Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Wednesday, April 25, 2012

Tarikh-Tarikh Penting Bagi Pemohon UPU Lepasan SPM & Setaraf

8:44 PM Posted by Lobam No comments
Tarikh Penting Bagi Pemohon UPU Lepasan SPM & Setaraf.
Assalamualaikum.

+ Alhamdulillah, 5 hari lagi kita akan memasuki bulan Mei. Diam tak diam kita sudah menghampiri pertengahan tahun 2012. Terasa bagai semalam kita bersama menyambut kehadiran tahun baru. Pantas sungguh masa berlalu.

+ Apa yang ada pada bulan Mei? Sebenarnya bulan Mei sangat berkait rapat dengan lepasan SPM. Kerana pada bulan inilah terlerainya segala harapan dan impian selepas bertarung dengan peperiksaan yang memeritkan.


1.
LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat mulai 07 Mei 2012 jam 12 tengahari.]
2.
LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]
3.
LEPASAN SPM/SETARAF (KES RAYUAN) SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]
4.
LEPASAN STPM/SETARAF (KES RAYUAN) SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]


+ Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Kepada yang belum sampai rezeki, masih banyak peluang pembelajaran di luar sana. Tidak melangkah ke universiti bukanlah bermaksud masa depan anda musnah buat selamanya. Ramai tokoh yang berjaya lahir dari kegagalan dalam pembelajaran. Asalkan ada usaha untuk berjaya, belajar di mana pun pasti akan membuahkan kejayaan.

+ Kepada yang berjaya, fikirkan tentang jurusan yang ditawarkan. Berbincanglah dengan keluarga, lakukanlah solat istikharah agar pilihan kita selari dengan ketentuan Allah.

+ Semoga berjumpa lagi .


0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment