Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, April 23, 2012

Saya Kembali

9:26 PM Posted by Lobam 1 comment

Assalamualaikum.

+ Sudah lama blog ini tidak berpenghuni. Saya kira pasti banyak sawang yang bergantungan di setiap sudut. Habuk-habuk turut bertebaran di saat saya membuka pintu. Oh, sudah lebih setahun saya meninggalkan dunia penulisan blog.

+ Sebenarnya saya mula mengenali blog sejak tahun 2004. Ketika itu saya masih lagi menuntut di luar negara. Tuan guru saya pada waktu itu ialah Gild. Tetapi saya jenis yang cepat bosan. Akhirnya saya tinggalkan dunia blog ini buat sementara.


+ Tiba-tiba semangat untuk menulis kembali semula hari ini. Mungkin terkesan dengan post seorang sahabat di Facebook.

Manusia akan mati pada bila-bila masa. Tetapi tulisan akan kekal selama-lamanya. Maka, tulislah perkataan yang akan menyebabkan kita gembira di akhirat kelak. ~Habib Umar bin Hafiz.

+ Status beliau memercikkan api kesungguhan sehingga menyalakan semula puing-puing yang hampir menjadi abu. Terima kasih Ustazah Siti Khadijah.

+ Hari ini saya kembali. Entah sehingga bila.

1 comment: