Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, May 11, 2012

Sistem Permohonan Rayuan Kemasukan Pelajar IPTA

9:35 AM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Pasti ada antara kalian yang sudah memilih IPT yang akan menjadi medan dalam meneruskan sesi pembelajaran di peringkat tinggi. Kepada yang berjaya tahniah saya ucapkan. Tetapi ada juga yang masih belum sampai rezekinya. Walau bagaimanapun jangan risau kerana pihak KPT ada menyediakan ruang rayuan untuk meneruskan pembelajaran di IPTA.

Anda boleh melayari laman Sistem Pemohonan Rayuan KPT untuk mengetahui maklumat lanjut.


Selepas melayari laman SPRKPT kalian dikehendaki memilih Jenis Permohonan dan Program Pengajian.


Carta Alir


Pastikan kalian cakna dengan maklumat-maklumat penting berkaitan Permohonan Rayuan ini.

Tarikh Tutup Permohonan

Semoga Berjaya.

Hala Tuju Selepas SPM. Mana Pilihan Anda?

8:58 AM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat yang berpanjangan. Mudah-mudahan keikhlasan serta ketakwaan yang berdiri atas landasan iman dan ehsan akan berkekalan hingga ke hari kiamat.

Di pagi Sayyidul Ayyam ini ingin saya berkongsi tentang Hala Tuju Selepas SPM. Alhamdulillah atas kerjasama antara Guru Bimbingan & Kaunseling seluruh Malaysia saya dipertemukan dengan UBK SMK Sri Kurau di laman maya.

Mudah-mudahan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada seluruh pelajar yang tercari-cari laluan serta hala tuju selepas SPM.

MATRIKULASI KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

ASASI IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

DIPLOMA IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

PILIHAN ANDA

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manakala program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

TINGKATAN 6 (STPM)

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

Bermula tahun 2012, sistem pentaksiran STPM secara modular akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan tingkaran enam bawah. Dalam sistem modular ini, penilaian terhadap pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap semester (ada tiga semester semuanya). Selain peperiksaan akhir berpusat pada setiap hujung semester, pelajar akan dinilai juga melalui kerja kursus yang dijalankan sepanjang pengajian.

Sukatan Pelajaran STPM Baharu 2012/2013:

1. 900 Pengajian Am
2. 910 Bahasa Melayu
3. 911 Bahasa Cina
4. 912 Bahasa Tamil
5. 913 Bahasa Arab
6. 920 Literature In English
7. 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
8. 930 Syariah
9. 931 Usuluddin
10. 940 Sejarah
11. 942 Geografi
12. 944 Ekonomi
13. 946 Pengajian Perniagaan
14. 948 Perakaunan
15. 950 Mathematics (M)
16. 954 Mathematics (T)
17. 956 Further Mathematics
18. 958 Information And Communications Technology (ICT)
19. 960 Physics
20. 962 Chemistry
21. 964 Biology
22. 966 Sains Sukan
23. 970 Seni Visual


Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

PILIHAN DI TANGAN ANDA...

Thursday, May 10, 2012

Matrikulasi, Asasi dan Diploma Yang Mana Pilihan Anda?

10:39 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.


+ Bulan Mei dan Jun adalah merupakan bulan yang sangat bererti bagi pelajar lepasan SPM yang berjaya mendapat tempat di IPTA. Pasti ramai di luar sana sedang bersiap memenuhi segala keperluan untuk beralih dari kehidupan bersama keluarga ke kehidupan yang lebih bebas dan berdikari.


+ Ada juga antara pelajar yang mendapat lebih dari satu tawaran.


+ Pada hari ini ingin saya kongsikan perbezaan antara Matrikulasi, Asasi dan Diploma. Teks disediakan oleh Che'gu Fazlie yang diringkaskan daripada akhbar Berita Harian 9 Mei 2012.


+ Semoga beroleh manfaat.


Matrikulasi KPM

        1. Terbahagi kepada dua (2) :
a.        Program Satu Tahun
b.        Program Dua Tahun
       2. Mempunyai empat (4) jurusan :
a.        Sains Hayat
b.        Sains Fizikal
c.        Perakaunan
d.        Teknikal
        3. Sukatan pelajaran bersifat terbuka
        4. Bayaran pendaftaran :
a.        Sains       ( RM220 )
b.        Teknikal   ( RM212 )
        5. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh KPM
        6. Elaun sebanyak RM1250 satu semester
        7. Lulusan perlu memohon menerusi UPU atau USM
        8. Keputusan cemerlang mempunyai peluang cerah untuk memasuki program diminati
        9. Keputusan sederhana mungkin akan mendapat pogram pengajian kurang diminati
     
      Asasi ( IPTA )
1.  Dikendalikan oleh universiti di bawak KPT
2.  Terbahagi kepada jurusan khusus
3.  Masa antara satu (1) hingag dua (2) tahun
4.  Sukatan pelajaran bersifat khusus kepada program di peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut

5.  Universiti Malaya (UM) ada tujuh (7) asasi :
a.      Asasi Sains Hayat
b.      Asasi Sains Fizikal
c.      Asasi Alam Bina
d.      Asasi Pendidikan Islam
e.      Asasi Syariah
 f.      Asasi Usuluddin
g.      Asasi Pengajian Islam dengan Sains

