Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, January 25, 2010

Makan Besar Punya.

10:56 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Hari ni sangat letih. Mood pon xberapa nak ok. Balik rumah isteri pon baru sampai. Sampai rumah saya terus tertidur atas sofa ( dalam keadaan duduk ) Letih sangatlah tu.

+ Lepastu terasa macam nak makan. Isteri kata hari ni macam nak makan kat luar ( mentang-mentang gaji dah masuk )Saya pon ok kan aje.

+ Niatnya nak makan seafood. Pergilah kedai seafood yang pertama, Nasa Tom Yam. Tutuplah pulak. Xpa, pergi pula kedai seafood yang kedua ( sebenarnya Sungai Besar adalah kawasan nelayan, jadi kedai seafood sangatlah meriah di sini ) Pon tutup juga. Macam dah tawar hati nak makan seafood. tetiba datang satu idea. Restoran Nelayan di Simpang Empat Hutan Melintang Bagan Datoh. Lebih kurang 20 minit pejalanan dari Sungai Besar. Kami ajak sekali kakak ipar bersama suami dan anaknya ( Sebenarnya Restoran ini terletak di hadapan rumah mereka )

+ Kami terus ke restoran. Tempah siakap (1kg) 3 rasa, ikan pari bakar, kailan ikan masin, telur dardar dan lima pinggan nasi ( sebenarnya kami hanya berempat ).

+ Jumlah harga makanan kami hanya RM 47.00 sahaja. Rasa macam murah sangat. Biasanya kami makan berdua sahaja sudah mencecah RM35.00 dan ke atas. Kali ini berempat. Makan besar kami malam ni.

+ Gambar lupa nak ambik.Hehe.

+ Layan.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment