ini kali kedua, perbincangan awal hanya melalui kihdmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Walau bagaiamanapun surat rasmi hanya menyusul beberapa minggu sebelum program berlangusng.


+ Untuk program kali ini, lebih 60 peserta telah mendaftarkan diri tetapi hanya 42 orang sahaja yang boleh menderma. Banyak sebab kenapa seseorang itu tidak boleh menderma. Antaranya ialah :
     - Pertama berpunca daripada masalah kesihatan seperti darah rendah, darah tinggi dan, kencing manis.
     - Kedua kerana berat badan kurang daripada 45 kg.
     - Ketiga kesan daripada pengambilan ubat seperti ubat darah tinggi, hormon dan lain-lain.

+ Sebelum menderma, penderma perlu menjalani beberapa pemeriksaan.


+ Langkah pertama ialah mengisi borang. Kemudian penderma akan ditimbang untuk memastikan berat badan sesuai untuk menderma.


+ Kemudian penderma akan beralih ke stesen yang kedua. Di stesen ini penderma akan diperiksa oleh doktor yang bertugas. Doktor akan memeriksa tekanan darah dan menjalankan soal selidik kesihatan. Biasanya di stesen inilah ramai penderma yang terkandas.


+ Seterusnya penderma akan beralih ke stesen yang ketiga. Di stesen ini  penderma akan diperiksa darah mereka. Di stesen ini jugalah penderma dapat mengetahui kelompok darah dan kadar hemoglobin mereka.


+ Kemudian penderma akan tiba di stesen terakhir. Di sini penderma akan diberi Buku Rekod Derma Darah dan sebuah bekas.


+ Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk menderma darah. Tak sakit pon. Grrrrr....


+ Alhamdulillah sudah selesai pon. Lihat senyumannya. Menawan kan? Hehehe. Sekejap sahaja sudah selesai. Rekod kali ini 3.5 minit untuk satu bag. Walau bagaiamanapun ia bergantung kepada individu. Ada yang cepat ada yang lambat. Ada juga yang tiba-tiba darah berhenti mengalir ke dalam bag. Untuk kes ini, nurse akan mohon kebenaran untuk cucuk di tangan sebelah lagi. Tak sakit pon... Hehehe.


+ Selepas menderma darah, penderma akan diberi air tin dan biskut sebagai saguhati. Oklah kan. Kalau mahu makan yang sedap-sedap bolehlah beli di mana-mana restoran berhampiran ^_^

Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut.

+ Apa yang perlu anda tahu sebelum menderma darah?

Anda BOLEH menderma jika..
    anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.
    berat badan anda 45 kg atau lebih.
    haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
    derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
    anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
    anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, tahniah. Anda berpotensi untuk menjadi penderma!!

Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..
    sejuk / demam dalam 1 minggu terakhir.
    di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain.
    masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah     pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll.
    pembedahan utama pada 6 bulan terakhir.
    vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir.
    mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir.
    mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir.
    telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah.
    berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah. 
    mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu     berisiko tinggi .
    telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV .
    mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit     menusuk dalam 6 bulan terakhir.
    mendapat rawatan gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan) 
        * Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan 
        * Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada pemulihan       penuh
Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..
    mereka hamil
    mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun     terakhir.
    mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka     tidak menyusui. 
    mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi.

3 comments:

  1. Rasa semangat sikit lepas baca pengalaman tuan..ada rasa berani sikit..anyway jemput singgah blog saya http://www.kacamataview.com/

    ReplyDelete
  2. Sebelom ni pernh nk derma darah.. Tpi doctor xbenarkan.. Atas alasan org baru kawin xboleh derma darah.. Kene tunggu setahun baru boleh derma... Kenapa yer?

    ReplyDelete
  3. Sebelom ni pernh nk derma darah.. Tpi doctor xbenarkan.. Atas alasan org baru kawin xboleh derma darah.. Kene tunggu setahun baru boleh derma... Kenapa yer?

    ReplyDelete