6.  Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ada lima belas (15) asasi :
a.     Asasi Sains Hayat
b.     Asasi Sains Fizikal
c.     Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
d.     Asasi Kejururawatan
e.     Asasi Farmasi
f.      Asasi Pergigian
g.     Asasi Perubatan
h.     Asasi Sains Kemanusiaan
i.      Asasi Bahasa Inggeris
j.      Asasi Bahasa Arab
k.     Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
l.      Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar
m.   Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer
n.    Asasi Undang-undang

7.        Universiti lain seperti UiTM, UPM, USIM, dan UPNM
8.        Bayaran pendaftaran bergantung kepada universiti
9.        Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri
10.      Ditawarkan pembiayaan wang saku RM1000, yuran pengajian RM350 dan yuran 
           penginapan RM300 bagi satu semester
11.      Lulusan perlu memohon melalui UPU atau USM
12.      Keutamaan diberi kepada universiti asasi mereka

Akan diserap terus jika memenuhi syarat dan kelayakan


   Diploma IPTA

1.           Dikendalikan oleh pihak universiti
2.           Tiga ( 3 ) tahun
3.           Dikhususkan kepada bidang tertentu
4.           Jumlah bayaran pendaftaran bergantung kepada universiti
5.           Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh pelajar
6.           Pelajar boleh memohon biasiswa atau PTPTN
7.           Lulusan boleh bekerja setelah tamat pengajian
8.           Lulusan juga boleh menyambung pengajian dengan mengisi UPU
9.           Lulusan boleh diserap ke peringkat ijazah jika memenuh syarat dankelayakan
              ditetapkan



Penghakiman PPDa Sempena Hari Kualiti 2012

10:09 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Alhamdulillah syukur pada Allah atas kurniaan nikmat kesihatan, Islam dan Iman pada hari ini. Mudah-mudahan nikmat yang tidak terhingga itu akan terus kekal selamanya,

+ Hari ini saya diberi amanah untuk meneruskan usaha dalam memartabatkan bidang Bimbingan dan Kaunseling di peringkat Daerah Sabak Bernam. Tahun ini saya dilantik semula sebagai hakim bagi menghakimi Unit PPDa sempena hari Anugerah Kualiti Sabak bernam 2012.

+ Petang tadi telah berlangsung Mesyuarat Kali Pertama Penghakiman Unit HEM peringkat PPD Sabak Bernam yang diadakan di PKG Sungai Besar. Tiga unit yang mengadakan mesyuarat serentak pada petang tadi ialah Unit Disiplin, Unit PPDa dan Unit Kaunseling.

+ Bagi Unit PPDa, kumpulan kami diketuai oleh Cikgu Shukor Mohd Amin dan dianggotai oleh Cikgu Khai Ronizam Salleh, Ustaz Jaafar Ab Rahman, Cikgu Nazri Sidek, Cikgu Zalifah Omar, Cikgu Siti Rohaizah Anuar dan saya sendiri.

+ Penghakiman kali ini dibahagikan kepada empat zon utama iaitu Zon Sungai Besar, Zon Sekinchan, Zon Sabak Bernam dan Zon Sungai Air Tawar.

+ Penghakiman pula dibahagikan kepada tiga kumpulan.
   - Kumpulan Pertama - Cikgu Mohd Shukor Mohd Amin dan Ustaz Abdul Muiez bin Mohd Ruslee
   - Kumpulan Kedua - Cikgu Zalifah Omar dan Cikgu Siti Rohaizah Anuar
   - Kumpulan Ketiga - Ustaz Jaafar Ab Rahman dan Cikgu Khai Ronizam Salleh

+ Tarikh penghakiman pula adalah seperti berikut :-
   - Zon Sungai Air Tawar : 25 - 27 Jun 2012
   - Zon Sekinchan : 2 - 4 Julai 2012
   - Zon Sungai Besar : 9 - 11 Julai 2012
   - Zon Sabak Bernam : 12 - 13 & 16 Julai 2012

+ Selain penghakiman PPDa, kami juga diarahkan untuk memantau Program Sekolah Penyayang yang diuruskan oleh GBK seluruh sekolah ( Mengikut Pekeliling )



+ Cikgu-cikgu juga boleh memuat turun Laporan Dadah 2011 yang juga salah satu daripada instrumen pemantauan PPDa Di Sini.

+ Diharap perkongsian ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat buat rakan-rakan guru di luar sana.

Tuesday, May 8, 2012

Bila Janin Bersenam

4:45 PM Posted by Lobam No comments

Assalamualaikum.

Kali ini saya lari dari cerita kebiasaan. Mungkin dalam keadaan mood gembira menunggu ahli keluarga baru menjengah dunia tidak lama lagi. Dalam kelekaan melayari laman sesawang, saya tertarik pada satu artikel yang diterbitkan dalam laman Pa&Ma - Apabila Janin Bersenam.

Mungkin cerita ini sudah lama diketahui umum, tetapi bagi saya ianya sebuah kisah menarik untuk dikongsi bersama, terutama rakan-rakan yang bakal menjadi ibu buat pertama kali mahupun yang kesekian kalinya.


Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap kali merasai gerakan janin.

Secara umumnya, janin akan bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam. Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya. Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.
Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan usia mereka.
Wassalam.